Hidangan pemanis mulut atau dessert memang digemari seisi keluarga. Mungkin ada yang menganggap cara menyediakannnya agak sukar tapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Jom kita cuba langkah mudah ini. Pasti anak-anak tersenyum riang apabila dapat menikmati dessert yang sedap hasil air tangan ibu mereka sendiri.
BAHAN-BAHANNYA:
125 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
100gm mentega
250ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan air bersama gula dan mentega di dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.
Ads
2. Pukul semua telur di dalam bekas yang lain. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.
Ads
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan menggunakan nozzle bentuk bintang.
4. Sediakan kastard segera bersama air panas.Kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
Ads
5. Bakar puff di dalam ketuhar pada suhu 200C selama 25 minit. Pastikan puff benar-benar masak sebelum diisi dengan kastard. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan masukkan inti kastard.
Tip Masakan: Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar di dalam ketuhar sehingga permukaan puff bertukar warna coklat. Pastikan kedudukan dulang ditengah-tengah ketuhar supaya permukaan dan bawahnya masak dengan sekata.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Tempoh penyediaan: 20 minit
Hidangan: 7 orang
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak sangka pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz ditahan kerana didakwa memukul isterinya di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.
Kalau ikutkan sumber yang ditular, isteri Aliff, Dayang Nabelah, 23, telah pergi ke premis hiburan tersebut bersama ibunya kira-kira jam 4.30 petang untuk mencari suaminya.
Namun jadi panas apabila tiba di sana, Nabelah tengok suaminya bersama wanita lain dalam sebuah bilik karaoke dan mengambil gambar mereka sebelum berlaku pertengkaran mulut antara pasangan suami isteri itu.
Aliff yang berang dengan tindakan Nabella telah merampas telefon bimbit isterinya itu dan memadam gambar bukti diambil sebelum mencampakkan telefon ke arah mangsa.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin, berkata kejadian mengakibatkan mangsa luka di muka dan lutut akibat dipukul, selain mendakwa ditolak dengan siku oleh suaminya.
“Selepas kejadian, artis terbabit meninggalkan pusat hiburan berkenaan bersama wanita di bilik berkenaan dan meninggalkan isterinya sendirian yang menahan kesakitan.
“Mangsa menerima rawatan pesakit luar di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan tampil membuat laporan polis selepas itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga November tahun lalu dan dikurniakan seorang anak lelaki berusia 20 hari.
Susulan laporan itu, artis berkenaan ditahan pada jam 2.30 pagi tadi di Jalan Peel, Cheras dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah tangga (KRT) 1994.
Psstt: Wanita yang dimaksudkan bersama Aliff itu ialah seorang artis baharu. Katanya baru selesai menjalani penggambaran drama sebelum singgah di pusat hiburan tersebut. Hmm… Agak sedih bila berlaku macam ini, moga masalah rumah tangga ini boleh selesai dengan cara yang lebih ‘manis’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu mana yang sanggup melihat penderitaan si anak, sedari kecil bergantung kepada mesin untuk meneruskan hidup. Malahan si anak sedari lahir tidak pernah tahu apa itu rumah kerana dirinya dibesarkan di hospital ekoran masalah kesihatan yang dihadapi.
Biarpun berdepan dengan pelbagai rintangan dan dugaan, ibu ini tetap berkeras untuk membawa pulang anaknya ke rumah sendiri. Memberi nikmat bahagia kepada seorang anak sebelum segalanya terlambat. Dah lama, Nor Hafizah memasang cita-cita untuk memiliki rumah selesa dan bersih serta memenuhi segala segi demi anak keduanya yang kini berusia tiga tahun.
Nurul Aqila Maisara Hasmadi atau mesra disapa Aqila mengidap penyakit usus kronik kerana ususnya tidak berupaya menyerap makanan atau dalam istilah perubatannya “hirschprung desease” kategori short bowel syndrome dan total colanic agangglion.
“Disebabkan penyakit itu, Aqila tidak pernah merasa suasana membesar di dalam rumah kerana selepas empat hari dilahirkan di hospital Temerloh, Pahang, anaknya itu dipindahkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur dan dirawat di pusat perubatan itu sehingga sekarang.
“Saya bersyukur sangat, setelah sekian lama menanti, saya dan suami dapat apa yang kami mahu selama ini. Paling penting akhirnya kami empat beranak sudah ada rumah sendiri dan harapan untuk bawa Aqila pulang ke rumah juga semakin cerah.
Selama ini, anak sulungnya itu dijaga ibu mentuanya yang tinggal di Kampung Payoh, Kijal dan dia pula hanya dapat pulang ke rumah menjenguk anak sulungnya itu dalam tempoh dua bulan sekali sahaja untuk menjimatkan kos ulang alik.
“Kalau Aqila dibenarkan balik ke rumah baru kami ini, dapatlah saya jaga kedua-dua anak saya ini sekali. Tak perlu lagi mereka adik-beradik berpisah. Jika tidak setiap kali mahu berpisah, pasti kami anak-beranak akan berendam air mata.
“Hadif juga perlukan perhatian saya, selama ini dia telah banyak berkorban untuk adiknya yang perlukan perhatian. Padahal dia sendiri sakit, sistem imunisasi badan dia tak kuat, dia juga mudah demam.
“Doktor kata, Hadif perlu diawasi dengan baik kerana kalau dia demam atau jatuh, jantungnya mudah bengkak dan jika perkara itu berlaku, perlu dibuat pembedahan yang kosnya RM10,000 ke atas. Saya juga banyak terlepas pandang akan perkembangan tumbesaran Hadif kerana kami berjauhan,” ujarnya lagi.
Di samping itu, dengan penyatuan keluarga ini diharap kos yang perlu ditanggung Nor Hafizah dan suami selama ini untuk kos ulang-alik dan tinggal di Kuala Lumpur akan berkurangan. Di Kuala Lumpur, menurutnya mereka terpaksa sewa bilik untuk jimatkan kos kerana dia tidak dibenarkan tidur di dalam wad atas sebab tertentu.
“Kos dapat dijimatkan lagi kalau Aqila dapat dibawa pulang ke rumah segera. Namun sekarang ada beberapa mesin yang perlu kami beli dulu sebelum dapat bawa pulang Aqila,” tambahnya.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian menerusi:
Akaun Maybank 1511 4652 1900 atas nama Nor Hafizah Zainuddin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ini perkongsian dari Cik Puan Idah Binti Basri tentang cara claim Wang Tak Dituntut dari akaun-akaun lama yang kita ada dan tak dituntut walau bertahun-tahun lamanya. Rupa-rupanya mudah saja caranya. Anda pasti terkejut tengok nilai duit tuntutan dekat RM14K ini. Dah macam harta karun pun ya.
Nak bagitau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya uol boleh claim balik. Even RM20 30 ringgit diaorang akan pulangkan pada kita.
Just bawa IC ke Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut di Jabatan Akaun Negara, tingkat 42 Menara Maybank. Kalau tak pasti just bagi IC diaorang cek dan akan beritahu ada duit untuk dituntut atau tidak.
Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan. Kakyu tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card n ada di antaranya duit dari syarikat insurance.
Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.
Pergi jangan tak pergi. Kena rajin dan usaha sikit.. haa tu ha dapat RM14K beb!!!
1. Cetak kad pengenalan depan belakang.
2. Cetak muka surat pertama akaun bank simpanan (kalau nak kreditkan wang tak dituntut dalam akaun bank yang aktif). Dengan ini tak perlulah ke kaunter 22.
3. Bawa bersama kad pengenalan dan buku bank (nak menunjukkan buku bank tu masih aktif).
4. Isi borang Wang Tak Dituntut
“Ramai yang masih was-was. Ini tadi kawan Kakyu pergi 19/7 dapatlah RM1000 lebih. Lepas apa duit tiket ke Perth”
Haa.. apa lagi? cepat-cepatlah tuntut wang yang tak dituntut yang ada dalam bank tu ya. Dimaklumkan tahun depan akan dibangunkan pula satu protal yang membolehkan orang ramai menyemak Wang Tak Dituntut ini. Jadi tak perlulah beratur panjang.
"Jangan sebarkan benda yang tak betul. Kalau tak tahu cerita baik diam. Jangan sebar fitnah kalau tahu tahu apa-apa," katanya yang mengakui kakaknya tersilap memberi ketiga-tiga anaknya ubat methadone.