Sumber / Sumber Foto :  Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Jangan berputus asa mencari rezeki bekerja atau berniaga. Rezeki adalah pemberian yang Allah kurniakan ke atas makhluk-makhluknya dalam pelbagai bentuk dan cara.

Walaupun kita sudah dijamin rezeki oleh Allah, namun bukan bermakna kita hanya duduk menunggu rezeki datang tanpa sebarang usaha.

Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki

Ramai daripada kita meletakkan rezeki hanya pada duit sahaja. Sebenarnya nikmat yang Allah kurniakan kepada kita adalah sejenis bentuk rezeki juga.

Antaranya rezeki harta, keluarga, jodoh, zuriat, sahabat dan pelbagai lagi. Yang penting, kita menzahirkan rasa syukur terhadap rezeki yang telah diberikan, maka kita akan merasa cukup dengan apa yang kita ada.

Dalam mencari rezeki janganlah kita mudah berputus asa. Seperti mana yang dikongsi oleh Puan Dzuriasikim Dzulkefli pastinya banyak memberi manfaat kepada kita tentang rezeki.

Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga “Kongsilah Nikmat Dengan Insan Tersayang”

 

“Jangan pernah berputus asa dalam mencari rezeki ya…

“Kadang rezeki itu datang tak seperti yang kita jangka.  Jika kita berfikir mengikut akal kita, barangkali begini…

“Kita mungkin ingat kalau berniaga, berjaya, berjualan laris, produk terkenal, kita bakal kaya. Punya wang banyak.  Kita buka cawangan makin banyak.  Perniagaan makin besar.  Dapat beli banyak benda yang kita mahu.  Dapat capai apa yang kita idamkan.

IKLAN

“Dapat kongsi nikmat dengan orang yang kita sayang.  Pokoknya kita harus usaha.  Bekerja terus, berniaga terus atau lakukan apa sahaja asal dapat wang untuk sara hidup.  Begitu fikir kita.

Rezeki Pelbagai Bentuk

“Tetapi rezeki tidak semestinya datang dalam bentuk wang.  Juga tidak semestinya diperoleh dari hasil yang kita usahakan.  Mungkin kamu bekerja siang dan malam.  Tetapi rezeki kamu adalah dalam bentuk kesihatan.  Kerana kamu sihat jadi kamu dapat berkhidmat dengan baik sebagai isteri dan ibu buat anak-anak.  Atau menjadi ketua keluarga yang baik.

“Atau kerana kamu itu sangat redha dengan kepayahan, bekerja tanpa pernah mengeluh apa pun, biar hanya dengan gaji yang kecil, kamu kongsi pendapatan mu bersama anak-anak.  Nanti tiba-tiba kamu beroleh pekerjaan yang sangat baik.  Yang tidak pernah kamu terfikir.

Berniaga Di Warung Kecil, Kawasan Pulau

Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga “Kongsilah Nikmat Dengan Insan Tersayang”

Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga “Kongsilah Nikmat Dengan Insan Tersayang”

“Ataupun, kamu berniaga di warung kecil.  Di kampung pendalaman.  Jauh di pulau.  Setiap hari kamu itu berniaga dengan ikhlas dan jujur.  Tak pernah merungut apa pun, walau jualan kami hanya sekadar cukup makan sahaja.  Tiba-tiba suatu hari Allah gerakkan hati seseorang datang ke kampung mu untuk membeli banyak barang dari kedai mu.  Kerana ada keperluan dan dia membeli dengan jumlah yang besar hingga habis semua jualan mu.  Begitu.

IKLAN

“Ini semua adalah rezeki yang tidak pernah disangka-sangka.  Yang Allah datangkan tidak mengikut cara biasa kita manusia berfikir.

Untuk itu, setiap hari… Jangan lupa berdoa begini.

“Ya Allah, berikan kami rezeki yang tidak disangka-sangka.  Yang tidak terjangkau oleh akal dan fikiran ku ini Ya Allah….”.

“InsyaAllah, Tuhan Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang dan Maha Mendengar.  Kamu cuma harus bersabar sahaja.  Kalau perlu menunggu 10 tahun pun jangan mengeluh.  Yakin dengan Allah ya…

“Lihatlah, di kala ramai dari kita mungkin sedang berusaha untuk terus menjadi lebih kaya, ada orang yang bahagia dalam kecukupan mereka.

“Sebetulnya, rezeki yang Tuhan berikan itu cukup,” tulis Puan Dzuriasikim yang turut berkongsi gambar kedai-kedai runcit di perkampungan Pulau Mabul, Sabah.

IKLAN

Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga “Kongsilah Nikmat Dengan Insan Tersayang”

Jangan Berputus Asa Mencari Rezeki Bekerja, Berniaga “Kongsilah Nikmat Dengan Insan Tersayang”

Baca Disini : “Menjadi Langsing dan Sihat Impian Yang Tak Pernah Padam Untuk Semua Wanita!”   Dzuriasikim

Cepat UBAH DIRI! Wanita Tolonglah Bersiap Walaupun Di Rumah, Jaga Kecantikan Untuk Diri & Suami

Mingguan Wanita : Benar tu, rezeki hadir dalam pelbagai bentuk tak semestinya wang ringgit.

Sumber / Sumber Foto :  Facebook Dzuriasikim Dzulkefli

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Myra dibesarkan oleh ibu tunggal yang begitu kuat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI