Khas buat peminat petai, jika selalu petai dibuat sambal atau dimakan mentah begitu sahaja, apa kata kali ni cuba Nasi Goreng Petai yang dikongsikan oleh pelakon Datin Paduka Ainur Syakina Azman,23 atau lebih dikenali Eina Azman ni.
Isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini memang gemar berkongsi resipi dan video masakannya didalam Instagram.Perkongsian resipi Nasi Goreng Petai ini antara yang paling banyak mendapat tontonan oleh para pengikutnya iaitu lebih 410 000 views.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut;
Bahan-Bahan:
Ayam (dipotong kecil)
2 Biji Bawang Merah
7 Ulas Bawang putih
Sedikit Belacan
2 Batang Cili merah
Segenggam Cili Padi
Sedikit Sos tiram
Sedikit Sos ikan
Sedikit Kicap manis
4 Biji Telur
Semangkuk Petai
Nasi Putih
Garam
Gula
Minyak Masak
Cara Membuat:
1.Gorengkan hirisan ayam dalam kuali.
2.Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih,belacan, cili merah dan cili padi.
Ads
3.Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk didalam kuali sehingga naik bau/garing.
4.Masukkan sedikit sos tiram, kicap manis,sos ikan, garam dan gula.
5.Masukkan pula telur dan kacau sebati.
6.Masukkan petai yang telah dikopek kulit, kacau dan biarkan seketika.
Ads
7.Akhir sekali, masukkan nasi putih dan kacau rata.
Kalau biasanya mak-mak makan nasi ayam lauknya bergoreng dan panggang, kali ini boleh cuba cara masak macam saudara Shahril Romli ini.
Kelebihan nasi ayam ini mestilah pada rasa nasinya dan ayam yang dimasak dengan nasi. Sebelum komen, mak-mak kena cuba buat dulu. Sedap tak sedap belakang kira!
Masukkan ayam bersama Akar Daun Sup/Daun Ketumbar dan Halia lalu rebus sehingga mendidih. Selepas mendidih boleh masukkan perasa atau kiub pati Ayam Knoor.
Selepas mendidih angkat Ayam yang telah direbus tadi lalu masukkan beras ke dalam periuk nasi dan masukkan kembali ayam tersebut ke dalam periuk nasi. Tunggu sehingga nasi tersebut masak bersama ayam.
Dan apabila masak inilah hasil nasi yang telah dimasak bersama ayam tadi.
Macam saya nak senang, untuk Sos pula saay gunakan SOS CHILI THAI Brand MAGGI. Masak sos tersebut bersama 1 sudu Kicap Pekat dan sedikit perahan Air limau nipis.
Untuk mencairkan sedikit sos tersebut, anda boleh masukkan Air. Selepas masak sos tersebut anda boleh lah masukkan Cili Merah Kecil yang dipotong halus.
DAN SEDIA DI HIDANGKAN!! SIMPLE BUKAN??
SELAMAT MENCUBA!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Perasan tak, biasanya kalau beli burger di gerai tepi jalan, luar biasa sedapnya, berbanding yang mak-mak buat sendiri di rumah. Rasanya berbeza daripada segi rasa sosnya, keenakkan dagingnya mahupun rotinya yang garing.Sebenarnya nak buat burger sendiri yang luar biasa sedapnya ada tipnya tersendiri.
Berikut 12 Tip masak burger yang dikongsikan oleh peniaga burger Adie Redzuan.Namun asasnya, menurut penjual burger ini adalah, jika hendak buat berniaga, jual burger sebagaimana kita suka makan, baru orang lain pun suka dan jangan kedekut bahan, buat bagi sedap baru boleh kekal lama dalam berniaga.
Wajib guna daging 70g. Tak yah la dok save sangat nak pi haji balik hari.Tak untung mana pun. Meniaga kena jujur, harga nak letak mahai, daging hok nipih, apa dia.
Masak daging, jangan tekan, bila tekan jus daging akan kluar.Pasai tu daging jadi kering. Alih-alihkan saja, boh planta sikit,sikit ja.Jangan sampai banjir dalam daging tu sendiri dah ada minyak.
Daging tu lubang-lubangkan saja. Tak belah tengah pun tak apa. Pastu letak la seasoning.Aku suka Lea and peirin, betui ka dak eja, maggi pun ok..letak la lada skit, terangkat la.
Ayaq bawang putih.Ayaq ni untuk menggantikan jus daging yang hilang.So daging akan jadi juicy. Curah sikit masa daging dah masak. Nak buat dia, potong bawang putih, boh dalam ayaq kosong ja.Boh dalam botoi, tudung botoi buat lubang-lubang skit.
Guna api sederhana.Api yang kuat juga akan keringkan daging.
Roti tu boh la planta bagi penuh.. tak yah dok sep sangat.Roti letak ja atas kuali.Jangan tekan, geng lama-lama pakai kayu untuk pressure roti saja.Bukan meleperkan roti, lagi cantik gitu.
Sayur tu ikut hgpa la, selalu orang pakai kobis la kan.Tapi masa aku niaga, aku pakai lettuce iceburg, lebih sedap tapi kot payah nak dapat hari-hari la.. pastu mahai sikiiiiiitttt..
Sos jangan pakai yang murah. Kebanyakan peniaga burger di KL yang top-top tu pakai longson.Payah nak jumpa kot no. Kalau kat Perlis ni, peniaga kebab yang banyak pakai longson.Pasai tu kebab depa sedap.
Mayo pulak paling best pakai nelly.Mahaiiii.. tapi sapu sikit ja, jangan creettt lagu ladys choice tu. Sikit pun dah berasa tak sangga.
Untuk cheese, aku pakai smoke bbq.. Apa-apa brand pun takpa.Rona dia oren. Mahai sikit, tapi memang berasa cheese dia. Pernah dak hangpa beli cheese burger, tapi tak rasa pun cheese dia, pasai guna cheese murah.
Blackpaper sos kalau boleh masak la sendiri.Jangan dok harap hok siap dah ja.Tak brapa syahdu hok tu.Mudah ja, masak butter dengan tepung gandum, sampai naik bau sedap, boh la oyster, lada hitam kasaq, kicap cayaq, chicken stock, garam.. alter la gena pun sampai sedap di mulut. Celup daging dalam kuah blackpepper.Apa nak kata.
Last skali aturan bubuh sayur, sos, mayo. Yang ni kajian sendiri la. Sos dengan mayo kalau boleh asingkan.Mayo bawah, sos atas, bila makan, baru terasa dua-dua rasa yang beza.kalau cheese tu, letak atas daging yang panas. Bagi dia cayaq melekat kat daging.
Senang cerita, hagpa buat burger, hagpa try makan.. kita juai macam mana kita suka makan, baru orang lain pun suka. Jangan kedekut bahan, buat bagi sedap.Untung by volume, baru boleh kekal lama meniaga.
Semoga bermanfaat!
Jadi buat mak-mak yang nak masak sendiri burger burger di rumah untuk anak-anak dan keluarga boleh cuba tips yang dikongsikan ini. Bukan apa, bila ramai-ramai lebih jimat dan berbaloi buat sendiri.
Sumber: Adie Redzuan
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Wanita Pantai Timur ini sememangnya terkenal dengan keistimewaan mereka yang ‘pandai cari duit’ dalam menyara keluarga. Rata-rata usahawan hebat di negara kita ini pun, datangnya dari sana. Baik perniagaan kosmetik, jamu, kain batik malah emas sekali pun.
Tapi sejauh mana kebijaksanaan mak-mak Pantai Timur ini dalam membuat tabungan persaraan untuk hari tua? Ini perlunya ilmu celik kewangan agar mak-mak dapat menikmati usia pencen yang tenang dan membahagiakan.
Tak perlu lagi risau soal kewangan sebab ia telah dirancang awal. Inilah saranan ‘Bersara Tenang’ yang mak-mak Pantai Timur tak boleh lepaskan walau satu poin sekalipun.
Semakin umur meningkat, katakan memasuki usia 40-an ke 50-an, sakit-sakit mula menjenguk diri. Akhbar tempatan pernah melaporkan makanan manis antara punca obesiti di kalangan penduduk di Kelantan. Sebelum diserang penyakit kritikal mahupun obesiti, mak-mak belajarlah ilmu menabung.
Bimbang kalau tiba-tiba kena bersara secara ‘terpaksa’ akibat penyakit. Kelak menghilangkan ketidakupayaan mencari rezeki. Lainlah menyimpan siap-siap. Bersedia itulah lebih baik daripada berserah.
Rancang simpanan mak-mak dengan tabungan di bank setiap bulan. Satu lagi cara, mak-mak buat pengurusan kewangan perancangan persaraaan di KWSP. Simpan secara teratur dan berkala. Lagi-lagi untuk mak-mak yang jenis berbelanja tinggi. Rancang kewangan sebegini takkan menyulitkan masa depan mak-mak.
Maknanya di sini, mak-mak perlu bahagikan siap-siap simpanan dan perbelanjaan. Agar tak terlebih belanja. Simpan terus dalam tabung yang boleh dipercayai bagi menghalang mak-mak dari ‘mengambil sesuka hati’ duit sendiri. Lagi-lagi kalau ada berlaku kecemasan tak terjangka.
Setiap bulan, hasil keuntungan dari berniaga perlu diasingkan. Jangan gunakan untuk apa pun tujuan. Walaupun untuk membesarkan syarikat sendiri. Ilmu nak perkukuhkan kewangan syarikat ini pun mak-mak kena gali dalam-dalam supaya tak tersalah percaturan dan memakan diri malah perniagaan.
Ramai wanita buat kesilapan dengan pinjaman, baik peribadi mahupun perniagaan. Nak buat pinjaman apa sekalipun kenalah merancang dan teliti tempoh bayar balik agar tak terjerat dengan hutang pinjaman dalam usia persaraan.
Terlalu sibuk uruskan hal keluarga dan menjana pendapatan sampai mak-mak lupa nak tengok kesihatan diri. Jangan sampai macam itu. Wanita hebat perlu nampak cantik luaran dan dalaman. Sebab itulah amalan pemakanan seimbang, bersenam dan amalan gaya hidup sihat menjamin mak-mak awet muda dan panjang usia.
Kita tak selamanya hidup ya mak-mak. Sebab itulah pentingnya memberikan penama pada
simpanan yang mak-mak buat di KWSP atau pun hibah. Lakukan dengan pihak yang bertauliah dan dipercayai agar tak timbul soal perebutan kelak apabila mak-mak telah tiada.
Ini yang pernah dikongsikan CEO KWSP dalam laporan BERNAMA “Jika anda rasa gaya hidup anda memerlukan anda membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 sebulan bagi tempoh 20 tahun akan datang, jadi anda seharusnya menyimpan anggaran kasar lebih RM600,000.
“Bagaimanapun, jika anda mempunyai simpanan RM228,000 pada usia 55 tahun, mencukupi bagi anda untuk mengeluarkan kira-kira RM1,000 sebulan sehingga anda berusia 75 tahun… Sama ada ia mencukupi atau tidak akan bergantung kepada perbelanjaan anda.”
Jadi setelah memahami 8 cara ‘Bersara Tenang’ seperti yang dikongsikan ini, mak-mak gali dan dalamilah ilmu kewangan dalam program kempen Celik Kewangan KWSP Pantai Timur yang akan berlangsung pada 22 September 2018 di Kota Bharu, Kelantan dan 29 September 2018 di Kuala Terengganu, Terengganu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!