Kalau suami nak rezeki datang kena dahulukan isteri dan anak-naka. Tapi, bagaimana pula isteri boleh lakukan supaya dia pun dapat rezeki yang mencurah-curah.

Inilah amalan yang boleh isteri lakukan supata rezeki datang tanpa henti. Sekurangnya dengan cara ini dapat juga membantu suami dan keluarga.

Antara perkongsian oleh Nor Zaleha tentang amalan sederhana untuk isteri lakukan agar rezeki datang terlebih-lebih. Mudah-mudahan termakbul.

Baca Artikel Menarik Di Sini: Mak Ayah Jangan Sesekali BERKIRA Dengan Anak, Rezeki Tak Akan Putus, Layankan Saja!

Haqiem Rusli & Anis Sofea Pasangan Pengantin Muda, Tidak Menolak Rezeki Anak Jika Dikurniakan Cepat

Info Lebih Menarik DI SINI

Nak Rezeki Datang, Amalkan Cara Ini

Khas untuk Isteri yang nak rasa rezeki terlebih-lebih (Dengan Izin Allah Taala)

1) Jangan berkira-kira dengan suami.
2) Jangan berkira dengan Mak Ayah atau Mak Ayah Mertua.
3) Jangan berkira dengan anak-anak.
4) Jangan berkira dengan adik beradik pun.
5) Jangan berkira dengan saudara mara dekat mahupun jauh.
6) Beri semasa sedikit, bertambah beri semasa banyak.
7) Jika tiada mahar, hanya tadah tangan di malam hari doakan untuk mereka semua, ampunkan dosa dosa mereka dari akil baligh sehinggalah ke hari kalian doakan mereka.

 

Percayalah — Allah Taala akan cukupkan semuanya andai kalian benar benar memberi (tanpa ingat kembali).

ISTERI nak rezeki datang tanpa henti?

1. Elak asyik membawang dalam kehidupan seharian. Tak seronok mana pun.
2. Nampak suami, senyum. Ingat suami, senyum. Husnuzon selalu dengan suami. Tawakal apa jua suami buat di luar.
3. Rajin belanja suami & anak. Biar suami jarang belanja isteri. Tidak perlu tunggu balasan. Allah Taala akan beri lebih dari suami.
4. Kurangkan merungut, ramai lagi yang lebih susah dari kita. Cuba hulur dari hanya melihat.
5. Ramai mengeluh dengan apa yang Allah Taala beri. Tapi ramai alpa, dalam Allah Taala beri itulah ujian Dunia untuk dapat tempat yang terbaik di Akhirat.
6. Mereka yang ada ibu. Jagalah hati dan perasaan mereka. Abaikan hati kita sebagai anak sebab mereka lebih layak untuk layanan terbaik. Mereka jauh lebih susah masa lahirkan kita.
(Tiada Ibu lagi? Buat dekat Ibu Saudara / Ibu Mertua)
7. Kerap ucap Basmalah setiap kali mula sesuatu pekerjaan. Nak cium anak pun, ucaplah. Nak pegang suami pun, ucaplah. Dalam kita gembira, tetap kita ingat Allah.
8. Mana-mana pun ini memang pasti. Lagi banyak kita memberi, lagi bertimbun yang akan kita dapat.
9. Akhir sekali, bersabarlah. Hasilnya akan datang pada masa dan keadaan yang tepat.
Yakin.

Mingguan Wanita : Jangan harap suami asyik belanja isteri. Sekali sekala apa salahnya isteri belanja. Kita tak tahu, rezeki akan datang makin bertambah kan!

Sumber: Nor Zaleha Hasan Basri

 

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI