Rupanya antara tip untuk buat kuah pecal yang sedap ilah banyakkan letak bawang putih. Malah pes cili juga perlu dihangatkan setiap hari supaya ia makin sedap.
Pecal merupakan antara makanan tradisi yang popular bagi orang Jawa.Bagi yang nak merasai sendiri dan nak buat kuah pecal yang sedap, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Nor Azryanaini.
Hari raya ke-7, kali ke-7 juga buat pecal jamu tetamu. Macam tu lah setiap tahun. Tetamu datang cari pecal wak tipah. Saya kongsi resepi kami. Mungkin lain dengan orang lain.
Actually sukatan bahan-bahan ikut sesedap hati je. Cuma mak pesan banyakkan bawang putih, jangan guna cili pedas nanti budak tak boleh makan. Pes cili tu dihangatkan setiap hari makin lama makin sedap.
Bahan-bahan pes cili:
2 genggam cili kering
7 biji bawang merah
4 labu bawang putih
Separuh belacan
2 sudu besar Kencur/cekur ditumbuk
1kg kacang tanah
Asam jawa
Garam, gula, aji
1. Goreng cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian kisar halus bahan-bahan tersebut dan masukkan ke dalam periuk.Perasakan dengan gula, garam dan ajinomoto.
3. Kemudian kacau sebati dan masak api perlahan sehingga naik minyak dan bertukar warna gelap pekat.
Ads
4. Kisar kacang tanah, jangan terlalu halus atau kasar.
5. Ambil bekas besar, masukkan pes cili tadi kemudian masukkan kacang tanah yang telah dikisar.
6. Setelah itu masukkan gula, garam dan msg.
7. Masukkan pula kencur/ kecur yang telah ditumbuk.
8. Masukkan air asam jawa dan sedikit air panas. Kacau sebati.
Ads
9. Letak sayur-sayur seperti daun ubi rebus, betik celur, mee maggi, timun, kecambah dan sebagainya ke dalam pinggan dan boleh curahkan kuah. Bahan-bahan nak makan dengan sos ikut suka hati.
Mingguan Wanita: Boleh cuba resipi pecal ikut tip yang dikongsikan ini. Nampak mudah dan sangat sedap. Lebihkan bawang putih dan hangatkan pes cili setiap hari, barulah ia makin sedap.
Cekodok Pisang antara resipi yang mudah disediakan untuk hidangan minum petang. Namun walaupun mudah nak buat, jika sukatannya salah, adunannya akan jadi keras sebab terlebih tepung mahupun terlembik dan berminyak-minyak. Cekodok pisang yang sedap mestilah manis rasa pisang, lembut, lembik dan sedikit garing pada kulitnya.
Jika selalu buat tak jadi, boleh cuba resipi, tip dan sukatan cekodok pisang yang dikongsikan oleh Selebriti Media Sosial dalam bidang masakan yang cukup terkenal, Yatie Kitchen ini. Gerenti jadi!
Bahan-Bahan:
1 cawan pisang berangan (dilenyek)
setengah cawan tepung gandum
3 sudu kecil gula perang
1 sudu kecil tepung beras
secubit garam
Cara Membuat:
1. Kupas kulit pisang dan leyekkan.
2. Masukkan semua bahan ke dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.
3. Panaskan kuali berisi minyak. Cedok adunah sedikit demi sedikit menggunakan sudu atau tangan dan goreng dengan api sederhana.
4. Masak hingga keperangan dan angkat. Sedia untuk dimakan.
MW: Semoga perkongsian resipi cekodok pisang ini bermanfaat bagi mak-mak yang nak mencuba buat sendiri di rumah. Ikut resipi mudah ni dan tau sukatan serta tipnya, memang gerenti cekodok pisang kita menjadi. Tak terlalu lembik dan berminyak, mahupun terkeras sebab terlebih tepung.
Ada cara mudah rupanya untuk buat sendiri telur masin di rumah. Hanya guna cuka dan garam. Hasilnya lebih bersih, cantik orennya dan tak lah kotor macam selalu apabila selaputi ‘bedak hitam’ atau tanah liat.
Bukan apa, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Boleh rujuk cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Suzana Sha’em sebagai panduan.
CARA MUDAH BUAT TELUR MASIN SENDIRI
Tadi berbuka bersama telo asin buat sendiri. Cantik oren dia.. Yeah menjadi.Lepas ni takde lah nak beli telo asin yang pakai bedak hitam tu lagi. Yang ni lagi bersih buat sendiri. Caranya senang je.
Bahan Diperlukan:
Telur Itik (dibasuh bersih)
Garam Halus
Cuka
Cara Membuat:
1.Rendam dengan cuka selama 2 minit.
2.Selepas itu gaulkan dekat garam halus.Pastikan selaput telur sepenuhnya dengan garam.
3.Kemudian, letak dalam bekas peram dan 2 minggu atau 10 ke 16 hari.
4.Letak dekat luar je, tak perlu simpan dalam peti ais.
Ni lah hasil selepas 2 minggu. Tapi kena rebus dulu lah baru jadi macam ni.
Ok selamat mencuba.Semoga bermanfaat!
Info Ekstra!
Cuka tu jangan buang boleh je pakai lagi.
Fungsi rendam dalam cuka untuk lekatkan garam pada kulit telur nanti.
Nampak sedap sungguh Apricot Custard Tart ini, malah cantik berkilat pula permukaannya. Kombinasi rasa lemak manis ‘cheese’ dan buah aprikot, serta shortcrust rangup memang sesuai dijadikan hidangan pencuci mulut untuk keluarga.
Boleh cuba resipi Apricot Custard Tart yang dikongsikan oleh Puan Julita Binti Sallehini. Menurutnya resipi asal yang diperolehi daripada ibu mentuanya sendiri.
Apricot Custard Tart ( resepi mak mentua)
Bahan-bahan (Shortcrust) :
200 gram tepung gandum
80 gram gula halus
secubit garam
sedikit kulit limau sagat
25 gram serbuk almond
120 gram butter
sebiji telur
Cara Membuat:
1. Masukkan tepung gandum, gula halus, garam, kulit limau dan serbuk badam ke dalam bekas kemudian kacau sebati.
2. Selepas itu letak butter dan gaul sebati.Kemudian masukkan pula sebiji telur sehingga semua sebati.
3.Jika adunan terlebih lembut, boleh tambah sedikit tepung. Kemudian boleh terap dekat acuan 10 inci dan bakar suhu 190 selama 10 atau 15 minit.
Bahan-bahan (Kastard):
500 ml susu fresh
50 gram gula
35gram tepung kastard
200 gram cream cheese atau sour cream
50 gram gula
1. Asingkan 4 sudu besar dari sukatan susu segar tadi, campurkan dengan gula dan tepung kastard.Kacau sebati.
2. Kemudian panaskan susu, masukkan campuran susu kastard tadi. Kacau hingga kastard tu pekat pastu biarkan sejuk. 3. Kacau sebati cream cheese atau sour cream dan 50 gram gula kemudian masukan pada adunan pudding kastard tadi.
4. Kacau sebati kemudian boleh letak pada Crust Tart tadi.
5. Selepas itu, susunkan buah apricot tu bakar suhu 190 selama 20 atau 30 minit.
6. Untuk bahagian atas nak bagi berkilat glazer tu amik 3 sudu air apricot tu dan 1 sudu besar apricot jam atau orange jam. Masakkan dan kacau-kacau nak bagi berkilat sapu kat atas buah dan seluruh permukaan tart tu. Maaf tau tak reti bagi resepi buku resepi tulis English dan German campur-campur).
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!