“Lebih rela minum jamu, berurut.” Tidak mendapat rawatan sepatutnya, punca wanita mati putik bercerai. Masalah seksual dikatakan isu yang dipendam kebanyakan wanita.
Takut dipandang serong dan dicop yang bukan-bukan membuatkan wanita lebih rela mendapatkan rawatan alternatif daripada berjumpa pakar.
Lebih Rela Minum Jamu
Masalah seksual seperti mati putik yang dialami wanita adalah antara penyumbang tertinggi kepada kes perceraian di Kelantan dan Selangor.
Pensyarah Perubatan Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Rosediani Muhamad berkata, tiga daripada 10 wanita pernah atau sedang mengalami masalah mati putik bercerai dengan pasangan masing-masing.
Katanya, mati putik atau nama saintifiknya disfungsi seksual wanita mungkin tidak menjadi masalah besar bagi sebahagian wanita, namun ada sebilangannya pula merana dalam diam disebabkan malu untuk mendapatkan bantuan sedangkan ia boleh dirawat.
“Wanita yang mengalami disfungsi seksual biasanya merasakan seks tidak lagi menjadi keutamaan dalam kehidupan sedangkan menjaga kesihatan seksual adalah suatu ibadah serta kunci dalam membentuk perhubungan mawaddah dan sakinah dalam rumah tangga.
“Perasaan malu dan tabu terus menghantui dan membatasi mereka sehingga masalah yang dibiarkan itu menjadi parah apabila suami juga tidak mempunyai ilmu untuk membantu,” katanya.
Ads
Mengulas lanjut, Dr Rosediani berkata, kebanyakan wanita di negara ini yang menghadapi masalah mati putik cuba mencari jalan penyelesaian dengan memilih produk berbentuk jus atau minuman bagi meningkatkan keintiman untuk melakukan hubungan seks.
“Selain itu, ada juga yang memilih kaedah berurut atau bertemu bidan bagi menyelesaikan masalah mereka, walau bagaimanapun, keberkesanan yang diperoleh daripada rawatan itu tetap mengecewakan.
Tidak Mendapat Rawatan Sepatutnya
“Terdapat tiga punca utama masalah ini berlaku iaitu masalah dalam diri sendiri seperti kesibukan dengan kerja, tekanan berpanjangan, proses kehidupan yang meletihkan seperti proses mengandung, melahirkan, menyusukan, membesarkan anak, mengambil pil perancang, mempunyai penyakit kronik seperti kanser.
“Selain itu, faktor persekitaran dan didikan keluarga juga antara punca masalah mati putik. Kefahaman mengenai seksualiti yang cetek serta kurangnya komunikasi, toleransi, kefahaman berkaitan seks atau hubungan intim turut menyebabkan hubungan suami isteri semakin renggang.
“Dalam hal ini, suami perlu memainkan peranan penting dalam mengemudi rumah tangga dan menjaga perhubungan dengan pasangan.
Ads
“Sikap suami yang berang, tidak pandai menunjukkan rasa cinta dan kasih sayang, berat tulang, tidak pandai berkomunikasi, memujuk isteri untuk merasai kenikmatan melakukan hubungan seks juga antara punca masalah ini berlaku,” katanya.
Beliau juga berkata, bagi mencegah masalah mati putik, setiap pasangan perlu memperbetulkan niat mereka terhadap hubungan seks dengan menganggap ia sebagai ibadah, meningkatkan komunikasi dan toleransi, mengubah cara hidup yang lebih mesra keluarga dan menzahirkan kasih sayang antara suami isteri.
“Bagi mereka yang mengalami masalah ini, jangan segan atau malu untuk mendapatkan rawatan atau nasihat daripada doktor di mana-mana Klinik Kesihatan, Klinik Kesejahteraan Wanita dan Klinik Rawatan Keluarga.
Ads
“Masalah mati putik juga mampu dirawat dan dicegah dari awal sebelum ianya memudaratkan diri dan pasangan masing-masing. Kongsi masalah anda kerana anda juga layak untuk dapatkan hidup yang lebih bermakna serta keluarga yang bahagia,” katanya.
Mingguan Wanita : Sebaiknya bila mak-mak merasakan kesihatan seksual merosot, cuba berjumpa pakar dan dapatkan nasihat untuk mengatasinya.
Seronok nak raya korban pun, bab makan tetap kena jaga. Tambah pula kalau anda ada penyakit gout! Sebelum sakit melarat, semaklah perkongsian tip daripada doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini. Moga anda boleh bersedia dan mengelak apa yang patut, jom baca!
Sedikit nasihat berkenaan sakit GOUT yang sinonim dengan hari raya korban. Sebagaimana yg kita tahu, raya korban ialah hari di mana kita akan makan lebih banyak dari biasa,lauk berasaskan daging seperti daging lembu, atau kambing.
Daging merah (kambing & lembu ) memang diketahui tinggi kandungan purine — yang akan menaikkan kadar uric acid dalam badan. Maka hati hati kalau ada gout, kurangkan makan daging korban, dan buat yg gemarkan bahagian eksotik lembu seperti hati, otak, lidah, mata, buahpinggang lembu… kalau anda ada gout, tolong jangan makan part yg exotic ini, sebab kat sini lah terkumpul banyak nya uric acid, dan juga kolestrol.
Ramai juga yg terlepas pandang bab dehydration.
Kekurangan air memang boleh trigger attack gout.
Banyak kan minum air kosong, elakkan terlalu banyak minum air manis.
Injury / stress pada sendi pun boleh trigger attack gout.
So kepada yg driving jauh balik Kelate Terengganu tu, take a rest lepas 1-2 jam driving. Minum air kosong dan regangkan kaki. Lenguh pada buku lali dan tapak kaki boleh trigger attack gout bagi yg pernah kena gout pada buku lali / sendi ibu jari kaki.
Selain makan ubat tahan sakit KALAU kena attack gout di kampung, bila dah start sakit tu, cepat cepat tinggikan kaki, jangan banyak gerakan pada sendi yg terlibat, boleh cuba tuam dengan ice pack, dan tengok aja lah ye sedara mara hirup sup daging dengan sabar
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rutin sebegini lah yang dilakukan oleh pasangan suami isteri contoh Ustaz Ebit Lew. Sejak umur 12 tahun, ustaz dah diajar makan bersama dalam talam. Inilah yang diterapkan dengan anak isteri.
Baca perkongsian ustaz, betapa indahnya bila ahli keluarga dapat makan bersama dalam satu talam.
Indahnya Makan Setalam Berjemaah
Meh bidadari dan anak tercinta makan cepat. Ayah dah lapar makan nasi arab. Bestnya rasa. Terutama bila bidadari masak. Dapat suap bidadari best rasa. Kena gigit jari lak. Rindu agaknya.
Meh! anak ayah. Ayah suap semua sekali. Berenam kami makan. Semua dah makan makanan sama. Bestnya ya Allah. Terasa semuanya dekat dan rapat
Best makan dalam bekas yang sama. Makan dalam dulang. Sunnah berjemaah. Malah, sunnah juga makan satu bekas yang sama. Sunnah juga menyuapkan makanan pada bidadari tercinta.
Bila makan terasa tangan dekat. Peha dekat. Hati dekat. Handphone jadi jauh. Bila dekat meja mula jauh. Sibuk nak tengok handphone. Sedihkan sesekali berjumpa makan sekeluarga sibuk tengok handphone. Cinta makin dekat.
Rahmat Allah terasa dekat pada semuanya. Jadi rasa sehati sejiwa. Satu keluarga, satu hati. Satu tujuan redha Allah. Bila makan begini terasa nikmat dunia ini. Rupanya syukur dan saling menghargai dan cinta boleh hadir bila makan berjemaah.
Pasangan Dah Tak Bergaduh Bila Makan Berjemaah
Untung belajar makan begini semenjak umur 12 tahun dulu. Best bila bidadari suap saya semula. Hari-hari dapat rasa anak suapkan saya. Rasa kekeluargaan.
Banyak pasangan dah tak bergaduh bila makan berjemaah. Duit boleh beli meja makan cantik dan beli makanan mahal sedap tapi tak boleh beli kasih sayang. Hanya Allah beri kasih sayang.
Berkat sunnah Nabi saw cinta dan kasih sayang kerana Allah. Syukur dah 2 masuk Islam bila saya ajak dia makan begini dan suapkan mereka. Allahuakbar
Pohon doakan keluargasunnah 9 Feb 2020. Di Maeps Serdang. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.
MW : Cuba suburkan kembali amalan makan satu talam dengan keluarga. Moga jadi asbab saling berkasih sayang. dan tahan ujian rumah tangga.
Jangan mengukur kebahagiaan pasangan suami isteri kerana mereka mempunyai kekayaan harta benda. Sebab mereka tang banyak itu, belum tentu bahagia. Begitu juga bagi pasangan yang kurang berkemampuan, belum tentu dapat memberi kebahagiaan. Jadi apa yang diinginkan dalam hidup suami isteri.
Ingat, suami diuji bila memiliki kekayaan dan isteri diuji bila pasangan belum mempunyai apa-apa. Malah, rata-rata pasangan sebolehnya ingin rumah tangga yang dibina bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Apatah lagi, hati seorang isteri.
Perkongsian daripada Isma Addi Jumbri tentang apa luahan yang diinginkan oleh setiap wanita yang bergelar isteri.
SUAMI
*******
1. Tak kisah jika suami kurang kaya berharta, yang penting hidupmu bahagia dan tidak derita.
2. Tak kisah jika suami tidak berpangkat tinggi, yang penting semua nafkah dia sediakan dan bagi.
3. Tak kisah jika suami tidak bergaji menteri, yang penting rezeki buat keluarga dia rajin mencari.
4. Tak kisah jika gaji suami tidaklah mewah, yang penting dia rajin bekerja walaupun bermula dari bawah.
5. Tak kisah jika suami tidak berkereta hebat, yang penting nafkah keluarga dia beri dan duit isteri dia tak rembat.
6. Tak kisah jika suami bukan guru atau pensyarah, yang penting dia baik hati dan tak marah-marah.
7. Tak kisah jika suami tidak tinggi lampai, yang penting keluarga dijaga baik dan tidak dibiar hidup terkapai-kapai.
8. Tak kisah jika suami hanya kerja ‘security’ atau jaga, yang penting dia beriman dan pimpin keluarga menuju ke syurga.
9. Tak kisah jika perut suami sedikit boroi atau sarat, yang penting dia jujur dan pimpin keluarga menuju akhirat.
MW: Adakah semua di atas itu yang diharapkan oleh seorang isteri?
Ismanira didapati bersalah abaikan Zayn Rayyan. Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan, Ismanira Abdul Manaf didapati bersalah atas kesalahan pengabaian terhadap anak autistiknya,...