Selepas selamat menjalani proses melahirkan anak keduanya yang diberi nama Muhammad Afwa, Datuk Seri Siti Nurhaliza berasa sangat bersyukur.
Kini sudah bergelar ibu kandung kepada dua cahaya mata membuatkan penyanyi tersohor ini berasakan dirinya amat bertuah. Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa merupakan permata hati yang cukup berharga dalam diri Siti dan juga suaminya, Datuk Seri Khalid.
Muhammad Afwa Beruntung Ditahnik Datuk Dr Zulkifli
Menerusi sebuah entri di laman Instagramnya, Siti yang selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 19 April lalu, berkongsi majlis aqiqah, maulid dan tahnik buat Muhammaf Afwa.
“Alhamdulillah, majlis aqiqah, maulid dan tahnik telah berlangsung penuh sederhana tetapi memberi erti yang besar buat kami sekeluarga.
“Alhamdulillah, rezeki anaknda Muhammad Afwa, kerana telah mendapat doa-doa dan juga ditahnik oleh YBhg. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Iqbal serta imam masjid Bukit Mulia,” tulis Siti.
Ads
Harap Allah Selalu Mengikat Hati Kita Semua Dalam Kebaikan Bersilaturahim
Baru saja tampil dengan lagu berjudul Anakanda yang dimuatkan dalam album kanak-kanak klasik, Legasi ciptaan Siti sendiri, sementara lirik pula oleh Rozi Sang Dewi. Siti bersyukur kerana orang ramai tidak putus mendoakan kesejahteraan buat Muhammad Afwa.
“Terima kasih di atas sekian banyaknya doa yang telah kami dan anakanda kami terima daripada orang ramai, tidak ada lafaz terindah pada bulan penuh keberkatan ini.
“Selain saya berharap agar Allah selalu mengikat hati kita semua dalam kebaikan bersilaturahim, meningkatkan amal kebajikan dan memperbanyakkan lagi amalan.
“Terima kasih kepada kaum keluarga terdekat yang menyantuni majlis sederhana buat anakanda Muhammad Afwa semalam,” luah Siti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Ads
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
“Digelar anak hantu, menangis dengar hinaan orang.’ Keluarga tidak pernah sisihkan Missclyen, malahan mereka sekeluarga menerima dengan reda keadaan bayi yang telah ditakdirkan begini.
Ada yang gelarkannya anak hantu dan anak haiwan. Saya pernah menangis disebabkan hinaan itu namun saya terima keadaan anak walau macam mana pun rupanya,” kata Roland Jimbai, 47.
Roland memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah anak bongsunya, Missclyen, 11 bulan, yang cukup istimewa kerana dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH).
Keunikan Missclyen mula mendapat perhatian netizen selepas gambarnya dikongsikan seorang wanita, Rabiatul Adawiyah Samad di TikTok dan Facebook.
Bahagian badan lain turut berbulu kecuali tapak kaki dan tangan namun tidak selebat wajah.
Menangis Dengar Hinaan Orang
Menurut Roland yang menetap di Jalan Bintulu, Batu 10, Miri Sarawak, bukan hanya dia dan isteri, Theresa Anak Guntin, 28, malah doktor serta jururawat juga terkejut sebaik menyambut kelahiran anaknya itu.
“Keadaannya memang begitu sejak lahir lagi dan doktor tidak tahu apa puncanya malah jururawat bertugas turut pengsan sebaik menyambut kelahirannya.
Selepas bersalin, isteri tidak sempat melihat wajah Missclyen dan hanya diberitahu doktor mengenai keadaan sebenar pada keesokan harinya.
“Dia terkejut dan menangis selepas dapat tahu perkara itu. Saya pula tahu mengenai keadaan anak pada hari ketiga dia dilahirkan.
“Manakala saya tidak dibenarkan melawat ketika itu dan hanya dapat menatap wajah Missclyen selepas dia berusia sebulan kerana anak dirawat di Hospital Bintulu bersama ibunya,” katanya.
Saya pernah menangis disebabkan hinaan itu namun saya terima keadaan anak walau macam mana pun rupanya. – Roland.
Pernah Mencukur
Kongsi Roland yang bekerja sebagai mekanik, doktor ada mencukur bulu pada wajah anaknya namun ia tumbuh semula dengan lebih lebat.
Katanya, bahagian badan lain turut berbulu kecuali tapak kaki dan tangan namun tidak selebat wajah.
“Selain mencukur, doktor ada mengambil bulu anak saya sebagai sampel untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui puncanya jadi begitu namun setakat ini masih belum ada jawapan.
“Doktor mendapati Missclyen lahir tanpa lubang hidung dan disebabkan itu, dia dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak di Kuching selama sebulan iaitu pada bulan kedua kelahirannya untuk menjalani pembedahan serta rawatan,” katanya.
Semua Sayangkan Missclyen
Menurutnya, empat anaknya yang lain dilahirkan normal dan menerima kehadiran Missclyen malah amat menyayangi adik bongsu mereka itu.
“Mereka (anak yang lain) nampak tergamam sebaik saya dan isteri membawa pulang Missclyen ke rumah.
“Lama-kelamaan mereka dapat menerimanya malah saya dan isteri menyayangi semua anak sama rata serta tidak pernah malu atau menyisihkan Missclyen hanya kerana keadaannya begitu.
Orang ramai yang berhasrat membantu Roland boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank miliknya bernombor 161060707581.
Mingguan Wanita : Semoga penyakit Missclyen diketahui puncanya dan keluarga terus kuat menerima ujian ini.
MUA Bellaz berkongsi bahagia dapat peti ais impian, LG Knock Knoc. Bahagia rasa hati sehingga semangat memenuhkan barang-barang makanan dalam peti sejuk impiannya itu.
Bersyukur dengan hadiah yang diterimanya, jurusolek terkenal Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini ini, berhasrat pula mahu menghadiahkan peti ais jenis standard. Kepada beberapa keluarga yang di rumahnya belum pernah ada peti ais.
Dapat Peti Ais ‘Dah Lama Tak Beli Barang-barang Macam Ni’
Menerusi perkongsiannya ini Bellaz mengungkapkan kesyukuran berpanjangan,
“Peti ais impian ni.. sajalah bellaz nak share dengan hampaa. Saya pon masih tak percaya lagi.. Alhamdulilah rezeki dapat present Peti ais LG knock knock ni. Semoga Hamba yang memberi ini dilimpahi dengan rezeki yang mencurah-curah. Amin Aminn.
Syukur Alhamdulilah.. lepas tu dah lama saya tak beli barang-barang macam ni hari ni semangat p beli sebab peti ais baru. Sekali sekala tak salah reward kerja penat seharian.
Sangat-sangat cantik peti ais ni. MasyaAllah luar dalam. Tak leh move on lagi duk pandang ja sambil berfikir rezeki Allah tu sangat-sangat luas masyaAllah.
Lagi banyk kita memberi lagi berganda kita dapat, InsyaAllah Bellaz doakan yang nampak post ni insyaAllah rezeki kalian akan tiba sebesar nya mengalir umpama air zam-zam tanpa henti insyallah Aminnnnn.
Rezeki anak-anak ni mama abah tumpang saja.. masyaAllah.”
Hadiah Untuk Keluarga Belum Pernah Ada Peti Sejuk
Tidak lama selepas memuat naik perkongsian hadiah peti ais impiannya itu, Mua Bellaz berkongsi pula hasrat hatinya mahu menghadiahkan peti ais jenis standard kepada beberapa keluarga yang belum memiliki peti ais di rumah.
“Sapa di rumah dia tak dak peti ais lagi. Maksud Bellaz tak pernah ada cer komen. InsyaAllah jikalau saya ada rezeki lebih saya nak hadiahkan untuk beberapa keluarga insyaAllah. Kalau Bellaz nak beli bagi Bellaz beli yang standart peti ais tu, insyaAllah.”
Kemurahan hatinya itu mendapat respons yang positif daripada follower di laman facebook miliknya. Malah, mendoakan kebaikan untuk Bellaz yang berbagi rezeki dengan orang lain.
Patutlah ramai kaum ibu yang dah cuba buat sendiri minyak bawang putih ini, rupanya kesannya cukup mujarab untuk rawat sakit anak-anak kecil! Jadi nak tahu apa kelebihan minyak bawang putih ini, jom bongkar perkongsian daripada Puan Hanezfarjaz Zulaiqah…
Bagi yang belum tahu… Yang dah tahu dah cuba. Alhamdulillah… tetapi bagi yang belum jom pakat buat kat rumah. Minyak bawang putih melegakan selesema dan batuk pada bayi sebulan sampai kanak-kanak 4 tahun.
Saya baru share sebab selama ini saya jadikan anak bahan uji kaji. Dalam masa 4 tahun saya kaji lama tu.
Sebab sebelum nak suruh orang share kita kena lah cuba dulu kalau berkesan baru boleh share. Sebab itu saya ambil masa 4 tahun. Sebab anak sulang dah nak masuk 4 tahun.
Bahan-bahannya:
Bawang putih
Cara Buat:
Buang kulit bakar atas dapur gas
Sampai agak hitam
Tekan-tekan masuk dalam botol
Minyak pakai minyak rambut macam dalam botol tu.
Saya masukkan botol yang dah tak pakai.
Kalau anak batuk selesema.
Lepas mandikn sapu kat batang hidung.
Sapu kat dada dan lehernya.
Kesan nak resap setengah jam juga.
Pastu buat selang sejam atau setengah jam.
In shaa Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Arwah Nurhazwani, pensyarah UiTM yang hamil 3 bulan, bukan meninggal dunia akibat lemas tetapi pengsan secara tiba-tiba ketika mandi di kolam renang. Suaminya cuba menyelamatkan, namun takdir Allah mendahului.