Macam mana nak handle isteri kurang ajar, suami kena bijak, bukan ikut emosi. Sebagai lelaki, bila sudah berkahwin, memang nak rumah tangga yang aman, ada kasih sayang, ada tolak ansur.
Macam Mana Nak Handle Isteri Kurang Ajar, Suami Kena Bijak, Bukan Ikut Emosi
Tapi hidup tak selalunya indah. Kadang-kadang, isteri boleh berubah, jadi makin kasar, kurang hormat, mulut makin pedas. Bukan sikit, tapi sampai suaji sendiri rasa macam hilang maruah dalam rumah sendiri.
Persoalannya sekarang: apa nak buat bila isteri jadi kurang ajar?
1. Jangan Terus Meletup – Simpan Api Dalam Dada Itu Dulu
Lelaki, bila ego tercabar, mulalah nak naik tangan, naik suara, nak keluar rumah. Tapi percayalah, emosi takkan selesaikan masalah, malah boleh burukkan lagi keadaan.
Apa kata ambil masa. Bila isteri tengah marah atau biadab, diam dulu. Jangan balas. Kau bukan kalah bila kau diam — kau tengah kumpul akal.
“Kalau dua-dua api, rumah tu memang akan hangus.”
2. Cuba Faham: Dia Marah Sebab Apa Sebenarnya?
Kadang isteri jadi kurang ajar bukan sebab dia benci kita. Tapi sebab dia penat, tertekan, rasa tak dihargai. Mungkin kita dah lama tak borak elok-elok, asyik kerja je. Mungkin dia simpan rasa, tapi tak pandai nak luah cara baik.
Tanya diri:
Dah cukup bagi perhatian ke?
Ada ambil berat bila dia penat?
Dah lama tak peluk dia ke?
Orang perempuan ni, kalau emosi dia tak stabil, memang dia jadi lain. Bukan semua isteri sengaja nak kurang ajar.
3. Bila Dah Tenang, Baru Bincang
Ambil masa. Bila masing-masing dah reda, cari masa duduk elok-elok.
Ads
Cakap dari hati:
“Saya tak suka cara awak cakap dengan saya hari tu. Saya rasa macam tak dihormati. Kita suami isteri, saya nak hubungan ni elok.”
Bila kau cakap macam tu, tanpa marah, tanpa herdik, dia akan sedar. Kadang orang buat salah sebab tak sedar pun dia dah lukakan kita.
4. Letak Garis Sempadan – Jangan Sampai Dia Langgar Kepala
Kalau dah banyak kali berlaku, dan kau dah nasihat, tapi isteri masih biadab — kau kena tegas. Tegas bukan bermaksud kasar. Tapi letak had:
*Beritahu, kau tak boleh terima cara itu.
*Kalau dia terus buat, kau akan ambil tindakan.
Tindakan itu tak semestinya cerai — tapi mungkin pisah sementara, atau jumpa kaunselor.
Islam pun ajar — kalau isteri nusyuz, suami ada hak untuk betulkan. Tapi cara betulkan itu bukan dengan tumbuk dan maki, tapi dengan hikmah.
Ads
5. Libatkan Orang Ketiga Kalau Dah Terlalu Teruk
Kalau dah cuba macam-macam, tapi isteri tetap kurang ajar, mungkin dah sampai masa libatkan orang tengah:
*Ustaz yang dia hormat
*Kaunselor rumahtangga
*Ibu bapa yang boleh jadi pendamai
Bukan untuk malukan dia, tapi untuk cari jalan keluar sebelum segalanya musnah.
Handle Isteri Kurang Ajar – Ringkas Tapi Padu
Kadang isteri kita berubah — makin kasar, makin biadab. Tapi sebelum naik tangan, naikkan akal dulu.
1.Jangan terus marah. Diam bukan kalah, tapi bijak.
Ads
2.Cari punca. Mungkin dia penat, emosi tak stabil, rasa terabai.
3.Bila tenang, baru bincang. Bukan maki, tapi buka hati.
4.Tegas, bukan keras. Letak sempadan, jangan biar kepala dipijak.
5.Kalau perlu, minta bantuan luar. Ustaz, kaunselor, orang tua — asalkan jangan biar rumahtangga terus reput.
Kau lelaki. Tugas kau bukan sekadar cari nafkah, tapi jadi imam, pelindung & penyelamat hati rumah sendiri.
Jadi Lelaki Jangan Cepat Panas, Tapi Jangan Juga Lemah
Handle isteri kurang ajar ni bukan senang. Tapi kalau kita sendiri tak ada kawalan emosi, tak ada kebijaksanaan, kita takkan ke mana.
Kadang-kadang, kita ubah diri kita dulu, baru pasangan kita berubah. Tapi kalau dah cuba semua, dan dia tetap biadab — mungkin itu petanda kau kena fikir lebih besar: layakkah dia untuk terus jadi isteri kau?
Jadi wanita yang berstatus isteri orang tak akan sama dengan lelaki berstatus suami. Dunia isteri cuma ada suami dan anak-anak, malah sepenuh jiwa dan raganya memang mendahulukan keluarga.
Andai ada yang ajak keluar ke mana-mana pun, dia tetap memikikan tentang suami dan anak-anak. Itu yang jadi macam tak bergaul sangat dengan kawan-kawan yang pernah tidur sebantal waktu zaman bujang.
Berbeza dengan lelaki, walau dah kahwin kadang tetap dapat peluang lepak-lepak minum di kedai. Perempuan kalau nak buat juga, terpaksa seret anak-anak dan kadang siap ajak suami teman. Risau suami terbiar.
Bak kata saudara Firdaus Shakirin, dunia seorang isteri memang tak luas, ditakuk itulah kalau dia jenis suri rumah.
Dunia Seorang Isteri
Dunia seorang isteri itu tersangatlah kecil… kiri kanan, depan belakang, atas bawah hanya ada suami dan anak-anaknya sahaja.
Ini dunianya, inilah segala-galanya bagi seorang isteri.
Berbeza dengan kita yang dah jadi suami, kita masih ada kawan-kawan, masih dapat berjumpa kawan-kawan, lepak dengan mereka, buat aktiviti-aktiviti dengan kawan-kawan.
Tapi bagi seorang isteri, tak banyak kawan-kawan yang ada or masih available untuk mereka. Kebayakan daripada kawan-kawannya juga merupakan seorang isteri yang terikat dengan keizinan seorang suami untuk keluar, untuk berjumpa, untuk ada aktiviti bersama-sama.
Dan tuntutan tanggungjawab terhadap keluarga itu melebihi tuntutan-tuntutan lain dalam hidupnya. Jadi teramatlah sempit, kecil dan terhad dunia seorang isteri.
Sebab tu mana-mana isteri akan bagi segala-galanya untuk mengelakkan dunianya daripada hancur. Dia akan berjuang mempertahankan dunianya, ini dunianya dan dia tidak ingin berkongsi dunianya ini dengan orang lain. Dia tak rela.
Kalaulah si suami memahami akan perkara ini, nescaya si suami akan mewarnai dunia si isteri dengan kebahagiaan, kegembiraan dan keceriaan sebab dia tahu, hanya ini dunia yang si isteri ada dan dia layak untuk rasa perasaan-perasaan yang indah di dalam dunianya.
“She always busy in her own world, with her own people in her heart and her mind.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan Berkira, Sistem Giliran Elak Adik Beradik ‘Lari’ Tanggungjawab Uruskan Mak Ayah. Apabila mak ayah semakin tua dan meningkat usia, menjadi tanggungjawab anak-anak pula membantu menguruskan mereka. Namun demikian, ada anak-anak yang ‘lepas tangan’ dan hanya mengharapkan adik beradik tertentu untuk memikul tanggungjawab dan menjaga urusan mak ayah ini. Dengan cara sistem giliran sebegini, iya jadi lebih adil pada semua.
Ini amalan yang dilakukan oleh keluarga Arni Suhaila Rahmatini, yang boleh dijadikan panduan buat kita.
Malang sungguh bagi ibu-bapa yang tidak menyedari bahawa anak-anak mereka telah dewasa tetapi lebih malang lagi bagi anak-anak yang terlupa bahawa ibu-bapa mereka telah semakin tua.
Sistem Giliran Urusan Mak Ayah
Aku ada 5 adik, aku nombor dua. Kakak aku dah takde. Bila dah ramai adik beradik ni wajib ada sistem peraturan yang tak membebankan satu sama lain. Aku cipta satu sistem giliran untuk urusan mak ayah kami.
Bila ayah mak perlukan bantuan, kalau yang empunya giliran tak boleh buat, dia wajib bayar ‘gaji’ pada ahli yang sanggup ambik giliran dia.
Siapa saja boleh beri sejuta alasan untuk mengelak..sibuk kerja la, anak takde orang jagalah, kereta belum servislah, belum gajilah.Ahhh macam-macam alasan. Sedangkan mereka berdua tu lah satu-satunya ibu bapa kita.
Mak Ayah Tanggungjawab Bersama
Mak ayah adalah tanggungjawab bersama untuk jaga kebajikan mereka. Mereka ladang pahala buat kita selagi mereka masih hidup. Bila tak buat sistem giliran begini, yang bujang la selalu diambil kesempatan. Kena ambik cuti sedangkan dia juga ada komitmen hutang bulanan. Tidak adil untuk dia.
Dan ini bukan kes berkira perihal urusan mak ayah, Aku nak elakkan pergaduhan adik beradik atas sebab ketidakadilan. Siapa nak pahala lebih silakan buat. Tapi nak ‘lari’ dari tanggungjawab tak boleh!.
Bila ada sistem giliran begini, tak la keluar ayat
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita yang masih ada mak ayah. Wajar juga membuat sistem giliran begini dalam menguruskan mak ayah. Bagi mengelak ada adik beradik yang lari dari tanggungjawab. Namun demikian, bertimbang rasalah. Jika tak mempunyai masa, sumbangkan wang ringgit pada anak adik beradik yang mampu menjaga untuk keperluan mereka.
Biarpun sedih dengan kehilangan mak, ayah tetapi kena kawal perasaan. “Walau apapun terjadi, saya akan jaga adik-adik.” luah anak sulung daripada lapan beradik ini.
Walaupun berat tanggungjawab yang digalas, namun gadis ini betul-betul kuat semangat demi menjaga adik-beradiknya.
Sedih Tetapi Kena Kawal Perasaan
“Rasa sedih dan rindu timbul setiap kali selepas solat,” kata Nazurah Nabilah Benyajeed, 19, yang kehilangan ibu bapanya akibat Covid-19 pada Julai lalu.
Nazurah Nabilah berkata, dia bagaimanapun dapat mengawal perasaan tersebut untuk menjaga tujuh adiknya selepas kematian ayah, Benyajeed Bernie, 45, dan ibu, Noraini Ibrahim, 43.
Pindah Politeknik
Pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Politeknik Mersing itu juga sudah dipindahkan ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak pada minggu lalu bagi memudahkannya menjaga adik-adiknya.
“Sebelum ini saya pernah jaga mereka, jadi bukan satu masalah kepada saya untuk berbuat demikian.
Saya akan teruskan pelajaran saya sampai akhir semester.
“Walau apa pun terjadi, saya tetap akan jaga adik-adik saya,” katanya.
Jelas Nazurah Nabilah, adiknya, Muhammad Muzakkir Benyajeed, 18, turut ditawarkan bekerja di Boustead Holdings selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan melawat mereka lapan beradik pada Julai lalu.
Bagaimanapun, katanya, Muhammad Muzakkir menolak tawaran tersebut kerana ingin bekerja di sekitar kawasan rumah bagi membantunya menjaga adik-beradik lain.
“Tapi kalau dia rasa boleh menggalas tanggungjawab walaupun bekerja di tempat yang jauh, dia akan pergi juga nanti,” ujarnya.
Kehilangan Ibu Bapa Kerana Covid-19
Pada Julai lalu, episod duka menimpa lapan beradik itu bermula apabila bapa mereka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang pada 16 Julai lalu, diikuti ibu mereka dua hari selepas itu, kedua-duanya akibat jangkitan Covid-19.
Selain Nazurah Nabilah dan Muhammad Muzakkir, enam lagi ialah Nurhani Nabilah, 16, Numasuhah Nabilah, 14, Muhammad Benjamin, 13, Muhammad Bennazir Sulaiman, 10, Nur Rawdhah Nabilah, 8 dan Nur Qurratu Ain Nabilah, 4.
Mingguan Wanita : Berat mata memandang, lagi berat bahu yang memikul. Dalam usia yang masih begitu muda, dia menggalas beban terlalu besar. Semoga Nazurah Nabilah terus cekal menghadapi ujian mendatang di samping adik-adiknya.
Selebriti wanita popular, Yana Samsudin rupanya bukanlah berasal dari keluarga senang. Mengimbau kembali perjalanan hidup dari zaman kecil yang penuh kepayahan, ibu kepada tiga...