Mak ayah mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak ya! Bimbang kesan tidak sihat pada emosi dan psikologi hingga mereka dewasa kelak.
Perbuatan menyakat dan menakutkan anak memang nampak kelakar dan menyeronokkan pada mak ayah, namun ketahuilah kesannya pada anak-anak.
Mak Ayah Mohon Elakkan Sakat, Takutkan Anak!
Kongsi Puan Wawa Shauqi, jangan suka takutkan anak.
“Pergilah situ. Nanti momok (hantu) ambil!”
Memang mudah disiplinkan anak dengan takut-takutkan mereka ni. Kelakar pun ada. Tapi ketahuilah, kesan jangka masa panjangnya lebih buruk.
Kesan Tidak Sihat Pada Emosi Hingga Dewasa
Kita mungkin fikir, sepanjang anak dewasa, ketakutan tu akan hilang. Hakikatnya, ia ibarat highway yang kita dah bina pada otak anak.
Yang tak bestnya, tanpa kita sedar, highway yang dibina itu menghubungkan cabang jalan yang banyak.
Contohnya, bila kita takutkan anak dengan hantu. Ketakutan tersebut boleh pergi ke beberapa cabang :
– takut gelap
– takutkan orang berwajah luar biasa
– takut perempuan yang berambut panjang
– takutkan bila tengok kotoran pada dinding yang ada bentuk macam ‘hantu’
Apa yang menyedihkan, ia takkan hilang begitu sahaja. Memori ketakutan tersebut akan terbawa sampai ke anak besar.
Dan ia akan menjadi punca mudahnya anak-anak trigger, fobia dan anxiety apabila dewasa.
Kesan Cerita Seram
Kesan yang sama juga berlaku bila kita biasakan anak tengok cerita seram dan ganas.
Seorang psikologis dalam rancangan dokumentari di Netflix (Brain Explained) ada berkongsi.
Waktu kecilnya, dia terjebak tonton cerita Jaws. Memori trauma yang dia dapat dalam filem tu, menyebabkan dia diserang panik setiap kali berada dalam air, terutamanya laut.
Ads
Baru-baru ni juga ada seorang ibu yang berkongsi dengan saya. Seorang anaknya yang baru berusia 3 tahun menangis sambil menggigil bila masuk ke stesen minyak. Disebabkan terlalu takut dengan inflatable maskot yang melambai-lambai depan stesen minyak.
Rupanya si kakak selalu menakutkan adik dengan patung dalam siri cerita Squid Game.
Kasihan Anak Menanggung Ketakutan
Kelakar bila bayangkan. Benda macam itu pun boleh takut. Tapi tidak bagi yang menanggung ketakutan.
Saya sendiri pernah melalui episod panik nak buka ensiklopedia. Nafas jadi laju dan dada berdebar-debar bila nak buka buku gambar dinosaur, gambar hutan, dan sebagainya.
Padahal saya dah masuk sekolah menengah waktu tu. Pelik bagi orang lain.
Tapi itulah cara otak saya proses benda yang pernah ditakut-takutkan pada saya masa kecil.
Jadi ibu ayah mithali sekalian.
Mohon elakkan sakat dan takutkan anak-anak. Walaupun pada kita, senang nak disiplinkan anak. Dan lucu tengok mereka menangis.
Sedangkan, kesan jangka masa panjangnya sangat tidak sihat dari segi emosi dan psikologi anak.
Mingguan Wanita : Banyak lagi perkara yang boleh dibuat kelakar daripada menakutkan anak-anak dengan hantu atau benda-benda yang menyeramkan. Fikirkan kesannya pada anak-anak, kasihan mereka.
Kiah Propa kahwin semula, “Istiqamah jadi isteri jaga suami hidap kanser fokus Cik Kiah sekarang.” Pelakon dan usahawan Kiah Propa, selamat melangsungkan perkahwinan dengan bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Kiah Propa Kahwin Semula
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil menjelaskan bahawa sebelum ini Nazri pernah menyatakan hasrat untuk bernikah semula denganya.
“Istiqamah Jadi Isteri Jaga Suami Hidap Kanser Fokus Cik Kiah Sekarang”
8 tahun duda ajak aku nikah balik dia tak putus asa….masa tu dia sihat aku tak nak malah aku dah selesa hidup sorang tapi jodoh aku dengan dia ni panjang pulak ….kali ni dia sakit aku terima dia sebab aku nak jaga dia dan bataskan aurat…nahh jadi pengantin kau duda… permintaan dia sebelum tutup mata katanya….doakan kami…..- tulis Kiah di ruangan kapsyen.
@kiahpropaviral 8 TAHUN DUDA AJAK AKU NIKAH BALIK DIA TAK PUTUS ASA….MASA TU DIA SIHAT ALU TAK NAK MALAH AKU DAH SELESA HIDUP SORANG TP JODOH AKU NGAN DIA NI PANJANG PULEKKK ….KALI NI DIA SAKIT AKU TERIMA DIA INSY SEBAB AKU NAK JAGA DIA DAN BATASKAN AURAT…NAHH JADI PENGANTIN KAU DUDA… PERMINTAAN DIA SEBELUM TUTUP MATA KATANYA….DOAKAN KAMI…..#kiahpropa#fyp#viral♬ original sound – kedaikiahpropa
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dengan Kiah kerana sanggup menggalas kembali tugas sebagai isteri demi menjaga suami yang sakit.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Dalam satu perkongsian yang lain, Kiah Propa berkongsi pula sekitar majlis pernikahannya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Awal perkahwinan, semuanya indah belaka. Masuk tahun kelima, dah mula rasa lain macam. Mulalah, seorang pandang kanan dan seorang pandang kiri. Perasaan sayang makin lama makin pudar, yang tinggal hanya tanggungjawab pada pasangan dan keluarga.
Namun, ada juga yang sayangkan pasangan sampai terlampau-lampau hingga naik rimas dibuatnya.
Walaupun sayang kat pasangan, janganlah sampai ‘tundukkan’ pasangan dan tidak kurang juga yang pisahkan pasangan dengan keluarga untuk memastikan pasangan tidak beralih arah kepadanya. Malah, ada juga yang sanggup tundukkan pasangan kerana terlalu garang, baran dan kaki pukul.
Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) mengula lebih lanjut tentang perkara ini. Katanya:
“Fitrah manusia, inginkan sesuatu segera dan gopoh gapah. Inginkan dirinya disayangi, seharusnya kita berusaha memperelok peribadi dan sikap supaya orang lain lain mudah untuk terbuka hati menyayangi kita”.
Isteri yang menghormati, pasti akan lebih disayangi suami. Isteri yang lembut dan menjaga kecantikan, pasti lebih disayangi suami. Ia perlu dipraktikkan jadi tabiat, agar kita disayangi dan dikasihani, bukannya dengan cara paksaan ataupun secara sihir dan ilmu hitam.
Faktor Pendorong
Dalam hal ini, ada sesetengah isteri yang sanggup berbuat demikian. Banyak faktor yang mendorongnya. Antara kes yang ditemui seperti faktor:
Suami curang
Isteri rasa terabai
Ingin balas dendam
Untuk mengukuhkan kasih sayang, pelindung agar hubungan tidak diganggu dan sebagainya.
Tarik Perhatian Suami
Bagi isteri yang mencari jalan pintas untuk mendapat perhatian suami, mungkin ia dilihat berjaya. Dengan menggunakan kaedah-kaedah sihir dan bantuan ilmu hitam, suami yang menjadi mangsa akan berubah menjadi lebih penyayang, mengikut kata apa sahaja yang diinginkan.
Sebenarnya banyak kaedah lain yang lebih praktikal, logik dan bersifat ilmiah. Dengan mengubah diri kita agar memiliki sifat-sifat yang menarik perhatian suami sebagai lelaki adalah lebih efektif dan berkekalan, tanpa perlu menggunakan kuasa sihir ataupun makhluk halus.
Contohnya, menjaga kecantikan diri, tunjukkan hormat pada suami, syukur dengan pemberian suami dan penuhi masa melayan suami dengan manja dan persekitaran seksi. Ini kerana fitrah suami sebagai lelaki, akan mudah tertarik dan sangat suka dengan kecantikan wanita, isteri yang menghormatinya, isteri yg tidak meminta-minta dan isteri yang seksi. Itu fitrah suami, bila dipenuhi, wanita itu akan disayangi. Tidak perlulah lagi bantuan sihir dan ilmu hitam
Terlalu Terdesak
Kadangkala bila terdesak, manusia sanggup lakukan apa sahaja untuk keluar daripada masalah. Ilmu dan iman perlu seiring kerana dengan ilmu kita tahu sesuatu hukum dan untuk dorongan mengikuti hukum itu memerlukan iman.
Ketakutan kita kepada perkara syirik sebegini sepatutnya menjadi pendinding kepada kita daripada terjerumus. Dosa syirik adalah satu-satunya yang tidak akan diampunkan Allah. Kadangkala bukannya tiada iman, tetapi kedangkalan ilmu betapa cara sebegitu akan lebih merosakkan masa depan kita, bukan sahaja suami menjadi mangsa tetapi turut mengheret kita menjadi mangsa sebagai hamba ilmu hitam, ini juga menyebabkan kita tersilap langkah melakukannya.
Panduan Suami Isteri
Hubungan suami isteri adalah hak milik anda berdua, elakkan beri ruang kepada orang lain apatah lagi makhluk lain yang mengawal kita atau pasangan kita.
Membahagiakan, kita akan dibahagiakan! Menghormati suami adalah sesuatu yang membahagiakan suami. Apabila suami bahagia, lebih mudah suami fikirkan untuk berkongsi bahagia dengan kita.
Dalam Islam, Allah mengingatkan supaya berdoa dan bersabar dalam berusaha kerana sesuatu perubahan kepada kebaikan memerlukan istiqamah dan biasanya tiada jalan pintas untuk mencapainya.
Perlu sedar, hidup kita berpasangan, andai suami tidak tertarik dengan kita, bukanlah suami yang kita perlu ubahkan tetapi ubahlah kita untuk jadi menarik kepada suami.
Kenali fitrahnya dan kesukaannya untuk wujudkan pada diri kita supaya kita sentiasa menjadi kesukaannya. Apabila kita berenang di dalam kolam, kita tidak mampu ubah air yang berkocak, tetapi jika kita diamkan diri kita, lama kelamaan air akan menjadi tenang.
Suami isteri perlu saling membahagiakan pasangan masing-masing, bukannya memaksa pasangan supaya membahagiakan kita.
Tugas membahagiakan pasangan kita adalah tugas kita. Jangan benarkan orang lain yang menguasai dan mengawal hubungan kita, meskipun pada asalnya untuk kebaikan.
Elakkan daripada mencabar ego pasangan kita terlalu lama kerana bimbang hilang kesabaran dan terdesak mengambil tindakan yang salah dan lebih membahayakan masa depan.
Bahagia perlu dikongsi. Bagaimana pasangan kita ingin berkongsi kebahagiaan dengan kita, kalau dia sendiri tidak cukup bahagia. Bahagiakan orang lain agar dia mampu berkongsi bahagia dengan kita.
Sentiasa cari jalan penyelesaian bersama secara fitrah mengikut landasan agama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kalau sekadar bayangkan macam senang dan boleh bahagia tetapi percayalah sebenarnya poligami tak mudah. Silap gaya boleh buat suami makin pening kepala dan tak dapat pahala.
Haaa… sebab itulah pentingnya ilmu rumahtangga sebelum berangan nak berpoligami. Nah, hadam dulu perkongsian saudara Firdaus Mokhtar, khas buat renungan bersama suami yang ada hati nak buka ‘cawangan baru’.
Aku pernah dah tulis sebelum ni. Poligami ini bukan perkara kau boleh buat suka-suka.
Isteri yang kau ada sekarang, hati dia kau kena jaga sungguh. Ummi pernah pesan ke aku;
“Jangan permainkan hati perempuan.” (Dia merujuk kepada isteri)
Lagi pula isteri itu isteri pertama kau.
Baik, dia begini;
1. Iya, Islam tidak mensyaratkan kau mesti mendapatkan izin isteri pertama untuk kau kahwin 1 lagi. Tapi mendahulukan hati seorang yang bernama isteri itu keadilan yang kau kena buat.
2. Kalau berlaku dia tidak setuju, hormati keputusan itu. Berbincang habis-habis dulu. Fahamkan dia apa sebab kau nak berbuat begitu. Apa pula perancangan kau nak handle 2 hati lepas ini.
3. Kalau sampai masa dia setuju, kau buatlah. Andai sampai ke sudah dia masih belum bersetuju, dan dalam masa yang sama dia masih taat sebagai isteri, kau jagalah dia seorang sahaja.
Percayalah, kau tak akan jumpa hati yang sama seperti itu di tempat lain.
4. Menjaga dan mendidik 1 hati pun berat. Lebih lagi lah mendidik 2 hati. Kan? Keperluan 2 orang isteri ini kau mesti penuhi. Kau dah ukur kemampuan sendiri? Persoalan ini semua kau kena jawab dulu.
5. Menceraikan isteri pertama yang tidak setuju dengan kehendak kau nak berkahwin lain adalah 1 perbuatan yang cukup tidak bertanggungjawab. Lagi pula kau baru kahwin bang dengan dia. Ya ampun. Pesan aku, baca balik poin nombor 2 dan 3.
Kalian, rumahtangga ini dibina bersama. Suami dan isteri ibarat 2 sayap burung. Untuk terbang, keduanya perlu bergerak serentak. Ke atas ke bawahnya sama. Mesti sepakat dan sekata.
Kalau satu ke atas, satu ke bawah, percayalah kau akan menjunam ke bawah dengan cukup laju. Hah! Faham?
Termasuklah kalau kau rasa kau mampu untuk mengemudi 2 isteri, tetap kau kena pastikan isteri yang ada sekarang faham juga. Dia juga yakin dengan kemampuan kau.
Kawan-kawan, isteri itu anugerah Tuhan buat kita. Kenapa mudah sangat kita sia-siakan hati mereka?
Atas kapasiti apa aku bercakap semua ni? Aku poligami ke? Oh tidak tuan-tuan puan-puan.
Cuma aku anak sulong kepada isteri pertama ayah aku. Dan ummi aku ada 3 adik madu yang boleh hidup 1 bumbung bersama.
Sembahyang sama-sama, masak bergilir, buat kerja rumah sama-sama.
Ummi dengan adik madu yang lain memang macam adik beradik. Anak jaga sama-sama. Sekali pun anak daripada madu dia sendiri.
Poligami Tak Mudah
Namun begitu ingat ini, aku jadi mata yang menyaksikan poligami bukan mudah. Kau kena jadi manusia yang sangat sangat sangat sabar.
Wajib menjadi hamba yang hidup penuh dengan air mata. Merintih dan mengadu cuma pada Tuhan. Abah sebagai seorang suami yang tak pernah tinggal sembahyang malam sekali pun.
Sembahyang fardhu mesti berjemaah. Disiplin beragama sangat tinggi. Bukan Abah seorang diri. Semua isterinya juga diajak mendahulukan agama lebih daripada segalanya.
Abah sedia untuk sembahyang, isteri-isteri dah dalam saf di tikar sembahyang. Sampai tahap itu.
Dan aku berani cakap, gelaran PU bukanlah tanda kau dah cukup sabar untuk semua itu.
Sekian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.