kumpul-duit-raya

Selepas dua tahun, Syawal kali ini paling kita nantikan. Lagi-lagi waktu inilah kita dapat menziarah dan berkumpul dengan sanak-saudara. Anak-anak pun tambah seronok bila beraya, dah tentunya masing-masing dapat kumpul duit raya.

Walaupun Syawal sudah berakhir, mak ayah masih lagi sibuk menziarah sanak saudara yang lama tak jumpa. Jadi tertangguhlah niat untuk buat perancangan duit raya anak-anak.

Jangan simpan dalam rumah lama-lama ya mak ayah. Bersegeralah simpan duit raya anak itu untuk keperluan masa depan anak-anak, lebih baik lagi jika disimpan di tempat yang boleh memberi pulangan dan menggandakan duit raya anak itu.

Jarang anak-anak kecil menyimpan sendiri duit raya mereka. Jika diikutkan kemahuan anak-anak, boleh jadi duit raya habis digunakan untuk mereka belanja apa yang mereka mahu.

Sebaiknya mak ayah ambil duit raya anak dan urus duit mereka untuk kebaikan mereka di masa hadapan. Mak ayah boleh asingkan sebahagian duit raya anak-anak untuk simpanan dan peruntukkan untuk “reward” anak-anak dengan apa yang mereka hendak, seperti buku atau makanan kegemaran mereka.

Kali ini Mingguan Wanita mahu berikan saranan pada mak ayah untuk uruskan duit raya anak-anak.

Pentingnya Membuat Pelaburan Seawal Usia Anak-anak

Lebih awal menyimpan, lebih banyak masa untuk menggandakan simpanan atau pelaburan anak-anak. Sekarang ni dah ada akaun pelaburan yang boleh dibuka seawal usia bayi.
Lagi-lagi dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, jadi kos pendidikan dan kesihatan juga akan turut meningkat.

Sebab itulah merancang pelaburan atau tabung pendidikan anak-anak ini perlu dimulakan sejak awal. Apabila anak memasuki alam persekolahan atau universiti, sekurang-kurangnya duit pelaburan itu boleh membiayai kos pendidikan mereka. Ada yang simpan duit raya anak-anak bertahun pun masih tak cukup untuk bayar yuran pengajian anak-anak.

IKLAN

Jadi, ambil peluang ini untuk melabur lebih awal untuk anak-anak dan manfaatkan kuasa kompaun. Dalam pelaburan, apabila dividen tidak dikeluarkan, modal pelaburan akan bertambah. Dividen atas dividen ini akan terus menambah modal pelaburan jika dibiarkan untuk jangka panjang.

Mak ayah juga perlu konsisten untuk menambah pelaburan anak-anak. Biarlah nilainya kecil mengikut kemampuan, tetapi tak pernah lupa untuk menyimpan demi anak-anak. Apabila pelaburan anak-anak mendapat dividen, kekalkan sahaja dividen itu dalam akaun pelaburan agar pelaburan mereka terus berkembang dan menjana pendapatan setiap tahun.

Bagi mak ayah yang sedang berkira-kira membuat pelaburan anak-anak tu, pilihlah instrumen pelaburan yang sesuai untuk anak. Mak ayah kena ingat, pelaburan ini untuk masa depan anak-anak, jadi simpanlah di tempat yang selamat dan tidak berisiko kerugian modal seperti pelaburan dalam unit amanah harga tetap.

Nak melabur untuk anak dalam akaun ASNB?

Mak ayah boleh hadamkan info ini ya.

  1. ASNB menawarkan unit amanah harga tetap dengan nilai seunit kekal pada RM1 iaitu ASB, ASB 2, ASB 3 – Didik, ASM, ASM 2 dan ASM 3.
  2. Yang belum buka akaun ASNB untuk anak-anak, boleh pergi ke cawangan ASNB atau ejen berdekatan. Hanya bawa myKid anak dan RM10 untuk pelaburan permulaan, mak ayah dah boleh melabur untuk anak-anak.
  3. Pelaburan tambahan adalah serendah RM1 di kaunter atau perbankan internet ejen dan RM100 di portal/aplikasi myASNB.
  4. Sekarang ini lebih mudah nak melabur, kerana nak simpan duit raya anak-anak boleh buat secara online dengan portal/aplikasi myASNB dan perbankan internet ejen seperti Maybank2u, RHBNow, HLBConnect, CIMBClicks, AmOnline & Affin Online.
  5. Selepas membuka akaun pelaburan, mak ayah boleh memantau akaun pelaburan sendiri mahupun anak-anak secara online dengan aplikasi dan portal myASNB.
  6. Gunakan kemudahan myASNB semaksimum yang boleh untuk memantau, menambah dan mengurus duit anak-anak.

Tahun ini, ASNB adakan lagi kempen Labur Raya untuk mak ayah sama-sama kumpul dan simpan duit raya anak-anak di ASNB.

IKLAN

Kumpul Duit Raya Anak Bertahun, Masih Tak Cukup

Apa Istimewanya Kempen Labur Raya 2022 Ini

  • Labur Raya 2022 ini adalah salah satu kempen yang menggalakkan pelaburan duit raya anak-anak dari seawal usia kelahiran sehingga 18 tahun.
  • Kempen ini bermula dari 1 Mei hingga 31 Julai 2022.

Jangan tak tahu, buat pelaburan untuk anak-anak pun berpeluang menang hadiah. Ini hadiah menarik yang disediakan.

a) Hadiah Utama: RM5,000 Junior Investment Plan x 10 pemenang
b) Hadiah Kategori Pelaburan:

i. RM1,001 & ke atas: RM500 x 100 pemenang
ii. RM501 – RM1,000: RM250 x 200 pemenang
iii. RM500 & ke bawah: RM100 x 500 pemenang

IKLAN

Macam mana Mak Ayah Nak Sertainya

  • Hanya melabur serendah RM10 dalam ASB, ASB 3 Didik dan ASM 3 ke dalam akaun anak-anak di semua saluran ASNB.

Bonus: Daftar Auto Labur untuk akaun anak-anak dan boleh dapat RM10 percuma untuk 1,000 pendaftaran pertama.

Auto Labur ialah perkhidmatan yang ditawarkan di myASNB untuk pelaburan konsisten secara automatik. Mak ayah boleh menetapkan pelaburan setiap bulan secara automatik untuk akaun sendiri dan akaun anak-anak. Macam mana nak mendaftar Auto Labur, mak ayah boleh layari link: https://www.asnb.com.my/myASNBautolabur.php

Mak ayah, ambillah peluang menyimpan duit raya anak-anak dengan kemudahan yang tersedia di hujung jari ini. Tak perlu risau kalau terlupa nak simpan, Auto Labur automatik setiap bulan

Untuk info lanjut mengenai Labur Raya layari https://www.asnb.com.my/LaburRaya2022.php

Kumpul Duit Raya Anak Bertahun, Masih Tak Cukup

Baca sini : Asyik Pinjam Dalam Diam, Patutnya Mak Ayah kena Biakkan Duit Anak

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI