Majlis kahwin meriah jadi ‘Pasar Tani’ tetamu boleh bawa balik sayur buah. Jika kebiasaan menghadiri mana-mana majlis perkahwinan, pastinya ada ‘buah tangan’ buat para tetamu yang datang berbentuk barangan, makanan, perhiasan dan sebagai. Malah hiasan seperti bunga-bungaan segar pastinya menjadi pilihan bagi dekorasi majlis.
Namun istimewanya sebuah majlis perkahwinan di Surabaya, wilayah Jawa Timur menjadi perhatian ramai kerana meletakkan buah-buahan dan sayuran segar di samping dekorasi lain, lapor program berita Liputan6 semalam.
Tetamu Bawa Pulang Sayur & Buah
Bukan sekadar itu, tetamu juga dibenarkan membawa pulang mana-mana sayuran atau buah yang mereka suka.
Berdasarkan klip video yang tular, majlis tersebut dihiasi dekorasi bunga-bungaan yang turut diselitkan dengan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran di atas meja serta pentas perkahwinan.
Antara yang diletakkan termasuk buah anggur, nanas, limau tomato, lobak dan kacang panjang.
Semua bahan makanan itu boleh diambil oleh tetamu, malah terdapat tetamu yang memasukkannya ke dalam bakul untuk dibawa pulang.
Ads
“Majlis perkahwinan seperti pasar tani. Boleh dibawa pulang. Bila lagi mahu ‘membeli’ tanpa membayar kan,” demikian menurut keterangan video tersebut.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen positif daripada netizen.
Mingguan Wanita: Memang menarik idea dekorasi majlis sebegini. Lain daripada yang lain, malah tidak membazir, berbanding hanya dekorasi menggunakan bunga-bunga segar.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan berkongsi berita sedih pemergian anak keempatnya, Mohammad Aqil Zulkarnain yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
“Innalillahiwainna ilaihirojiu’n.. Anakanda saya Mohammad Aqil Zulkarnain telah kembali ke rahmatullah lebih kurang jam 11.30 pagi ini. Semoga roh allahyarham anakanda di tempatkan di kalangan yang beriman.
“Ya Allah.. kuatkan aku..”
Anak Azian Pernah Terbabit Dalam Kemalangan
Sebelum ini, difahamkan Allahyarham pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 22 November lalu. Dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami kecederaan parah di bahagian abdomen dan beberapa organ dalam badan.
Ketika itu, ibunya enggan mengulas lanjut berkenaan kemalangan yang dihadapi anaknya, dan meminta orang ramai mendoakan proses rawatan anaknya berjalan lancar.
Suami Azian, Mohammad Ahrar Zulkarnain juga pernah berkongsi di facebook memaklumkan keadaan anaknya ketika itu.
Kongsinya, sejak dimasukkan ke hospital dan selepas dibius, bagi memulihkan hati dan limpanya, anaknya dalam keadaan koma.
Rakan Artis Turut Rasa Sebak..
Rakan-rakan artis turut berduka dan merasai kehilangan permata hati Azian Mazwan ini. Masing-masing mendoakan agar penyanyi Rumah Kecil Tiang Seribu ini tabah menghadapi ujian Ilahi.
Azian Mazwan juga mempunyai enam orang anak yang lain, Mohammad Ashraf, Nur Athirah Hanim, Mohammad Azrail, Mohammad Amil, Mohammad Adib dan Anastasia Ayra.
MW : Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Azian Mazwan Sapuwan, semoga roh Mohammad Aqil Zulkarnain ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Air mata seorang ibu tidak akan pernah kering apabila kehilangan bukan seorang, tetapi dua anak tersayang dalam sekelip mata. Namun Salina Abdullah, 47, memilih untuk reda, walau hati luluh menahan rasa.
“Bukan seorang tetapi dua sekali gus anak saya dipanggil pulang, tapi saya reda kerana mereka pergi dalam keadaan berpuasa, di bulan mulia Ramadan dan pada hari Jumaat,” katanya penuh tenang namun jelas menahan sebak.
Salina Abdullah, 47 tahun merupakan ibu kepada lapan cahaya mata, masih terbayang-bayang detik terakhir bersahur bersama dua anak lelakinya, Norhazim Kamaruzaman, 17, dan adiknya Nur Alif Ikhwan Kamaruzaman, 16 – pagi tadi adalah kali terakhir mereka makan bersama.
“Mereka bertolak ke sekolah lewat sikit pagi tu, 7.10 pagi. Selalunya 6.50 pagi dah keluar. Mungkin hati mereka berat nak pergi… mungkin juga Allah beri saya peluang terakhir untuk lihat mereka lebih lama,” katanya perlahan, diiringi esakan kecil.
Kedua-dua remaja ini maut selepas motosikal yang dinaiki terlanggar lubang di Jalan Sengkang-Felda Inas-Bandar Tenggara, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pinang, Johor.
Sepatutnya Sambut Hari Jadi Hari ini.Tapi….
Apa yang lebih meruntun jiwa, hari ini sepatutnya menjadi hari istimewa buat mereka. Salina merancang untuk membuat kek sambutan ulang tahun kelahiran Norhazim (15 Mac) dan Nor Aiman yang menyambut hari lahir hari ini, 21 Mac.
“Kami tak sangka… sambutan hari lahir untuk mereka berubah menjadi hari paling menyedihkan dalam hidup kami,” katanya dengan mata yang merah dan suara yang semakin tenggelam dalam tangisan.
Suasana di perkarangan hospital juga begitu hening dan pilu. Sanak saudara dan sahabat handai hadir silih berganti untuk memberi sokongan dan kekuatan buat Salina sekeluarga.
Jenazah dua beradik ini dijangka disemadikan bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Felda Inas sebelum Maghrib – satu kehilangan besar yang akan terus dikenang dalam doa dan ingatan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pihaknya menerima laporan kemalangan sekitar jam 8.20 pagi. Kedua-dua remaja disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Walau Salina kelihatan tabah dari luar, setiap kata-katanya menyimpan ribuan luka yang sukar diungkapkan. Dia tetap seorang ibu – yang kasihnya tidak bersyarat, dan kini membawa rindu yang tiada penghujung.
Desas desus hamil, Neelofa mohon doakan yang terbaik. Selebriti dan juga usahawan terkenal, Neelofa tidak mengiayakan atau menafikan dirinya kini sedang berbadan dua.
Malah isteri kepada pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz juga meminta orang ramai doakan yang terbaik untuk dirinya.
Desas Desus Hamil, Neelofa Mohon Doakan Yang Terbaik
Malah Neelofa juga menjelaskan sekiranya khabar angin mengenai kehamilannya itu benar, dirinya sendiri akan kongsikan berita gembira tersebut pada waktu yang tepat kepada orang ramai.
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro, Neelofa akui isu hamil ini agak sensitif untuk dijawab.
“Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah hamil atau tidak agak sensitif untuk dijawab. Pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri
“Katakanlah desas-desus itu betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua kerana berita ini adalah satu doa,” ungkapnya.
Neelofa mengakui ramai pihak teruja menantikan berita kehamilannya sehingga sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.
Malah Neelofa juga menerangkan dia juga berharap orang ramai faham dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
“Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlukan doa-doa ini sebagai satu perlindungan.
“Saya faham kedudukan saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini.
InsyaAllah akan dibuat dengan baik dan akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita buruk yang perlu disorokkan,” tegas Neelofa.
Serahkan Sumbangan Kepada Keluarga Asnaf
Selain itu seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Neelofa yang mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa telah bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Kasih Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
“‘PRIHATIN-MAIWP merupakan satu inisiatif oleh PRIHATIN dengan kerjasama dan sokongan MAIWP serta PKN dalam menunjukkan keprihatinan bagi mengurangkan beban rakyat yang terkesan akibat wabak pandemik Covid-19 ini. Secara keseluruhan, program ini menyasarkan kepada 100,000 penerima melalui bantuan bakul makanan,” tulis Neelofa.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.