Kredit Foto: BH Online

Menerima berita kematian ahli keluarga terdekat membuatkan kita bimbang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini berlangsung, kerana menguruskan jenazah dan mengunjungi keluarga si mati adalah begitu terhad.

Namun memasuki PKP Fasa ke-5 dan kini dilaksanakan PKPBersyarat membuatkan keadaan bertambah baik. Terkini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membenarkan hanya lapan orang menguruskan jenazah.

Manakala aktiviti ziarah tanah perkuburan juga dibenarkan kepada had maksimum 20 orang pada satu-satu masa. Sekurang-kurangnya rindu kepada ahli keluarga yang telah tiada terubat apabila ziarah tanah perkuburan dibenarkan menjelang syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Uruskan Jenazah dan Aktiviti Tanah Perkuburan Lebih Longgar

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan hanya lapan individu dibenarkan untuk menguruskan jenazah di tanah perkuburan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa.

Pengarahnya, Mohd Ajib Ismail, berkata lapan individu itu termasuklah dalam kalangan pegawai masjid atau ahli jawatankuasa surau serta ahli keluarga terdekat waris.

Itu adalah prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan semasa PKP dan pihaknya berpendirian untuk menggunakan prosedur yang sama semasa PKPB.

“JAWI masih gunakan SOP ini sebagaimana PKP sebelum ini, ia akan dimurnikan berdasarkan keadaan semasa. Semua yang mengendalikan jenazah di tanah perkuburan perlu mengikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Mereka yang mengendalikan jenazah kematian biasa di kubur juga perlu sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan sentiasa basuh tangan atau gunakan cecair pembasmi kuman.

IKLAN

Baca ini:

Berniat Ziarah Kubur Pada Hari Raya, Ketahui Hukumnya Mengikut Pandangan Mufti Perlis Ini

Terlibat Kemalangan, Puluhan RIDER Ziarah Keluarga, Temani JENAZAH Ke KUBUR

IKLAN

Kalau Nak Ziarah Orang Sakit, Tolonglah Jangan Buat 10 Perkara Ini

Ada Kelonggaran Aktiviti Ziarah Perkuburan

JAWI juga sudah mengeluarkan surat pekeliling mengenai SOP di tanah perkuburan kepada semua pihak yang menguruskan surau dan masjid di Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, bagi aktiviti ziarah tanah perkuburan pula pihaknya menetapkan hanya 20 individu dalam satu masa dengan mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

IKLAN

JAWI memberikan sedikit kelonggaran untuk aktiviti ziarah tanah perkuburan oleh waris terdekat pada Ramadan dan Aidilfitri nanti.

“Walaupun aktiviti ziarah dibenarkan, jumlahnya dikawal iaitu hanya 20 individu dalam satu masa bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di kawasan terbabit,” katanya.

Sumber: BH Online

MW: Walaupun aktiviti ziarah kubur dibenarkan, namun setiap daripada kita harus beringat dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar keselamatan sentiasa terjaga. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI