Tak sangka, cuma guna wallpaper wanita ini mampu hasilkan kelainan pada rak TV dalam rumahnya. Nak beli baru macam membazir, tambah pula perabot yang ada pun elok lagi. Langsung tak rosak.
Haa… nak sedapkan mata memandang, mak-mak boleh guna idea yang dikongsikan Puan Hanidah Hani, terus nampak cantik rak TV yang lama.
Idea Hias Rak TV, JIMAT!
Jangan tertipu dengan warna putih tu. Saya lekat guna wallpaper je. Nak beli rak ikea warna putih, bajet tak cukup lagi, nak buang yang sedia ada sayang pula sebab elok lagi. Jadi kita belikan baju baru untuk dia, kos murah-murah je.
Ads
Beli wallpaper warna putih (pvc) kat Mr Diy, 1 roll RM3.49, satu rak tv ini saya guna 4 – 5 roll. Total kos RM17.45.
Ads
Murah, bukan?
Ads
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon Linda Rafardan Abby Abadi nampak gayanya geram sungguh dengan aksi seorang cikgu yang tanpa alasan kukuh telah memukul salah seorang pelajarnya sampai terpelanting dari kerusi.
Video yang dimuat naik dalam lama instagram kedua artis ini mendapat reaksi yang sama daripada follower mereka. Rata-rata terkejut dengan tindakan di luar batasan sebagaimana seorang guru seharusnya bertindak.
Kata Linda Rafar dalam instagramnya itu, “Perhatian! Tolong viralkan. Sape cikgu giler ni main pukul je anak orang tanpa sebab. Sape tau dan kenal perempuan ni.
“Tolong viralkan muka dia sekarang. Sape tahu tadika or taska mana. Dengar cikgu lain pun pukul jugak.”
Emosi yang sama turut dikongsikan oleh Abby Abadi. Abby menyangkal tindakan guru tersebut yang disifatkan tiada kesabaran, tetapi masih mahu menjaga anak orang lain.
“Ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu tak ada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?”
Tambah Abby lagi, “Hai la akak-akak. Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat akak-akak balik. Saya tak boleh benda benda gini.”
“Budak itu tak ada buat salah apa pun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga-penjaga ni. Geram ni!”
Bagaimana pun Abby sekali lagi memaklumkan tidak pasti dengan lokasi kejadian tersebut. Malah Abby merayu agar pihak Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan lanjut.
“Tak pasti dimana. Tapi dimaklumkan di Melaka. Betul ke orang Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit.. biar diaorang tahu erti penyesalan.”
Betullah seperti apa yang disarankan oleh Linda Rafar dengan Abby Abadi itu. Walau beremosi macam mana sekalipun seorang pendidik, tidak seharusnya melepaskan geram pada anak-anak murid yang masih suci hatinya.
Kerana nanti akhirnya, andalah sebenarnya yang sedang mengajar anak itu untuk menjadi seorang pendendam dan panas baran.
Ada mak-mak tak kisah pun hidup dalam keadaan rumah bersepah, janji anak puas bermain. Tetapi tak pandai kemas rumah dan ada anak kecil yang suka sepahkan mainan itu bukan tanda dia pengotor ya.
Habis, keadaan rumah macam mana yang dikatakan pengotor? Haaa… nak semak balik ciri-ciri golongan orang yang suka biarkan rumah kotor, jemput baca pandangan daripada Puan Nurulbadiah Lai, lebih padu dan confirm rasa nak berubah!
Rumah bersepah kalu ada anak-anak kecil atau budak-budak itu normal. Bersepah maksudnya mainan anak-anak dalam rumah berterabur, kerusi duduk lintang pukang, baju berbakul-nakul tak sempat nak lipat, cadar katil kemas ala kadar, bantal berterabur sana sini. Itu adalah rumah bersepah, normal bila ada anak-anak kecil kat rumah sebab memang tak larat nak kemas. Tak normal bila kat rumah tak ada anak-anak kecil tapi masih bersepah.
Rumah kotor pula pinggan kat sinki tak berbasuh, sisa makanan tak dibuang, dapur berkeladak.
Dalam rumah lantai kotor, berhabuk dan penuh dengan benda-benda yang tak sepatutnya. Bilik air penuh dengan pampers situ sini. Kat sinki seluar dalam tak berbasuh, atas lantai pampers, dalam lubang toilet berkeladak keruh, baju tak berbasuh, berterabur situ sini bau busuk dan hapak.
Haaaa… itu rumah yg kotor!
Rumah yang bersepah boleh diterima lagi nak guna alasan anak-anak kecil, sebab memang tak larat buat benda yang sama 10 kali sehari. Jadi biarkan diorang sepahkan nanti dah tidur baru kemas.
Rumah yang kotor tak payah guna apa-apa alasan, anak ramai ke, miskin ke sebagainya sebab orang yang pemalas je biarkan rumah kotor. Jangan berselindung di sebalik anak-anak ramai atau faktor miskin biarkan rumah kotor. Rumah kotor banyak bakteria, macam mana nak buat ibadat kalau pampers sana sini, bau pun busuk.
Kalau dah dasar pemalas jangan salahkan benda lain!
Ok, dah ada jawapannya, bukan? Lepas ini pastikan anda masuk dalam kategori mak-mak yang rajin uruskan rumah tangga ya. Jangan pula tak ada masa nak sampai termasuk dalam dunia rumah pengotor!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penting rupanya mengambil suntikan vaksin pneumococcal bagi anak berumur dua tahun ke bawah dan warga emas berusia 65 tahun ke atas. Jika selama ini, ramai mak ayah yang tak tahu mahupun tertanya-tanya perlu ke cucuk vaksin pneumococcal, mohon baca penjelasan lengkap perkongsian oleh Dr Mohd Nizam Ishak ini.
Alhamdulillah..baru diberi masa dan ruang untuk menulis sedikit info buat siapa yang masih tertanya-tanya pasal vaksin pneumococcal ni. Pertamanya..di Malaysia, vaksin ni masuk lagi optional..tak termasuk dalam program rutin vaksinasi kebangsaan. So, kena keluarkan duit sendiri.
Perlu ka tak perlu bergantung kepada;
✓ Pemahaman kita apa sebenarnya penyakit pneumococcal ni? Penyakit apa ni? Bahaya ka?
✓ Apa pentingnya atau fungsi vaksin ini dalam mencegah penyakit pneumococcal??
Penyakit ini disebabkan jangkitan bakteria ‘streptococcus pneumonei’.Bakteria ni ada banyak strain (jenis) ~ 90…tapi lebih kurang 20 strain, yang akan menyebabkan jangkitan yang teruk!
Terutamanya pada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah, orang tua-tua yang berumur lebih 65 tahun..atau orang-orang yang berpenyakit kronik seperti kencing manis!
Pernah dengar baby yang meninggal sebab jangkitan paru-paru?
Pernah dengar baby yang tarik sawan disebabkan jangkitan pada otak? Dan kesannya lumpuh atau lembam?
Atau orang tua-tua yang balik dari haji, dimasukkan ke dalam ICU disebabkan jangkitan paru-paru atau jangkitan dalam darah?
Mungkin disebabkan jangkitan bakteria lain, tapi bakteria Streptococcus pneumoniae ini salah satu ‘punca utama’ kepada jangkitan-jangkitan teruk ini!
Melalui titis-titis batuk atau bersin daripada pesakit-pesakit pneumoccocal dan juga daripada PEMBAWA!
Pembawa ini bermaksud, seorang yang ada kuman ini pada hidung dan mulut, tapi tak terkena jangkitan atau tak ada sebarang simptom! Dan boleh merebakkan kuman ini pada orang lain.
Bayangkan, hari raya yang ramai sanak saudara,tetamu,sayang cium baby kecil, baby yang sihat wal’afiat..2-3 hari lepas tu..baby start demam, kena tahan wad ICU!!
Nak cerita dekat sini, jangkitan pneumococcal ni adalah jangkitan yang teruk, yang memberi komplikasi yang teruk, dan mungkin menyebabkan kematian!
Vaksin ni adalah sebagai pertahanan barisan hadapan untuk mencegah jangkitan kuman streptococcus ni. Mencegah!!tak sempat pun lagi kuman nak merebak, dah kena bunuh dengan antibodi!!
Disebabkan jangkitan pneumoccocal ni memberi kesan & komplikasi yang teruk, sebab tulah adanya vaksin ini dan digalakkan pengambilan vaksin ini!
Kalau setakat demam selsema biasa..tak perlu la vaksin-vaksin bagai!!
Harap..masih boleh faham..
✓ kalau kena jangkitan, bagi la antibiotik tak boleh ka?
Kena faham juga yang bakteria ini mempunyai strain-strain yang kuat dan tahan pada antibiotik.Sebab tu, kadang-kadang ada budak-budak yang masih demam, walaupun diberi antibiotik!Kenapa perlu tunggu untuk dirawat, kalau boleh dicegah?
✓ kalau cucuk vaksin ni, TAK akan kena jangkitan paru-paru dah ke Dr??
Masih ada risiko jangkitan kuman dari jenis bakteria lain dan dari strain Streptococcus pneumoniae yang lain, yang tidak termasuk dalam vaksin.
Berbalik pada soalan..so perlu ka tak perlu vaksin ni?
Kalau boleh nak cakap perlu untuk semua!
✓ Pada golongan-golongan yang mampu, sila teruskan sebab jangan menyesal bila dah terlambat.
✓Untuk anak-anak yang selalu kena jangkitan paru-paru selalu masuk ward..please & please amik.
✓ mak ayah kita yang dah berusia..nak pi haji/umrah..cucuk dulu vaksin ni selain meningococcal vaksin.
#drnizam
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang berkemampuan, ambillah suntikan Vaksin Pneumococcal pada anak untuk demi kesihatan mereka.
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati...