Mungkin ramai di kalangan mak yang mengandung dan menyusu risau untuk berpuasa. Maklumlah bulan puasa datang setahun sekali saja, tapi ada juga kaum ibu menyusu terpaksa melepaskan beberapa hari di bulan puasa kerana faktor penyusuan. Kalau diteruskan penyusuan dikhuatiri memudaratkan kesihatan pula.

Apa pun keputusan, lebih baik mak-mak berbincang dengan doktor dulu, sama ada tahap kesihatan anda layak atau tidak untuk berpuasa.

Lagi pun kaum wanita bergelar ibu ini cukup istimewa, Allah memang ringankan sikit kalau dia tak mampu nak puasa. Tapi kalau rasa mampu, mak-mak boleh ikut tip yang dikongsikan Puan Habiah Abd Kadir ini. Haaa… ini pengalaman menyusu mak anak 5 tau. Bukan biasa-biasa sebab dia sendiri pernah menyusukan 2 orang anak kecil serentak!

Ibu Hamil Atau Menyusu, Boleh Ke Puasa?

Kedua-dua situasi tu adalah cabaran setiap ibu hamil ataupun menyusu. Lebih getir lagi sekiranya menyusu ketika hamil.

Sempena bulan Ramadhan ni, ramai yang bertanya kak biey tentang masalah tak larat, susu drop sampai kering kontang susu bila picit dengan tanganpun. Nak gitaunya susu TAKDE LANSUNG dah bila puasa.

Tip ringkas daripada kak biey (setiap orang tak sama tipnya, bergantung pada setiap individu)

1. Mindset – jangan masuk jer bulan puasa, tadi takut. Takut lembeklah, takut susu droplah.. ibarat org gastriklah, masuk jer bulan puasa, rasa takleh puasa sebab akan jd gastrik teruk.

IKLAN

2. Air kosong secukupnya. Cukup di sini bukan kite kena minum sekaligus air bergeleng-geleng. Maunya jadi kembung. Lepas tu sakit perut. Amik kerap. Kan panjang waktu antara lepas berbuka dan juga sahur tu. At least 2 liter sehari.

3. Cut minuman manis dan ais. Gula kite dah dapat daripada buah-buahan dan makanan berbuka tu. Ais boleh buat kite jadi bertambah letih.

4. Jangan pandang enteng berbuka dgn kurma dan tutup sahur dengan kurma. Jika tak lalu nak makan sebab tak sedap, belilah kurma yang sedap.

5. Pastikan emosi sentiasa stabil. Banyakkan Istighfar jika dilanda ketegangan emosi.

IKLAN

6. Tubuh mesti sentiasa sihat. Tak boleh penat yang melampau. Jika perlu suplemen untuk boost energy, amiklah.

7. Tidur mesti berkualiti. Tempat tidur yg selesa, boleh amalkan EO untuk bantuan tidur yg lena. Kak biey tak gunapun, cukup sekadar amik kalsium shj sebelum tidur. Tidur awal sebab nanti nak bangun buat power pumping.

8. Patuhi jadual pam. Mesti berdisiplin.

IKLAN

9. Jika perlu amik milkbooster, amikla sebelum tidur dan juga waktu sahur. Tapi pastikan tutup sahur tu dengan kurma juga.

10. Banyakkan baca surah Al Kauthar sepanjang hari dan selesai baca sapukan tangan ke leher dan niatkan supaya kite tidak rasa haus, susu kering sepanjang puasa.

11. Berbuka dgn makan seadanya. Jangan makan sampai penuh perut. Makan kerap takpe, tapi jangan amalkan makan sekaligus dalam satu masa.

12. Elakkan kuih muih yang banyak. Umah kb takde kuih muih ni..

13. Sahur dengan sekadarnya. Amalkan sahur dengan nasi sikit. Usah tambah. Sikit tu lebih kurang setengah senduk. Lepas sahur minum susu. Jangan minum air manis pulak!

Nota:

Jika tak larat juga, bolehla amik rukhsah puasa bagi ibu hamil dan juga menyusu.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI