Lelaki kalau nak isteri tak bekerja, cari yang tak bekerja dari zaman bercinta lagi. Dalam membina rumah tangga, setiap individu mempunyai prinsip dan keutamaan tersendiri. Salah satu perkara yang sering menjadi isu adalah sama ada pasangan, khususnya isteri, perlu bekerja atau tidak selepas berkahwin.
Lelaki Kalau Nak Isteri Tak Bekerja
Bagi sesetengah lelaki, mereka mungkin sudah menetapkan dalam fikiran bahawa mereka mahukan isteri yang tidak bekerja dan sepenuh masa menguruskan rumah tangga. Keinginan ini bukanlah sesuatu yang salah, tetapi ia perlu dipertimbangkan dengan matang dan disampaikan dengan jelas sejak awal hubungan.
Cari Yang Tak Bekerja Dari Zaman Bercinta Lagi
Berikut perkongsian Firdaus Syakirin
“Kalau sebelum kawin lagi memang dah set dalam otak, tak nak isteri yang bekerja, maka cari yang tak bekerja dari masa bercinta lagi…”
Cari wanita yang tak bekerjaya dari awal lagi, senang…
Isteri memang kena dengar cakap suami, isteri memang kena mintak izin suami untuk keluar rumah, kalau suami tak bagi kerja, maka isteri tak boleh ingkar arahan suami, isteri kena ikut…kalau tak isteri jadi derhaka…betul tak?
But why you married her if you memang dari awal lagi tak nak dia bekerja? Memang nak dia duduk di rumah?
At the time you choose her as your life partner pun, dia memang seorang wanita yang bekerjaya, ada income tetap bulanan, ada komitmen yg perlu dia tunaikan, ada tempat yang perlu dia bagi sumbangan…
Jangan sewenang-sewenangnya menafikan hak dia…dia belajar tinggi-tinggi, orang tua dia hantar masuk universiti, bayar duit yuran, duit tuisyen, duit buku dengan harapan someday dia akan dapat berbakti semula kepada diorang, dia boleh tanggung adik-adik dia, dia boleh kumpul harta, aset untuk masa depannya…backup kalau jadi apa-apa kat dia…
Tapi end up, kita blocked semua matlamat dan cita-cita dia atas alasan, kita nak dia duduk rumah, jadi suri rumah sepenuh masa lepas kawin dengan kita.
Ads
Kaum wanita bukan seronok-seronok nak keje, nak biar anak orang lain jaga dan bela, nak hadap jem, nak serabut otak fikir benda lain selain dari keluarga sendiri…it is not for fun la diorang pilih untuk bekerja…
Let me give one easy example, wife kita nak bersalin, kita cari doktor perempuan, tapi yang ada semua doktor lelaki sebab doktor perempuan bila dah kawin, suami dia tak bagi dia keje, suruh dia duduk umah, jadi suri rumah…so doktor perempuan semua berhenti keje, duduk umah…makanya, doktor lelaki la sambut kelahiran anak kita…ok macam tu? Boleh imagine?
Saya bersetuju kalau kita sebagai suami nak isteri berhenti keje atas sebab-sebab tertentu yang mana ada kebaikan untuk hubungan kita, rumah tangga kita dan keluarga kita selepas kita dah berkahwin dengan dia…dia mungkin boleh terima atau buat pertimbangan akan cadangan kita tu atas asbab, kita dah pun bagi dia peluang untuk bekerja, ruang untuk dia buat keputusan, dia dah capai matlamatnya, setel komitmennya dan sebagainya…
Benda boleh bincang, buat apa nak gaduh. Suarakan apa yang kita nak BAKAL ISTERI kita jadi selepas berkahwin dengan kita, apa perancangan kita untuk dia, dan jika ianya bertentangan dengan matlamat dia, dia tak boleh terima perancangan kita untuk dia, maka carilah yang sekufu, yang boleh terima akan kemahuan kita sebagai bakal suaminya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
Ads
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cuti sekolah sudah tiba, masa terbaik untuk mencipta kenangan indah dengan meluangkan masa bersama anak-anak di dapur! Resipi Bebola Nasi dengan Ayam Teriyaki ini bukan sahaja menyeronokkan untuk disediakan bersama, tetapi juga memastikan hidangan lebih sihat dan lazat dengan penggunaan bahan berkualiti, sesuai untuk selera dan keperluan anak-anak.
Kombinasi Sempurna Beras wangi Jasmine Sunwhite terkenal dengan tekstur lembut, aroma wangi dan rasa lebih baik yang menjadikannya pilihan terbaik untuk keluarga.
Ia amat sesuai untuk kanak-kanak kerana membantu meningkatkan selera makan, memberikan tenaga yang berpanjangan sekaligus mereka akan kekal aktif sepanjang hari.
Sementara itu, gula perang CSR Better Brown bukan sekadar pemanis biasa. Dengan rasa karamel yang kaya dan kandungan mineral semula jadi, ia adalah pilihan lebih baik untuk mencipta hidangan yang lazat tetapi tetap sihat.
Aktiviti Menyeronokkan untuk Anak-anak Memasak bersama-sama bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga peluang untuk anak-anak belajar tentang penyediaan makanan. Mereka pasti teruja membantu membentuk bebola nasi dan bangga menikmati hidangan hasil usaha sendiri!
Jom cuba resipi ini sebagai aktiviti riadah bersama keluarga!
Resipi Bebola Nasi dengan Ayam Teriyaki
Bahan-Bahan
Bebola Nasi:
· 2 cawan nasi beras wangi Jasmine Sunwhite
· 2 batang sosej | direbus & dicincang halus
· 1 cawan kernel jagung | direbus
· 1/2 batang lobak merah | direbus & dicincang halus
· 1 sudu teh minyak bijan
· Sedikit hirisan rumpai laut
· Sedikit daun ketumbar | dihiris halus
Ayam Teriyaki:
· 4 ketul peha/drumet ayam
· 1 sudu makan kicap cair
· 1 inci halia muda | parut halus
· 2 ulas bawang putih | cincang halus
· 2 ulas bawang merah | cincang halus
· 1 sudu teh minyak bijan
· 1 sudu makan serbuk cili
· 1 sudu makan gula perang CSR Better Brown
· 1 sudu teh cuka
· Garam secukup rasa
· Minyak masak | untuk menggoreng & menumis
Bahan Hiasan:
· Daun salad
Cara Penyediaan
Bebola Nasi:
1. Dalam mangkuk besar, campurkan nasi Jasmine Sunwhite bersama sosej, jagung, lobak merah, rumpai laut dan daun ketumbar.
2. Masukkan minyak bijan dan gaul hingga sebati.
3. Bentukkan campuran menjadi bebola kecil sebesar bola pingpong. Ketepikan.
Ayam Teriyaki:
1. Perap ayam dengan kicap cair dan halia selama 10 minit untuk menyerap rasa.
2. Panaskan minyak di kuali, goreng ayam separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
3. Dalam kuali yang sama, tinggalkan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga naik bau.
4. Masukkan serbuk cili, gula perang CSR Better Brown dan cuka. Kacau hingga sos menjadi pekat. Tambahkan sedikit garam dan minyak bijan untuk rasa sempurna.
5. Masukkan ayam goreng tadi dan gaul hingga sos menyelaputi ayam.
6. Siap!
Penyediaan:
Hidangkan bebola nasi bersama ayam teriyaki di atas daun salad untuk sentuhan lebih menarik.
Terima Kasih.Dua perkataan yang mudah tapi sukar dilafazkan.Ketahuilah bahawa ucapan ini sangat bermakna dalam hubungan suami isteri.Para isteri khususnya jangan lupa sentiasa ucap terima kasih kepada suami.Hargailah penat lelah dan pengorbanan suami dalam mencari rezeki buat keluarga. Sebagai isteri sentiasalah berdoa untuk kebaikan suami.Ketahuilah bahawa REDHA seorang suami merupakan Syurga buat isteri.
Perkongsian oleh Muhammad Ahmad ini semoga membuka mata kita para isteri agar lebih menghargai suami serta melakukan perkara yang boleh membahagiakan lagi suami.
ISTERI
Jangan lupa sentiasa ucap TERIMAKASIH kepada suami. Sediakan makan minum, pakaian yang terbaik buat suami. Cuba fahami keadaan emosi suami,cuba fahami apa yang suami suka dan tidak suka. Penat dia,stres dia ditempat kerja,stres dia dengan hutang,stres dia dengan pelbagai bil-bil di rumah. Ketika ini pentingnya sokongan,dorongan dan kata-kata semangat dari seorang isteri.
Pegang tangan suami. Cium tangan dia. Abang terima kasih penat cari rezeki untuk kami,terima kasih siang malam buat yang terbaik untuk kami. Terima kasih didik kami dengan agama. Maafkan sayang jika ada salah silap atau bebankan abang. Sayang sentiasa doakan kebaikan untuk abang. Sayang sayang abang kerana Allah dan Rasul.
Doakan Suami
Saat berjauhan mesej suami,hantar gambar anak-anak diwhatsapp dan sentiasa doakan suami agar dijauhkan dari segala fitnah.
Subhanallah kadang-kadang kata-kata dan doa ini buatkan seorang suami rasa sangat diharga,dicintai.
Fahamilah tanggungjawab suami bukan sahaja untuk memastikan Isteri dan anak-anak bahagia,kenyang dari lapar,sihat dari sakit dan bukan sahaja untuk memastikan isteri dan anak-anak rasa selamat,tenang,dihargai, dicintai, disayangi selalu.
Bahkan tanggungjawab seorang suami untuk memastikan agar isteri dan anak-anak terselamat dari Azab Allah s.w.t,terselamat dari azab kubur,lepas titian sirat,terselamat dari huru hara padang mahsyar dan Memastikan isteri dan anak-anak bersama masuk syurga Allah s.w.t.
ISTERI.
Sabarlah dengan emosi suami selagi tidak mencederakan anda. Sabar dan redha jika dimarahi suami. Jangan melawan ketika suami memberi nasihat,marah. Jangan tinggikan suara ketika memanggil suami. Jangan sesekali aibkan suami difacebook mahupun dipejabat hatta kepada ibu bapa kita sekali pun. Sebaliknya Jadilah pendengar,penasihat yang setia buat suami.
Ketahuilah REDHA seorang suami Syurga buat isteri.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Semoga kita para isteri berusaha membahagiakan suami, tidak lupa mengucapkan terima kasih demi mendapat keredhaan seorang suami.
Isu poligami adalah isu yang sentiasa panas dan menarik perhatian. Ramai lelaki akan suka dan kebanyakan wanita akan masam muka. Suka atau masam muka, amanah besar untuk suami yang berpoligami adalah berlaku adil.
Adil dalam poligami adalah KETETAPAN dan KEWAJIPAN, Bukan PILIHAN ATAU PERCUBAAN. Kemampuan untuk berlaku adil perlu diyakini oleh si lelaki sebelum berkahwin lagi dengan bakal isteri kedua atau ketiga atau keempat.
Si wanita yang bakal masuk ke dalam rumah tangga seorang lelaki yang telah beristeri juga perlu yakin dengan kemampuan bakal suaminya. Kemampuan berlaku adil inilah yang terkandung dalam syarat kelayakan berpoligami yang ada dalam peruntukan undang-undang Keluarga Islam yang diamalkan di Malaysia.
Isu Besar Bila Tak Lalui Penapisan Kelayakan
Isu besar hari ini ialah banyak kes poligami yang tidak melalui penapisan kelayakan yang ditetapkan oleh undang-undang ini lantaran perkahwinan berlaku tanpa kebenaran undang-undang sama ada berkahwin di sempadan atau nikah sindiket.
Biar pun tidak ditapis, kewajipan berlaku adil adalah perlu dan jika ketidakadilan berlaku, para isteri yang terlibat mempunyai hak untuk mengadu ke Mahkamah Syariah dan si suami boleh dikenakan denda tidak lebih RM1000 atau penjara tidak lebih dari enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Jangan Ada Antara Isteri Rasa Terpinggir
Adil yang dikehendaki dalam perkahwinan poligami bukan bermaksud sama rata atau sama banyak sebaliknya adalah sesuai dan munasabah kepada situasi berdasarkan syariat, bukan emosi, bukan jua pendapat masyarakat.
Adil yang dituntut agar dilaksanakan oleh para suami yang berpoligami adalah memadai tidak ada seorang pun daripada isteri-isterinya yang berasa dipinggirkan.
Menepati maksud ayat 129 surah an-Nisa’: “Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri- isterimu, walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkapai-kapai. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Isu Nafkah Dan Giliran
Rasa dipinggirkan pula bukan berasaskan emosi wanita sahaja sebaliknya pelaksanaan tanggungjawab khususnya NAFKAH dan GILIRAN. Pembiayaan nafkah adalah tertakluk kepada keperluan dan kemampuan suami. Buat wanita dengan status isteri kedua atau ketiga atau keempat yang telah maklum dengan situasi kewangan suami sejak sebelum berkahwin lagi, anda tidak wajar mempersoalkan ketidakmampuan suami membiayai segala keperluan anda.
Kenapa tidak wajar? Kerana anda telah membuat pilihan untuk tetap menerima lelaki yang tidak mampu dalam kewangan sebagai suami anda. Namun, anda tetap BERHAK MENUNTUT bahagian yang sesuai dengan kemampuan suami. PASTIKAN TUNTUT biar sekadar seringgit! Agar suami sedar beban tanggungjawab yang sedang dipikul hasil keputusannya menikahi anda.
Suami Kena Usaha Lebih Keras Nafkahi Isteri
Buat si suami, anda tetap perlu berusaha memberikan perbelanjaan yang sesuai dengan kemampuan anda biarpun sikit kerana tatkala anda berani menerima qabul daripada akad untuk mengahwini seorang wanita, bererti anda juga perlu berani untuk berusaha menjaga kebajikan wanita tersebut termasuk membiayai keperluannya.
Pastikan anda terus berusaha dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan rezeki dan pembiayaan – tanpa menganiayai diri sendiri seperti tidak cukup rehat hingga menjejaskan kesihatan – dengan niat untuk ikhtiar melaksanakan tanggungjawab anda terutama apabila perkahwinan dikurniakan cahayamata. Anak atau anak-anak ini adalah tanggungjawab anda sepenuhnya sebagai seorang bapa!
Luang Masa, Bukan Sekadar Balik
Berkaitan giliran – bukan bermaksud perlu selang sehari atau ditetapkan setiap dua hari atau ditentukan perlu genap 24 jam tanpa kurang seminit atau sesaat. Giliran perlulah sesuai dan munasabah termasuk mengambil kira rutin harian suami dan perkahwinan yang sedia ada.
Giliran bukan sahaja hak isteri-isteri tetapi hak anak-anak. Paling penting GILIRAN BUKAN SEKADAR BALIK KE RUMAH tetapi tidak dipedulilan. Giliran mestilah BERLAKU LUANG MASA DAN WUJUD KOMUNIKASI POSITIF ANTARA SUAMI, ISTERI dan ANAK/ANAK-ANAK, jika ada.
Tanya Khabar
Sebagai contoh, suami dan isteri pertama menetap di Kuala Lumpur dan isteri kedua pula menetap di Alor Setar – tidak adil jika suami perlu ulang alik saban hari atau setiap hujung minggu. Luang masa waktu rehat hujung minggu tetap perlu mengambil kira hak isteri dan anak-anak yang sedia ada.
Dalam kes dinyatakan, giliran yang adil ialah si suami MASIH BERKOMUNIKASI dengan isteri kedua PADA HARI-HARI BIASA – BERTANYA KHABAR, MENGAMBIL BERAT DAN MEMBERIKAN PERHATIAN SEWAJARNYA tanpa mengabaikan isteri sedia ada dan balik ke rumah isteri kedua selang hujung minggu.
Giliran juga berkait dengan cuti raya, cuti sekolah atau percutian keluarga. Jika isu nafkah dan giliran ini ditangani sebaiknya, keadilan akan wujud dalam poligami!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suasana sebak di Konvokesyen UniSZA apabila ibu terima skrol diploma arwah anak yang meninggal dunia dua minggu sebelum tamat pengajian – hadiah terakhir Airel buat ibunya.