Rupanya dengan melumur minyak dan pakai stokin sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut. Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti kulat air dan kecut apabila terendam dengan air, mahupun banjir berjam-jam lamanya.
Boleh ikut tip pengalaman yang dikongsikan oleh Puan Hayana Darliz ini yang pernah bergelar Kapten dan menjalani latihan tentera di dalam hutan dahulu.
Ada sahabat kita bagitau, diorang yang dok bersihkan rumah banjir hari-hari, kaki terperam dalam air berlumpur berjam-jam sampai rosak kulit kaki dan naik kulat air.
Allah..
Gini..KD share sikit..
Tip Sebelum Mulakan Kerja Membersih
Sebelum mulakan kerja membersih, samada basah atau tidak, sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun ok. Lepas tu pakai stokin, baru pakai boot.
Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.
Stokin pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.
Stokin dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.
Pengalaman ‘Training’ Dalam Hutan
Mana KD tau petua ni?
Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas. Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.
Ads
Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stokin. Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot.
Pakai minyak masak kelapa sawit aje.
Cara Buat Minyak Bawang Putih
Cara nak buat minyak bawang putih -grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak. Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layan kan aje.
Pastu masa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahu lah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering. Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stokin baru dan sarung semula boot. Jalan..
Ads
Jaga tau kulit kaki korang. Kulit kaki siap boleh lekang gitu aje kalau kulit dah kecut sangat. Kulat air toksah cerita lah. Keluar hutan siapla merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.
Gitulah. Ada la sikit pengalaman tu.
Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian petua dan tip ini bermanfaat, terutamanya yang sedang dalam proses membersihkan rumah akibat banjir. Cara ini boleh mengelakkan kulat air dan kaki kecut kerana terendam lama dalam air.
Jika mak-mak takde bajet nak buat kabinet atau beli almari, boleh DIY je bakul-bakul untuk jadi rak baju. Barulah kain baju yang ada nampak tersusun kemas. Cara nak buat bakul rak baju dari baku baket ni pun cukup mudah. Hanya menggunakan empat bahan sahaja.Manakala saiznya pula besar atau kecil kita boleh tentukan sendiri. Paling penting memang jimat kos, bajet tak sampai beratus-ratus pun.
Perkongsian daripada Puan Juria Sidek ini boleh dijadikan panduan.
Bahan-Bahan:
Bakul bersaiz besar (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
Bakul bersaiz kecil (bilangan ikut keperluan 10 biji, 20 biji, etc)
1 paket cable tie
Pisau/gunting (ikut la mana yang senang digunakan)
Cara Membuat:
Potong kanan dan kiri bakul supaya membentuk tingkap. Ruang ini yang akan menjadi bahagian hadapan rak baju.
2. Cantumkan 2 bakul dan ikat dengan cable tie seperti dalam gambar.
3. Potong lebihan cable tie yang terdapat pada bakul yang telah dicantumkan dan lakukan kepada semua bakul yang digunakan.
4. Selesai, ikat secara bertindih pula bakul tersebut menjadi bentuk rak. Tengok dah SIAP!!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak bolehlah cuba buat rak baju daripada bakul bajet ini.Senang dan jimat kos. Kain baju pun tersusun kemas.
Sumber: Juria Sidek
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rupanya dengan masukkan sedikit serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’, kacang kuda yang dah direndam semalam akan cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik rebus kacang kuda ni, ia lambat masak, keras dan tak empuk.Malah jika terlebih rebus, ia boleh ‘benyek’ dan hancur pula.
Boleh cuba petua dan cara rebus kacang kuda seperti yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat dimasak, empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan Ogos haritu.Dapat petua dari group ini juga cara-cara untuk merebus Kacang kuda. Terima kasih sahabat-sahabat.
Cara-Caranya:
1. Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman.
2. Kemudian paginya cuci bersih, toskan, lalu masukkan ke dalam rice cooker.
3. Tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
4. On kan suis, masukkan setengah sudu teh serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’ (untuk mempercepatkan kacang empuk).
5. Bila telah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk kunyit, masak hingga kacang empuk.
6. Bila kacang telah empuk, Offkan suis periuk, angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan.
Mingguan Wanita: Bila nak rebus kacang kuda, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Masukkan serbuk bikarbonat of soda sikit, barulah ia cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya!
Dalam dunia yang sentiasa obses dengan penampilan, Sherry Alhadad berdiri megah, bukan kerana bentuk tubuhnya, tetapi kerana pendiriannya. Dalam usia menginjak 41 tahun, pengacara dan pelakon serba boleh ini memilih untuk memelihara kewarasan dan kebahagiaan hati, berbanding mengejar definisi kecantikan yang ditentukan oleh masyarakat.
“Saya bukan tak pernah cuba nak kurus. Tapi siapa yang pernah lalui perjalanan itu, tahu betapa susahnya nak turunkan berat badan secara organik. Saya pernah turun, pernah naik balik. Kategori saya? Yoyo,” ujar Sherry tanpa berselindung.
Kurus Itu Perjuangan Emosi, Bukan Sekadar Fizikal
Dalam satu sesi temubual bersama media usai program MeleTOP baru-baru ini, Sherry secara terbuka mengakui betapa penurunan berat badan bukan semudah yang dilihat di mata kasar. Ia bukan sekadar soal diet atau senaman, tetapi pertarungan dengan diri sendiri.
“Mental kena kuat. Tapi saya belum sampai tahap itu. Kadang-kadang kuat semangat, esok dah ‘down’ semula. Jadi sampai bila aku nak buat macam ini?” katanya jujur, menggambarkan kepenatan emosi yang dilalui ramai wanita, tetapi jarang diucapkan.
Pembedahan Bukan Jalan Pintas Bagi Semua
Dalam era di mana pembedahan bariatrik menjadi pilihan popular, termasuk kalangan selebriti, Sherry memilih untuk menolak tawaran penajaan pembedahan secara baik. Bukannya kerana skeptikal, tetapi kerana belum tiba masa dan hatinya belum terbuka untuk kaedah tersebut.
“Saya jarang sakit. Tak pernah warded, tak pernah kena tahan di hospital. Jadi saya takut kalau ada apa-apa berlaku. Minta jauh… rasanya belum ada keperluan untuk pembedahan,” katanya, menolak dengan tenang tetapi berprinsip.
Apa yang menarik, Sherry tidak menolak kepentingan kesihatan, malah tetap menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya sebaik mungkin. Namun, beliau enggan menjadikan tekanan masyarakat sebagai punca kehilangan jati diri.
“Kalau berat naik sikit, saya akan ingat. Tak boleh Sherry, jaga makan. Tapi saya okay saja dengan badan saya sekarang. Saya dah semakin berusia dan masih selesa,” luahnya dengan ketenangan yang membahagiakan.
Menurut Sherry lagi, dia sebenarnya tetap okay dengan keadaan diri sendiri dan berat badan itu kerana sedar kini semakin berusia sekali gus masih selesa walaupun berbadan besar.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...