Sumber / Sumber Foto : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

“Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar. Isu kenaikan harga minyak masak botol sejak kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Ia adalah susulan pemansuhan harga siling minyak masak tulen botol bermula pada 1 Julai 2022. Sememangnya harga minyak botol begitu membebankan. Walaupun minyak paket masih bersubsidi namun sukar pula untuk mendapat stok.

Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar

Nak tak nak, mak-mak yang juga bertindak sebagai menteri kewangan rumah sendiri pasti pening kepala. Bukan saja minyak masak malah banyak barangan keperluan lain yang naik harga.

Menerusi perkongsian menerusi Facebook Dzuriasikim Dzulkifli wanita yang bergelar ibu ini memberikan nasi untuk mak-mak memilih menu masakan yang penggunaan minyak kurang.

Perkongsian ini ternyata memberi banyak manfaat bukan sekadar menu yang dicadangkan mudah malah juga sesuai untuk mereka yang berdiet.

Minyak Mahal, Cubalah Lauk Begini

“Jika minyak mahal, cubalah ambil lauk begini.

“Ikan panggang tanpa minyak, sayur celur (sayur yang direbus sebentar) makan dengan nasi panas dan sambal belacan atau budu atau cencaluk atau kicap dengan hirisan cili.  Apa sahaja, asalkan kita kurang mengeluh.

“Ianya tetap enak.  Mengurangkan minyak dalam masakan adalah sangat baik.  Masih ada banyak pilihan makanan lain seperti singgang dan rebus atau kukus yang boleh kita ambil.

“Suatu masa dulu, saya tidak ada banyak pilihan untuk menyediakan makanan buat anak-anak.  Kami akan makan seadanya sahaja.

IKLAN

“Tetapi masih tetap boleh makan.  Masih tidak perlu berlapar.  Cuma tidak dapat makan apa yang diinginkan sahaja.  Saya masih bersyukur.

“Mujurlah arwah ibu orang Kelantan dan kami sudah biasa dengan menu ikan singgang, daging singgang, ikan bakar, ikan rebus dan sayuran yang dicelur atau masak air sahaja.

“Oleh kerana daging mahal kami lebih kerap makan ikan.  Ikan yang paling kerap saya beli waktu itu ialah Ikan Tongkol kerana harganya hanyalah sekitar RM10 untuk seekor yang bersaiz besar dan cukup untuk saya dan anak-anak.  Jika saya beli 2 ekor ianya cukup untuk dijadikan lauk buat kami makan siang dan malam seramai 6 orang.

“Bukan minyak masak sahaja sering tidak ada di dapur waktu itu, malah bawang pun tinggal yang kecil-kecil.  Orang kata buat syarat sahaja, asalkan ada…

“Saya senaraikan di sini pilihan menu yang mungkin kawan-kawan boleh guna untuk memasak tanpa menggunakan minyak atau dengan penggunaan minyak yang sangat sedikit:

IKAN:

  1. Rebus.
  2. Singgang.
  3. Kari.
  4. Masak lemak kuning.
  5. Masak lemak nenas.
  6. Masak lemak cili padi.
  7. Masak kicap.
  8. Asam pedas.
  9. Pindang.
  10. Asam rebus.
  11. Asam Tempoyak
  12. Ikan panggang.
  13. Sup.
  14. Sup bercampur tofu.
  15. Kukus (boleh kukus limau atau halia)

“Dan ada pelbagai lagi cara memasak lain yang boleh kita gunakan.

IKLAN

“Kita tidak akan boleh lari dari masalah.  Tetapi kita masih boleh terus bersyukur dan menikmati hidup dengan sangat baik.

“Lagi pula, pastilah sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.

“Dan inilah waktu terbaik untuk kita menukar menu kita agar lebih sihat.

“Kurangkan mengeluh dalam hidup. Count our blessings everyday,” kongsi Puan Dzuriasikim Dzulkefli.

“Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar 

Baca Disini :Cara ‘Survive’ Dalam Keadaan Ekonomi Sempit “Turunkan Ego, ‘Downgrade’ Gaya Hidup Kita”

IKLAN

Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga “Kongsilah Nikmat Dengan Insan Tersayang”

“Sedapnya Menu Cadangan, Boleh Diet Juga” 

Menerusi ruangan komen, warganet bersetuju dengan menu masakan yang dicadangkan. Dan sudah tentu menu-menu yang diutarakan oleh Puan Dzuriasikim jimatkan minyak.

“Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar  “Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar  “Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar  “Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar  “Kurangkan Mengeluh Dalam Hidup” Minyak Mahal Pilihlah Menu Sihat Rebus, Kukus, Bakar 

Mingguan Wanita :  Puas mencari minyak paket, memang susah nak dapat.

Sumber / Sumber Foto : Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI