Nak suburkan tanaman sayur dan pokok bunga di rumah pun ada rahsianya. Kali ini mak-mak boleh cuba menggunakan petua menarik daripada Puan Suhaili Baharudin, bukan guna baja yang dibeli siap tetapi kena buat sendiri dengan menggunakan dua bahan mudah.
Nah, godek kejap!
Cara Buat Tanaman Subur Dan Bunga Meriah
Mak nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya. Ini mak dapat hasil dari menelaah FB.
Kak Eli panggil resepi ini plant booster. Bukan otak aje perlu dibooster pokok pun sama okey. Nak dibelai-belai, ajak bersembang, senyum manis pada dia maka berbunga rianglah mereka.
Mengada sangat.
Kosnya murah, tak perlu guna tenaga beria, tak perlu baca jampi serapah. Cuma spray dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, daun bukan main hijau kemudian kalau berbunga tu bukan main meriah lagi.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Ads
Cara Suburkan Tanaman
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Ads
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah.
Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Kemudian kau keluar rumah kau pun spray lah sesuka hati sambil menyanyi riang pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu. Spray spray spray tanpa was-was.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya. Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ads
Ini contoh Kak Eli spray pada daun limau purut. Kemudian esok pagi bila Kak Eli tengok semula pokok yang sama.
Tadahhhh!
Terus tumbuh anak pucuk baru! Bayangkan kalau kita spray pada tanaman sayuran macam bayam, tomato, kailan dan sawi. Pastilah mereka membesar dan gemuk dengan cemerlang.
Dan kita akan makan makanan yang super sihat hasil tanaman sendiri. Mudah bukan?
Hasilnya Bunga Pun Makin Merimbun!
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.
Please semua orang buat ya. Jauhkan dari mereka yang suka membawang dan hiduplah kita dengan tenang.
Hidup telur!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai.
Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di Bangladesh tahun lepas.
Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?
Itu la kain-kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan-bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau ditutup rapi.
Saya jadi tertanya-tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas serangga ke? (tanya dalam hati)
Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang.
Owner Kilang Kain Dedahkan Sendiri..
“Di sini tak ada tikus atau lipas ke?”
Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak.
Saya pun tanya lagi,
“Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?”
Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju.
Sebab Itu Baju Baru Beli Kena Basuh Dulu Sebelum Pakai
Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu.
Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun.
Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je!
Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni.
MW : Haa.. dah boleh buang habit pakai terus baju baru beli tu ya. Apa-apa pun kena basuh dulu. Sama macam buah baru beli.. kena basuh dulu baru makan.
Sumber/Foto : Mohd Fhais , Mata nampak bersih tak semestinya bersih.
Jika mak-mak ada microwave di rumah dan selalu digunakan, bab yang paling renyah adalah nak bersihkan kotoran yang melekat. Kena sental kerak-kerak dan sisa minyak tu yang bukannya mudah. Rupanya hanya menggunakan sebiji lemon dan semangkuk air, ia cara mudah untuk membersihkan microwave ini. Malah bau microwave pun harum segar semerbak lemon.
2️.Perah dan letakkan hirisan lemon dalam air tersebut.
3️.Masukkan dalam microwave.
4️.On kan selama 5 minit.
5️.Tunggu 2 minit sebelum buka microwave (untuk pastikan wap air tersebut tak keluar dari microwave)
6️.Lap microwave dengan kain bersih. Senang betul tak yah nak sental kerak-kerak dan sisa minyak tu. Bau pun harum semerbak lemon gitu.
SELEPAS
Siap!
Senang dan cepat kan?
Nota kaki.
Nak guna soda bicarbonate pun boleh juga.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak bersihkan microwave dengan cara yang mudah boleh cuba tip yang dikongsikan ini. Microwave bukan sahaja bersih malah semerbak harum segar bau lemon.
Rupanya ada cara mudah untuk mak-mak boleh tanam sayur bayam sendiri di rumah, tak perlu ada kawasan tanah pun. Iaitu dengan dengan teknik tanam bayam hidroponik menggunakan tapis. Hasilnya sangat puas hati dan memuaskan. Tak perlu lagi beli sayur-sayuran di pasar. Tanam di rumah boleh makan banyak-banyak, bebas racun seragga, jimat dan berkhasiat. Malah sayur bayam pun nutrisinya kaya dengan zat besi untuk menambah darah.
Cara tanam sangat mudah. Boleh ikut dalam gambar dibawah.Selamat bercucuk tanam.
2.Pastikan penapis aquarium ni memanjang turun untuk menyerap air dari baldi.
3.Gunakan penapis aquarium (ada jual kat kedai barang memancing dan kedai jual ikan) jumlah yang nak dipakai tengok besar mana size tapis.
4.Potong lebihan penapis aquarium mengikut bentuk bekas tapis.
5.Masukkan cocopeat atau serbuk sabut kelapa6.Siram cocopeat cukup-cukup lembab tak payah basah sangat.
7.Tabur benih bayam.
8.Benih bayam mula bercambah.
9.Hasilnya.
Info Ekstra!
Selain daun bayam, kangkung juga boleh boleh ditanam menggunakan teknik ini.
MW: Wah seronoknya tanam sayur-sayuran sendiri di rumah. Tak rugi berbudi pada tanah, hasilnya nanti lebih puas hati, jimat dan lebih organik tanpa ada campuran racun mahupun baja kimia.Selamat Mencuba!
Sumber: Ku Niezam Shutter Tharde
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.