Sebagai seorang ibu muda yang mendapat anak pertama serta kurang pengalaman dalam perkembangan tumbesaran anak pastinya pelbagai perkara yang perlu dipelajari. Pengalaman daripada orang-orang tua yang lebih ‘makan garam’ adakalanya menjadi rujukan dalam pembesaran anak-anak.Sama ada ia mitos ataupun mungkin hanya satu kebetulan.
Baru-baru ini pelakon Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar,33 ada berkongsi satu status dilaman instagramnya bertanyakan, sama ada benarkan bila bayi dah mula menyembur, memberi kesan pada keguguran rambut si ibu.
“Budak belon ni sekarang suka jelir lidah..sembur-sembur (bubbles) agaknya gusi gatal nak tumbuh gigi. Orang tua-tua cakap kalau baby sembur-sembur ni rambut mummy akan gugur banyak!Tapi memang gugur tak hengat ni. Mommies lain pun mengalami keguguran rambut jugak ke? .”
Rupanya pertanyaan dan pengalaman Lufya ini mendapat respon yang sama daripada para pengikutnya.Rata-rata ramai yang bersetuju dan mempunyai pengalaman keguguran rambut apabila anak mulai ‘menyembur’ dan mahu keluar gigi baru.
syazleenzawawi@lufyalaana aah..gugur…tiap kali anak nak keluar gigi baru…rambut saya gugur.
aimi.munirahh Samaa @lufyalaana..macam orang leukimia dah..sedih tengok rambut sendiri,pastu bersepah satu rumah.
Ads
izzatihaifasiratSaya anak first rambut gugur banyak sampai rambut depan dah jadi botak sebab banyak sangat gugur. Nak sikat rambut pun takut.
syafaBetul, baby aaqil dah masuk 5month now, suka sembur-sembur, rambut mama ya ampun macam dah kena kimo.
fauziahgeeyahSama sis,sampai potong pendek dah rambut,macam musim luruh dah anak saya pun asyik main air liur pastu jelir-jelir lidah, rupanya tumbuh gigi sebatang dah.
Terdahulu pasangan ini telah mendirikan rumahtangga pada 26 November 2016, setelah bertunang selama 4 bulan pada tahun yang sama. Lufya telah berkahwin dengan Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom,28 dan dikurniakan seorang puteri yang comel Laana Haura yang kini berusia 7 bulan.
Mungkin ia hanya satu kebetulan. Tidak dapat dipastikan kaitan dan kajian saintifik bila anak mulai menyembur-nyembur, rambut mak-mak mengalami keguguran. Tapi pengalaman mak-mak sendiri bagaimana? adakah alami perkara yang sama seperti Lufya ini?
Susah hatikan mak-mak bila anak sejenis cerewet pilih makanan. Bukan mak tak rajin tau nak beri makan ya.. tapi memang ada anak kecil yang susah sangat nak masuk makanan dalam mulut dia. Jenuhlah mak buat macam-macam cara.
Rupanya ada sebab kenapa anak umur 6 bulan ke atas jadi cerewet dalam pilih makanan (picky eater) yang masuk ke mulutnya. Ini pengalaman Amyra Abas dengan anak kecilnya yang cerewet dalam memilih makanan.
Dari hasil pembacaannya dan maklumat yang diperoleh dari fisioterapi kanak-kanak, beliau menemukan satu info berguna untuk mak-mak. Perkenalkan bubur nasi kosong sebaik anak masuk umur 6 bulan untuk kurangkan kebarangkalian anak jadi picky eater.
“Saya rasa terpanggil untuk kongsi sedikit info pasal makanan pertama anak 6 bulan. Di sini saya tekankan, saya cuma berkongsi pengalaman membesarkan anak picky eater. Harap tiada misunderstanding, miscommunications, misjudging, miscal, misyou ehhh tiberrrrr.”
Arjuna my 1st son is a picky eater. Super picky eater. Sejenis yang tak manis tak mau makan. Langsung tak cuit. Suka instant food dan processed food. Sampai tahap saya terpaksa buat rice balls hari hari untuk arjuna makan nasi until now.
Semua bermula dengan pemberian buah dan susu berperisa dari hari pertama. Bila buka blog, tanya ibu-ibu lain semua sudah pasti mereka akan cakap fruit fruit fruit. Puri buah. Buah lenyek. Kononnya wajib beri makanan semi solid sebab pencernaan anak belum matang.
Like seriously?! Read more on this ya. Please. Namun bila kita tanya nurse, tanya doktor, pakar pemakanan, they will say BUBUR NASI. Wanna know why? Here we go.
Buah memang mempunyai gula natural untuk memberikan rasa manis asli dalam pemakanan. Selalu orang kata manis manis buah kan? Kita kira itu manisan standard. Ya bagi kita, namun bukan bagi bayi. Taste buds bayi sangat power, sepower super power tongkat ali kacip petimah. Eh?
Taste buds anak selama 6 bulan pertama hanya mengenal susu. Samada susu ibu atau susu formula yang juga dah sedia ada manis. Jadi untuk keselamatan, elakkan memberi makanan yang ada rasa manis seperti buah buahan.
Bayangkan berdouble manis anak kalian dapat. Buat lah BUBUR KOSONG BLEND TAPIS dan beri lah anak mengenal rasa dengan sesudu dua benda tawar dan tak sedap ni. Sesudu dua ok. Bukan sepinggan.
Perlu ditekankan, 6 bulan ini adalah fasa pengenalan makanan. Tak perlu beri banyak macam mak nya makan 3-4 pinggan. Beri sesudu dua, besok naik 3 sudu, lusa naik 4 sudu, tulat 4-5 sudu.
Muntah/muak bila disuap bubur kosong atau makanan lain itu adalah NORMAL ye mommies. Dont expect them to be us, macam kita kenal dengan suami, terus bercinta keeeeee? Mestilah tidakkk you allsssss. Kenal kenal rapat rapat sendat sendat mampat mampat dulu kan? Haaa gitu jugak lah anak kita. Nak kenal makanan bukan sehari dua boleh adapt.
Perlu diingatkan juga pentingnya tentang 4 DAYS RULE (4DR) untuk mengenal pasti sebarang perubahan pada anak. Monitor wet diapers nya. Sembelit atau cirit kah? Monitor skin conditions nya. Normal atau naik ruam kah? Kalau lepas makan anak tetiba jadi perdana menteri tu nanti PM tepi lah kongsi info anak makan apa.
Kakak ipar saya org Finland, dia bekerja sebagai physiotherapist kanak kanak. Dia cakap di finland tekankan makanan ruji utk anak. Bukan buah. Makanan ruji mereka macam pasta. Roti. Gandum. Quinoa.
Oats. Kita ni yang tak berapa nak mat saleh tu, beri bubur nasik kosong sebagai permulaan dah lerrrr. Janji bubur nasi kosong blend tapis. Insyaallah peratusan ke arah picky eater tu akan berkurangan. Insyaallah ye. Bukan pasti!
Back to basic : Bubur kosong 2-3 hari Puri sayur lain 4dr pass Puri buah lain 4dr pass
Dan seterusss nya
Perlu diingatkan, setiap kali anak dah makan sedap campur campur, back to basic untuk sehari dua je, berilah bubur kosong untuk stabilize taste buds anak. So then pemakanan anak akan balanced. Manis boleh telan. Tawar boleh telan. Pahit boleh telan. Payau boleh telan. Dan bila saja anak cirit atau muntah, berbaliklah kepada bubur nasik kosong. Its helps alot. Trust me.
Lagi satu, anak baru 6 bulan you allss, cuba elakkan makan campur campur untuk mengelakkan kita susah nak detect sebarang masalah pada anak (andai ada).
Lebih baik perkenalkan satu makanan dahulu. Bila dah 7 bulan boleh combine 2 makanan yang anak pass. 8 bulan boleh combine 3 makanan yang anak pass and so on. Jadi mak kene banyak sabar. Your child have his whole life to eat whatever he want, as for now, do our best to monitor his food intake as strict as we can.
Apa saja makanan yang bakal disuap ke mulut anak adalah pilihan kalian. Saya cuma berkongsi pengalaman agar kalian mampu mengelakkan anak kalian dari menjadi super picky macam arjuna. Atleast you dont have to put so much effort to tackle his taste buds back in track. Sangat menyusahkan. Serious talk.
Di sini saya nak highlights REAL FOOD LIKE FRUITS IS WAY MUCH BETTER THAN NESTUM, CERELEC, INSTANT BABY BISCUITS AND SO ON. THIS IS A PROCESSED TRASH. I WONT CALL THIS AS A FOOD. I WONT!
Please please please jangan sesekali suap anak dgn bahan bahan di atas. MAKANAN DI ATAS PEMBUNUH SELERA ANAK ANAK KITA. Trust me, you will thanked me one day for reminding.
Tiga tahun wanita ini digantung tidak bertali, akur dengan ketentuan Ilahi untuknya ketika itu bersama seorang cahaya mata dan anak kedua yang sedang dikandung, Siti Norhaliza Misran mengambil keputusan untuk memohon fasakh dari suaminya ketika itu.
“Saya dan bekas suami berkenalan melalui seorang kenalan rapat. Dia adik kenalan saya itu. Kami kenal tak lama dan selepas itu mengambil keputusan untuk berkahwin. Setelah mendapat seorang anak, suami mula tunjuk belang. Tiga tahun saya digantung tidak bertali. Akhirnya saya nekad untuk tuntut fasakh walaupun ketika itu saya sedang hamil anak kedua.
“Dalam masa tiga tahun ketika digantung tidak bertali kehidupan saya memang agak teruk. Mungkin kerana saya masih punya ikatan dengan bekas suami jadi saya tiada restunya. Dahulu memang saya bekerja jadi ada sumber pendapatan sendiri. Tapi dalam masa tiga tahun itu saya terpaksa berhenti kerja kerana masalah yang dihadapi, Saya didera emosi dan fizikal. Akhirnya saya nekad dan tuntut fasakh.
“Saya keluar dari rumah dan tinggal di Women’s Aid Organisation (WAO) atau Pertubuhan Pertolongan Wanita. Lebih menyedihkan lagi saya tengah mengandungkan anak kedua saya pada ketika itu. Saya bawa sekali anak pertama yang baru berusia 3 tahun. Sebelum saya bersalin abang kandung bawa saya tinggal bersamanya sehinggalah habis tempoh berpantang,”ujarnya mengimbas kembali detik-detik duka suatu masa dahulu.
Selepas kelahiran anak keduanya, Siti Norhaliza mendapat pekerjaan disalah sebuah syarikat yang terletak di Petaling Jaya. Kehidupannya ketika itu bertambah baik. Lebih menggembirakan hati wanita ini apabila majikan tempatnya bekerja juga memberi layanan yang baik untuknya di sana.
“Lahir sahaja anak kedua, saya rasakan rezeki semakin bertambah. Ketika itu saya diterima bekerja disalah sebuah syarikat yang terletak di Petaling Jaya. Alhamdullilah saya bertemu dengan orang baik-baik. Majikan tempat saya bekerja belikan saya motorsikal untuk saya berulang alik ke tempat kerja. Maklumlah dahulu saya keluar rumah sehelai sepinggang, tak ada apa-apa. Ketika bekerja saya menyimpan dan akhirnya dapat membeli kereta dan juga sebuah rumah untuk kami berteduh tiga beranak.
“Tapi sekali lagi saya diduga. Masalah dengan pengasuh anak yang rupanya mempunyai penyakit mental membuatkan saya nekad untuk berhenti kerja dan menjaga kedua anak saya sendiri. Walaupun berat keputusan itu untuk saya ambil, tapi demi anak-anak saya kuatkan juga. Dua tahun saya menjaga anak di rumah berbekalkan duit simpanan yang ada. Lama-kelamaan duit yang saya simpan semakin susut. Ada satu ketika saya dan anak-anak hanya makan nasi berkuahkan garam. Ada juga masanya kami hanya makan kuih dari pagi hingga ke malam.
“Siapa yang tak sedih mengenangkan nasib anak-anak saya sebegitu, tapi saya syukur kerana dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan dikurniakan anak-anak yang baik. Anak-anak tak pernah mengeluh dengan makanan yang kami ada. Kerana keadaan itulah saya nekad untuk keluar dan bekerja bersungguh-sungguh demi masa depan dan kesenangan anak-anak.”
Mendapat saranan daripada keluarga dan rakan-rakan untuk mendaftarkan diri ke Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Siti Norhaliza mencuba nasib dan dari situlah dia mula belajar kemahiran tentang kecantikan dan juga beberapa kemahiran lain untuk bekalan buat dirinya yang kini bergelar ibu tunggal.
“Ada yang menyarankan saya untuk daftarkan di Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Di Tahun 2007 setelah selesai temuduga, saya diberi kursus yang berkaitan dengan kemahiran yang saya minat iaitu kecantikan. Selepas itu saya ikuti pula kursus di Pusat Giat Mara untuk kursus yang sama. Kat sana saya belajar buat sauna, skrub badan, mandi bunga, mandi susu dan banyak lagi diajar di sana. Di sana juga saya di ajar dengan pelbagai kaedah urutan. Ketika belajar mengurut lah guru saya beritahu saya punya kemahiran untuk mengurut tradisional.
“Setelah banyak mengikuti kursus-kursus kemahiran yang disediakan, saya mula terfikir untuk membuat spa di rumah. Saya khaskan satu satu bilik di rumah dan buatdekorasi cantik-cantik untuk saya jadikan spa sendiri. Saya mula sikit-sikit sehinggalah saya dipertemukan dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Bila di sana bakat saya diasah dan saya diajar teknik urutan yang betul. Dari situ saya belajar cara nak urut orang bersalin dan lain-lain urutan. Saya juga turut diajar bagaimana untuk menjana pendapatan menerusi urutan.”
Kemahiran urutan yang ada diguna pakai oleh Siti Norhaliza untuk memahirkan diri sehingga dia berjaya membuka spa miliknya sendiri.
“Dengan LPPKN mereka banyak buka booth yang mana saya dan rakan-rakan yang mendaftar akan terlibat sama untuk field work. Kat situ kami dapat praktis dan dari situ juga saya dapat pelanggan-pelangga baru. Alhamdullilah rezeki semakin hari semakin baik. Sejak itu saya mula ramai pelanggan dan kini saya sudah mempunyaispa sendiri yang saya namakan Siti Norhaliza Magic Spa.
Dari spa sendiri, Siti Norhaliza juga turut terlibat dengan Program MamaCare, iaitusatu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga di bawah LPPKN.
“Saya turut terlibat dengan program MamaCare. Ia memang banyak membantu dari segi kursus yang disediakan selain dapat menambah pendapatan untuk saya dan anak-anak. Alhamdullilah kehidupan saya dengan anak-anak semakin baik. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang banyak membantu terutamanya kakak saya dan juga beberapa kawan baik yang sentiasa ada ketika susah dan senang. Memang banyak dugaan dan ujian untuk kami yang bergelar ibu tunggal, tapi satu sahaja nasihat saya untuk wanita yang senasib dengan saya, jangan mudah mengalah dan belajarlah kemahiran agar dapat kita jadikan bekalan untuk menyara kehidupan sendiri dan anak-anak,”akhirinya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Luluh hati mak ayah Adam Rayqal Mohd Sufi pagi ini, sebaik tiba di perkarangan Institut perubatan Forensik Negara (IPFN) untuk mengecam mayat bayi mereka. Tak dapat dibendung air mata yang sudah tumpah sejak berita kehilangan anaknya itu dikhabarkan pengasuh yang mendiami rumah sewa di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves.
Satu negara menangisi pemergian adik Adam Rayqal. Kerana ia bukan saja bersifat kejam malah melangkaui batas perikemanusian seorang insan.
Tindakan kejam meletakkan bayi 5 bulan itu berbalut kain lampin dan disumbat dalam beg berwarna hijau di dalam peti sejuk beku sungguh tidak dapat diterima dek akal manusia yang waras.
Dan sekali lagi, masyarakat menangis selepas baru saja kita membaca kisah ibu murung yang menyembelih anak sendiri. Tragedi menyayat hati ini menjentik hati kita agar lebih banyak bermuhasabah dan memanjangkan rasa sabar menghadapi ujianNya.
Wahai ibu dan ayah Adam Rayqal, anda adalah insan terpilih yang Allah berikan ujian cukup hebat ini. Bagi meninggalkan sedikit kekuatan emosi di lubuk hati yang sedang terluka itu, Mufti Wilayah Persekutuan. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakrimenyampaikan sebuah hadis di laman instagramnya untuk kedua ibu bapa yang diuji ini.
Mendengar khabar yang amat mendukacitakan hati ini. Kami sampaikan hadis ini kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Semoga keduanya sabar dan tabah menghadapi ujian ini dan ditempatkan anak kecil ini di dalam syurga Allah SWT bersama-sama dengan mereka yang beruntung di sisi-Nya.
Daripada Abu Hassan, beliau berkata: Aku bertanya kepada Abu Hurairah RA: “Sesungguhnya dua anak lelaki aku telah meninggal dunia. Bolehkah engkau sampaikan apa-apa hadis daripada Rasulullah SAW yang akan melegakan diri kami atas kematian dua anak kami?”
Abu Hurairah menjawab: “Ya. Kanak-kanak itu akan menjadi anak-anak di syurga. Apabila salah seorang mereka berjumpa dengan ayahnya atau kedua ibu bapanya, dia akan memegang pakaian atau tangan ibu bapanya sebagaimana aku memegang hujung baju kalian. Dia tidak akan melepaskannya sehingga Allah memasukkannya dan ayahnya ke dalam syurga.” (Riwayat Muslim, no: 2635)
Akhukum fillah,
Indahnya ingatan tuhan untuk ibu bapa yang sedang diujiNya dengan kehilangan insan paling dekat di hati mereka. Siapapun yang sedang diuji olehNya, dengan pemergian permata hati kecil yang engkau sangat kasihi peganglah kemas-kemas hadis ini. Semoga ia mampu memberi kekuatan hati dan emosi untuk ibu ayah terus melangkah menjadi khalifahNya yang taat dan redha.
Sudah sampai ajalnya, dua anggota tentera maut apabila terkena bom ketika menjalani latihan di lapang sasar Kem Hobart, Gurun. Sedih dengan apa yang berlaku, namun tiada siapa mampu menolak takdir Allah.