Dalam dunia penanaman yang serba luas ini, ada bermacam kaedah penanaman yang mak-mak boleh cuba. Kaedah Aquaphonic mudah ini salah satunya.
Kaedah ini membolehkan anda menanam pokok-pokok dalam masa yang sama membela ikan dalam satu bekas yang sama.
Lelaki ini, Ahmad Yusri berkongsi cara kaedah Aquaphonic mudah yang mak-mak boleh praktikkan di laman rumah sendiri.
Kongsinya, “Saya nak share kaedah aquaphonic mudah. Boleh tanam pokok yang sukakan air seperti kesum, selom, kangkung dan sebagainya.
Boleh juga tanam pokok lain. Terpulang.”
Ads
Ini Kaedah Aquaphonic Mudah
1. Tong sampah/ baldi atau apa-apa yang sesuai.
2. Bakul atau apa-apa bekas yang berlubang. – Cari BAKUL PLASTIK BULAT di sini
3. Lecca/batu/ arang
4. Ikan tempatan yang lasak seperti keli, sepat, puyu dan lain-lain.
Tips : Ikan keli saya tak galakkan sebab air akan mudah kotor. Tapi sangat lasak, saya tak tukar air berbulan-bulan tetap hidup. Saya hanya tambah air sahaja.
Ads
Syarat Lain Kena Ikut
Dalam gambar pokok kesum yang lebat tu ada ikan puyu 12 ekor.
Cucuk pokok kesum, lepas tu bagi ikan makan. Tambah air jika air menyusut. Pastikan akar kena air.
Jangan lupa buat lubang overflow jika letak di luar tanpa atap.
Ads
Mingguan Wanita : Jimat ruang kan bila buat macam ni. Pokok kesum dapat, bela ikan pun dapat. Menarik untuk dicuba ni mak-mak.
Rupanya leraikan mee dan letak sikit minyak adalah cara betul simpan mee, kuey teow dan laksa basah supaya dapat tahan lama sehingga 2-3 minggu. Bukan apa, jika letak pada suhu bilik ia cepat rosak dan berbau hapak, malah jika simpan dalam peti sejuk pula, ia jadi ‘keras kejung’ dan mudah patah.
Hani ni hantu Laksa Penang. Selalunya setiap bulan akan masak laksa. So ni cara nak pastikan laksa basah yang Hani beli tahan lama dan tak berbau hapak ke apa.
Cara ni sesuai untuk semua jenis mi basah (mee kuning, mi kuey teow dan mi laksa). Mi basah macam ni kalau letak kat luar peti ais boleh tahan 3 hari. Letak je kat tempat redup (no direct sunlight) kat dapur.
Tapi kalau nak tahan 2-3 minggu, jangan masukkan terus dengan plastik sebungkus-sebungkus tu terus dalam peti ais. Nanti dia mem”beku” dan melekat-lekat mi nya. Bila nak makan kena rebus balik, selepas tu sebab dia keras kejung mulalah dia patah-patah so tak cantik mi nya.Nak tunggu mi tu terurai satu-satu lama pulak tu kan. Sapa pernah buat macam tu faham maksud hani hehe (Hani pun pernah buat dulu-dulu).
So cara yang sebetulnya, tip ini yang Hani tanya Penjual Laksa dan Mee kari sendiri.
Selepas beli keluarkan dari bungkusan dan terus masuk dalam bekas berpenutup.
Letak minyak sikit dan urai-uraikan mi tu.Pastikan dia tak seketul membongkah camtu je mi dia.
Jangan kena air dan pastikan bekas nak diisi tu pun kering.
Tutup bekas dan masuk dalam peti ais bahagian chiller. Tiga minggu pun boleh tahan.
Nanti waktu nak makan rebus air sekejap , air dah mengelegak masukkan mi dan nanti mi dia cantik tak patah-patah.
Ok dah boleh makan laksa setiap hari setiap minggu. Sebab selalu masak laksa memang Hani lebihkan kuah laksa tu dan bekukan. Nak makan panaskan je. Sapa hantu laksa macam Hani bolehlah try macam ni.
Mingguan Wanita: Menarik tip ni, boleh cuba nanti. Pastikan leraikan dulu mee dan letak sikit minyak sebelum simpan dalam bekas bertutup dan letak di peti sejuk. Barulah nak goreng mee pun cantik je, tak patah-patah dan tahan lama tak hapak berkulat.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan bagi memastikan daging cepat lembut, empuk dan kekal berjus. Tip ini amat sesuai bagi mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging. Bukan apa, jika masak cara biasa, tekstur daging akan jadi liat, keras dan sangat memakan masa untuk benar-benar empuk.
Hari ini saya nak kongsikan satu lagi tip untuk bagi daging cepat lembut, empuk dan juicy.
1. Potong daging ikut lawan arah urat, cuci dan toskan.
2. Tambahkan sedikit soda bikarbonat (untuk daging banyak ini, saya letak suku sudu teh saja) dan sedikit tepung jagung.
3. Kacau dan perap selama 15 minit. Masak sekejap sehingga daging berubah warna. Sebelah kanan itu hasilnya masak cuma 5 minit (saya tambahkan kicap manis).
4. Perapan seperti ini sesuai untuk daging kurang berurat yang dimasak sekejap seperti tumis, goreng atau campurkan dengan kuetiaw, mee, bihun atau nasi goreng.
Nota: Soda bikarbonat jangan terlebih ya. Nanti akan terasa sedikit pahit pula.
1.Rendam daging liat ke dalam air perahan betik atau nanas atau daun betik dalam berapa minit
2.Lagi lama rendaman lagi lembut, kerana betik dan nanas mempunyai enzim proteolytic dimana enzim ini bertindak sebagai meat tendezering mengurai rangkaian struktur amino acid protein maka daging akan jadi lembut.
3.Enzim tersebut ialah papain mewakili betik dan bromelain mewakili nanas
1.Masak daging seperti biasa. Biarkan masakan menggelegak, kecilkan api dan masukkan ais batu. Biarkan ais batu cair. Tunggu mendidih dan masak dengan api sederhana dalam 30 minit.
2.Pertukaran haba mendadak semasa memasak akan melembutkan daging dengan cepat.
Nota: Pastikan air dalam masakan kurang agar pertambah ais batu dapat menyejukkan keseluruhan isi daging.
a) Daging dipotong pelbagai sudut (cara potong melawan susunan isi akan cepat empuk dari yang selari).
b) Masukkan sekali bahagian urat daging.
Semasa proses memasak, haba bertujuan melemahkan ikatan hidrogen dalam molekul protein daging. Kejayaan dalam melemahkan ikatan antara protein ini akan membuatkan tekstur daging menjadi lembut. Pertukaran suhu yang mendadak (panas ke sejuk) mungkin menyebabkan proses ini ‘tidak tentuan’. Dan perubahan seterusnya (sejuk ke panas) menyebabkan proses cepat empuk berlaku.
Fenomena ini mungkin boleh dijelaskan dengan konsep entropy.
Entropy merupakan istilah kuantiti termodinamik yang digunakan untuk menjelaskan ketidakupayaan sesuatu tenaga haba ditukarkan kepada kerja. Atau juga dikenali dengan kecelaruan (disorder) atau kerawakan (randomness)di dalam sistem.
Dalam kes ujikaji ini tenaga haba tidak dapat dibebaskan daripada proses memasak daging disebabkan suhu diturunkan secara mendadak. Maka kecelaruan (ketidaktentuan) dalam sistem memasak daging berlaku. Ini menyebabkan suhu panas yang kemudiannya dikenakan memudahkan lagi proses melemahkan ikatan antara molekul protein daging, lalu daging menjadi empuk.
Saya biasa masak daging dalam periuk tekanan tinggi dan buat stok. Jadi pada saya, lebih praktikal untuk menggunakan periuk tekanan tinggi untuk mengempukkan daging berbanding cara ini kerana ianya agak rumit. Pun begitu, cara ini sesuai untuk mereka yang tidak ada periuk tekanan tinggi.
Jika dikira masa keseluruhan yang diambil, kaedah ini berkesan mengempukkan daging lebih kurang 40% daripada cara memasak biasa.
Semoga bermanfaat
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia yang suka masak.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang tiada periuk ‘pressure cooker’ di rumah dan nak cepat masak daging, bolehkan ikut mana-man tip yang dikongsikan ini. Barulah daging cepat empuk, lembut dan ‘juicy’.
Teruja betul tengok pokok kesum yang dikongsikan Azlina Hashim ini. Lagi-lagi tingginya dah sama macam anak bujangnya.
Sesetengah orang pula, nak tanam pokok kesum ini payah benar nak menjadinya. Sampai adalah istilah tangan panas. Sebab punya tak berjaya nak menanam pokok-pokok herba mahupun sayuran ini.
Walaupun sebenarnya tiada pun orang ber’tangan panas’ atau sejuk ini. Asalkan betul cara dan teknik menanamnya, insyaAllah menjadilah itu nanti.
Kongsi Azlina dalam grup Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri, “Bila pokok kesum dah lebih tinggi dari anak bujang ni maknanya kebun Mak dia terlampau semak dahhh..
Moh le ke kebun semula. Raya dah nak habis.”
Melihatkan saja pokok kesum miliknya yang subur, ada yang bertanya bagaimana cara ibu ini memelihara pokok kesumnya hingga sebegitu subur dan tinggi.
“Mungkin cukup air dan baja dia jadi gini. Lepas tu lama saya tak hirau sebab sibuk bulan puasa. Ambil untuk masak sikit saja sebab tinggal berdua.
Kalau ada jiran-jiran yang nak, saya suruh saja petik sendiri.”
Berkongsi tip dengan Mingguan Wanita, ini yang Azlina lakukan.
“Saya tanam di kawasan yang memang dekat atau mudah sumber air. Macam ni tanam di paip air yang saya guna tiap hari untuk siram bunga dengan bersihkan kaki lima atau longkang rumah.
Kebetulan saya tanam sayur cara hidroponik dan fertigasi di sebelah tu untuk makan sendiri jadi saya guna baja yang diguna untuk sayur-sayur hidroponik atau fertigasi tu untuk siram kesum tu sekali.”
Azlina juga memberikan cadangan jika tiada kawasan lembap, boleh juga menggunakan teknik hidropot. Iaitu dengan cara merendam pasu dalam takungan air (macam alas pasu) untuk pastikan tanah sentiasa lembap.
Sebelum ini beliau menggunakan cara begini. “Saya isi bahagian yang cucuk keratan kesum tu dengan tanah dan mulut botol terendam dalam air bahagian bawah botol yang saya isikan air. Sekarang saya dah tak buat cara itu, sebab selalu terlupa nak tambah air dalam botol.”
Menarikkan.. daun kesum yang keratan kesumnya dibeli di pasaraya ini, boleh hidup subur menjadi setinggi anak bujang.
Semoga apa yang dikongsikan Azlina dapat menjadi panduan untuk anda yang sedang berusaha untuk menanam sayuran di laman rumah.
Mekap tahan lama dan tak bercapuk, pastikan ikutkan susunan yang betul. Ya, sebenarnya ada cara nak buat solekan tahan lama walau anda keluar rumah dengan cuaca hujan.