Maggi saya kutip & suap ke mulut anak, isteri gaji RM10 sehari sedih suami kaki dadah sepak makanan
Ramai lelaki yang gagal berfungsi sebagai ketua keluarga hari ini. Biar kenyataan ini nampak bias dan pedih tetapi terlalu ramai isteri meluahkan penderitaan di media sosial kerana suami tidak menjalankan tanggungjawab seperti sepatutnya.
“Maggi Saya Kutip & Suap Ke Anak”
Satu perkongsian dari seorang isteri di page luahan hati, makanan yang sepatutnya disuap ke mulut anak-anak namun tumpah selepas diterajang oleh suami yang berang kerana tidak diberi duit untuk beli dadah cukup menyentuh hati.
Ini kerana maggi itulah disuapkan ke mulut anak-anaknya dan jika sesetengah dari kita akan membuang makanan yang tumpah ke lantai, tetapi ibu ini tetap mengutipnya lalu menyuapkan ke mulut anak-anak kerana tiada lagi wang untuk mengalas perut anaknya.
Ads
Jelas isteri ini, dia mengakui kehidupannya miskin. Lebih tambah sengsara, sudahlah miskin, suami pula kaki menagih dan malas bekerja.
Isteri Gaji RM10 Sehari Sedih Suami Kaki Dadah Sepak Makanan
“Saya ingin bekerja tapi hanya boleh kerja kampung saja. Ambil upah kemas rumah orang kampung dan kerja-kerja kampung. Jadilah sehari dapat RM10. Nak kerja kilang ada anak kecil. Anak 5 orang semua masih kecil.
“RM10 tu boleh beli apa sangat. Satu hari saya beli maggi sebungkus besar dan lima biji telur untuk jamu anak. Sehari dapat makan sekali saja. Lepas tu suami tiba-tiba masuk rumah. Saya ajak dia makan tapi tiba-tiba dia minta duit nak beli dadah.
Ads
Sambung isteri ini lagi, saya kata tak ada duit.Baru beli maggi untuk makan.
“Dia mengamuk tak dapat duit. Habis ditendangnya maggi yang baru masak. Jangan cakaplah sebak di dada tu macam mana. Anak-anak mengalir air mata.
Lepas suami pergi,anak-anak kutip maggi tu masuk dalam mangkuk sambal makan dengan air mata yang meleleh.
Ads
Pesan isteri ini lagi dalam luahannya, jauhi dadah. Sesungguhnya dadah itu perosak bangsa dan negara.
“Bawak 13 anak, empat isteri shopping raya bersama,” Netizen kagum lelaki ini uruskan keluarga besarnya dan mampu membeli belah bersama dalam menyediakan kelengkapan berhari raya.
Tidak semua lelaki mampu menguruskan keluarga dengan baik setelah berpoligami, lelaki ini adalah contoh terbaik buat lelaki di luar sana yang terfikir untuk berpoligami.
Madukan isteri tak salah, namun biarlah adik, saksama dan mengikut syariat Islam sebaiknya. Tiada yang berkecil hati dan terasa, sebaliknya semua pihak merasa nikmat hidup berkeluarga. Betul tak?
Lelaki ini telah berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya di sebuah kompleks membeli belah.
Seorang pengguna TikTok, Fazlin memuat naik video dia bersama keluarga besarnya itu mengunjungi sebuah pusat beli-belah terkemuka bagi membeli baju raya masing-masing.
Shopping Raya Bersama
Menerusi kapsyen video yang dikongsikan, Fazlin sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama keluarganya memandangkan anak-anaknya sudah meningkat dewasa.
“Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kawan-kawan bila anak semua dah besar.
“Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan,” luahnya.
Rata-rata netizen kagum dan memuji sifat lelaki kerana mampu mengurus keluarga besar ini secara adil buktinya mereka keluar membeli persiapan raya bersama-sama tanpa rasa kekok.
Lelaki Ini Uruskan Keluarga
Ternyata menguruskan keluarga yang besar bukan satu tugas yang mudah apatah lagi melibatkan empat orang isteri dan 13 orang dalam satu masa. Ramai yang mendoakan keluarga ini.
Mingguan Wanita : Seronok melihat keluarga besar begini, tentu meriah. Salute sungguh!
Sekitar Ogos lalu, berat ujian yang ditanggung wanita ini, Nur Hafiza. Disahkan positif Covid-19, malah adik perempuannya juga disahkan positif sama. Bertubi-tubi kecaman diterima dirinya dan ahli keluarga.
Biar pun, ramai sedia maklum. Covid-19 itu tidak mengenal mangsa. Siapa saja jika sudah ditakdirkan diuji pasti akan melaluinya. Maka, bermulalah episod menghabiskan tempoh rawatan yang sunyi dan terasing dari orang ramai. Dan, akhirnya wanita ini bangkit melawan Covid-19. Sehingga menjadi ‘hero’ yang tidak didendang.
Positif Covid-19, Bangkit Melawan Virus Dalam Tubuh
Tiada siapa yang meminta dan tiada siapa yang menduga. Saya disahkan positif Covid pada 4 Ogos 2020 setelah menjalani saringan disebabkan ahli keluarga saya disahkan positif pada 3 Ogos.
Sesungguhnya besar ujian ini kerana saya sendiri tidak pernah menyangka bahawa saya salah seorang daripada insan terpilih.
Bermula daripada ahli keluarga saya disahkan positif seluruh ahli keluarga kami menerima kecaman berunsur hinaan malah ada yang mengambil kesempatan menyebarkan berita yang tidak sahih ke atas keluarga.
Namun masih ada rakan rakan yang tidak putus mengirimkan doa dan kata semangat. Sewaktu saya menerima panggilan daripada pihak Pejabat Kesihatan, mental dan emosi saya sudah bersedia kerana saya menerima ini ujian daripada Allah.
Lalui 14 Hari Yang Sunyi Bersama Adik
Saya bersama adik perempuan saya disahkan positif. Fizikal saya sihat namun perasaan berdebar itu tetap ada. Ini kali pertama saya menaiki ambulans dan perasaan teruja itu ada.
Setibanya di HSB, saya agak terkejut dengan suasana di sini kerana membayangkan 14 hari saya akan berada di sini.
Ini kali pertama saya dimasukkan ke wad HSB dan persekitaran baru buat saya. Saya dibawa naik ke tingkat 2 dan wad di sini kelihatan sunyi.
Saya ditempatkan bersama adik saya di dalam satu bilik yang sama. Memang selesa dan saya bersyukur dengan kemudahan dan semuanya selesa.
Pada sebelah malamnya doctor datang untuk mendapatkan maklumat perjalanan dan juga pergerakan dalam tempoh 13 hari yang lepas.
Saya mula perasan saya kehilangan deria rasa dan bau pada pagi hari raya Aidiladha dan saya hanya menyangka ini simptom saya akan demam disebabkan cuaca yang kerap hujan.
Selama 14 hari di dalam wad, saya tidak mengalami pertambahan gejala melainkan deria rasa dan hidu. Saya tidak dapat membezakan rasa pahit mahupun manis.
Doctor akan datang melawat satu hari sekali bertanyakan khabar tahap kesihatan dan jururawat pula akan memantau tahap tekanan darah, bacaan suhu dan pernafasan tiga kali sehari.
Selebihnya saya banyak menghabiskan masa dengan mendekatkan diri dengan Allah, melukis dan menulis.
Daripada Sebar Berita Palsu, Sokong Pesakit Covid-19
Jika ditanya apakah perasaan sewaktu mula-mula masuk, saya hanya menyatakan rasa syukur kerana saya dipilih dan dirawat dengan segera di bawah pemantauan KKM.
Pesanan saya pada yang di luar sana, berikanlah sokongan dan elakkan daripada menyebarkan berita yang tidak berasas kerana ini akan menimbulkan rasa panik kepada orang lain.
Pihak Pejabat Kesihatan juga terpaksa membuat semakan terhadap berita palsu yang tidak berasas. Terima kasih yang tidak terhingga buat staff PKD yang membantu. Rasa bersalah itu tetap ada walaupun saya cuba menangkis perasaan itu…
Setelah melalui 14 hari kuarantin wajib di hospital, saya dibenarkan pulang ke rumah. Perjalanan pulang saya dihantar menggunakan ambulans disebabkan kawasan rumah saya masih lagi dalam tempoh TEMCO.
Setelah 15 hari di rumah akhirnya tanggal 31 Ogos 2020 saya bebas.
Erti kemerdekaan sebenar buat saya. Kini saya kembali meneruskan rutin harian saya bekerja seperti biasa.
Dari Positif Covid-19, Akhirnya Jadi Penderma Plasma
Saya lebih yakin dan kuat untuk meneruskan kehidupan seharian saya.. Tanggal 17 September 2020, saya dihubungi semula oleh doctor untuk bertanyakan keadaan kesihatan saya. Seperti biasa saya sihat dan bertenaga kerana itulah saya.
Doktor bertanyakan kesudian saya sama ada bersedia untuk menjadi penderma plasma untuk diberikan kepada pesakit di ICU.
Jawapan yang diberikan saya adalah YA! Dua hari selepas itu saya diminta hadir untuk menjalani ujian darah dan swab test sekali lagi.
Tanggal 21 September saya disahkan negatif dan saya boleh menderma.
Maka prosedur pendermaan dilakukan keesokkan harinya di bawah pengawasan dan pemantauan doctor dari HSB.
Tempoh pendermaan lebih kurang 30 minit dan saya gembira kerana saya berjaya melalui dengan tenang sedangkan saya seorang yang takutkan jarum dan darah.
Kini saya telah menderma sebanyak dua kali dan saya yakin kekuatan yang ada ini adalah doa dan galakkan dari kawan-kawan dan keluarga.
Semoga kita semua rakyat Malaysia akan Berjaya melawan virus ini sampai habis. Buat doctor dan seluruh warga KKM terima kasih kerana membantu dan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia!
Covid Fighter 9022 19 Oktober 2020
MW :Semoga lebih ramai rakyat sedar, Malaysia belum lagi bebas Covid-19. Sentiasa jaga diri, patuhi SOP. Jika duduk rumah itu pilihan terbaik, maka DUDUK RUMAH saja.
Isteri Fikry Ibrahim tuntut cerai selepas 4 bulan kahwin, baru dua hari diihat berkongsi gambar bercuti atas kapal.
Tiada angin tiada ribut, dikira masih baru dalam alam rumahtahgga, hari ini peminat Fikry Ibrahim pastinya amat terkejut apabila isterinya, Khalizah Alihan memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, sebentar tadi.
Isteri Fikry Ibrahim Failkan Perceraian Selepas 4 Bulan Kahwin
Hadir bersama peguamnya, Siti Khalizah Alihan, 37, dilihat berada di mahkamah sekitar pukul 9.40 pagi dengan persalinan serba hitam.
Peguam syarie mewakili Khalizah, Wan Muhammad Afiq Mohd. Razib mengesahkan mengenai sebutan kes perceraian hari ini selain memberitahu tidak pasti mengenai kehadiran Fikry.
“Ya, saya tak nampak dia lagi,” katanya kepada media hari ini.
Terdahulu, Fikry dan Khalizah selamat melangsungkan perkahwinan pada 12 Februari lalu di sebuah masjid di Jitra. Kedah dalam keadaan tertutup namun ia menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan oleh jurusolek terlibat.
Namun reaksi wajah Fikry yang dilihat seolah tiada perasaan seperti pasangan baru bernikah menjadi bualan netizen namun pelakon dan pengacara itu menafikan perkara tersebut dan mengakui dirinya mempunyai tanggungjawab lebih besar selepas bergelar isteri.
2 Hari Lalu Dilihat Berkongsi Gambar Percutian
Permohonan perceraian dari isterinya ini juga turut mengejutkan kerana sekitar dua hari lalu, baik Fikry mahukan Khalizah memaparkan gambar mereka berdua dalam keadaan bahagia di atas kapal dengan caption berbunyi,
“Knowing that i’ll never love another soul the way that i love yours – KA @fikryibrahim.
Sementara Fikri dilihat menulis, “Thou art the hush that tempers all my tempests, the hush wherein my restless heart finds home. My first and only love.”@khalizah_alihan.
Di doakan agar pasangan ini berbaik-baik kerana perkahwinan mereka masih baru.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...