Sedapnya telur masin bila dinikmati dengan sambal belacan dan ulam-ulaman. Mudah je sebenarnya mak-mak nak buat sendiri telur masin di rumah. Sedia maklum, telur masin ni boleh tahan mahal juga harganya bila di beli di kedai. Lebih jimat dan puas hati bila kita buat sendiri. Malah tak perlu ragu-ragu dengan tahap kebersihan telur tu nanti.
Berikut perkongsian daripada Raja Amanina sebagai panduan;
“Telur masin ni nina jeruk sendiri je.. Dah lama tak beli yang siap jeruk.. Alhamdullilah cantik kejadiannya..Air garam tu nina masak hingga betul-betul mendidih (Orang kelantan panggil hingga naik bunga garam)”.
Bahan-Bahan:
50 biji Telur Itik (*cuci bersih dan jemur hingga betul-betul kering)
500gram garam kasar
1.5liter air
2 helai daun pandan
Bekas berpenutup
Ads
Cara Membuat:
Masak air, garam dan daun pandan hingga betul-betul mendidih dan sejukkan(pastikan betul-betul sejuk iya).
2. Masukkan telur itik ke dalam bekas dan tuangkan air garam yang dimasak.
3. Tutup kemas-kemas dan jeruk lebih kurang 2 minggu (14-15hari).
4. Setelah 2 minggu boleh try rebus dulu.. Kalau belum cukup masin boleh tambah 3,4 hari lagi.
5. Kalau dah cukup masin boleh toskan air garam.
Ads
Ads
Siap, Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat sendiri telur masin ini sendiri di rumah. Lebih jimat, puas hati dan tak perlu ragu-ragu dah dengan kebersihan telur.
Mak-mak penggemar pancake atau nak cuba kelainan untuk buat sarapan pagi atau minum petang, boleh cuba resipi Japanese Fluffy Pancake ini. Nampak sungguh gebu, lembut dan sedap dinikmati dengan jem strawberi, aiskrim mahupun whipped Cream. Cara nak buat pun mudah sangat, bahan-bahan yang diperlukan pun tak banyak, masak atas kuali non stick je.
“Japanese fluffy pancake.. kegilaan apakah ini, dua hari berturut-turut buat. First time akak makan di Labsoy cafe uptown Damansara .. mahai giler ! Cafe kat Damansara kan..Kalau nak puas makan cuba laa buat sendiri. Recipe chef google.
Ok darling-darling semua.. ni resipiya untuk 1 adunan, alang-alang doublekan ye takut tak cukup!
(A)
2 biji kuning telur
40 gm superfine flour
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil esen vanilla
25 gm fresh milk full cream
*Campurkan semua bahan-bahan A.
(B)
2 biji putih telur
25gm gula castor
1/2 sudu kecil jus Lemon (tak letak pun tak pe ganti cuka)
1. Whisk (putar) putih telur, gula castor dan jus lemon sampai kental.
2. Kemudian satukan dengan adunan bahan-bahan A tadi.
3. Masak atas non stick pan, lihat video google kalau nak dapat yang cantik-cantik pluffy dan tinggi.
Selamat mencuba ya!
Jangan lupa letak butter atas non stick pan.
Bertambah sedap hidang dengan strawbery atau raspbery compote atau jem!
Juga boleh makan dengan ice cream atau whipped cream.
MW: Cukup mudah nak buat Japanese Fluffy Pancake Gebu ini ikut resipi yang dikongsikan. Pasti puas hati makan,malah lebih jimat bila buat sendiri.
Bila tengok resepi Sambal Belacan Thai yang dikongsi oleh Puan Zieha Na Zieha, nampak gaya memang menggoda! Nak-nak pula kalau makan dengan ulam-ulam hijau.
Jadi daripada membawang, baik kita menyambal. Kata Puan Zieha, sambal belacan thai ini kali kedua buat, memang stok untuk sebulan. Tapi biasanya tak dan sebulan pun, 2 minggu je dah habis.
1 mangkuk penuh lada kecik
6 biji lada besar
1 biji bawang holland (bakar)
6 ulas bawang putih (bakar)
8 biji limau kasturi (potong 2 buang biji)
1/2 cawan cuka
1 keping nisan/gula melaka
1 sdk garam
3 sdb gula
1/2 sdk belacan
Blend semua pastu siap silalah makan.
MW: Kalau ada sambal, makan nasi panas-panas, siap boleh bertambah-tambah walau lauk cuma ayam goreng.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak rugi berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya nanti. Mona Din merupakan seorang ikon usahawan wanita negara yang pernah mengendalikan lima perniagaan utama bersama suami sejak tahun 2004, iaitu Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, Butik Women of Jannah, dan KL International Hijab Fair (KLIHF).
Melihat gambar hasil tanam-tanaman dan pokok-pokok yang sering dikongsikan di laman facebook, membuatkan ramai yang bertanya rahsia tanam-tanam dilihat begitu subur menghijau dan membesar dengan jayanya.Rupanya, minat bercucuk tanam yang mendalam membuatkan wanita ni rajin membuat sendiri baja hasil daripada lebihan bahan makanan yang ada di dapur.
“Ramai orang dok kata pokok-pokok saya membesar menghijau dan membiak dengan subur.Saya rasa la, rahsianya adalah baja yang saya buat sendiri kot.Jadi, saya terasa pula nak kongsikan cara saya sediakan baja-baja homemade aka handmade ni”.
Setiap kali basuh beras untuk tanak nasi, air basuhan beras saya tuang dalam container plastik, tutup dan biarkan di dapur. Then, after lunch or dinnner, bila ada nasi lebih, saya masukkan ke dalam bekas air basuhan tadi juga, tutup biar berendam di situ.Esok, saya ulang perkara yang sama.
Hari berikutnya, saya tapis butir-butir nasi tadi, then blend lumat- selumatnya. Nasi yang lumat tadi saya masukkan kembali dalam bekas air basuhan beras tadi, kacau dan tutup simpan lagi.
Setiap hari saya ambil sebahagian air untuk disiram, bakinya saya biar tersimpan dalam bekas tu. Nanti setiap hari ada air basuhan & blended beras baru, saya akan tuang masuk dan peram lagi, bersambung setiap hari.
Ini bermakna, baja air basuhan beras saya sentiasa ada, makin hari makin masam. Don’t worry tentang bau, sebab secara peribadi, saya sukakan bau masam itu. Ia mengingatkan saya kepada beras rendaman arwah emak untuk buat bedak sejuk. Its exactly the same smell, and I just love it !
Tiap-tiap hari, saya ambil & masukkan air beras tersebut ke dalam bekas plastik penyiram pokok, dan spray dari hujung daun, hingga ke pangkal batang pokok. Sehari saya akan guna 3 bekas spray tu.First, saya spray siram pokok-pokok sayur dan herba makanan. 2nd, saya siram pokok-pokok roses. Third, saya spray kumpulan pokok orkids & pokok-pokok yang gantung.
Saya spray baja air beras tu setiap hari, sekali sehari, samada pagi atau petang, ikut free saya.
Cara Membuat:
Selalu, di tepi sinki wet kitchen saya, akan ada satu plastik kecil. Setiap kali kupas bawang, kulitnya dimasukkan di situ.Begitu juga, setiap kali nak masak telur, kulit telur saya letak dalam plastik tu juga.
Dan jika ada bahagian sayur-sayur yang tak diguna seperti batang, empulur dan lain-lain, saya kumpul dalam tu sekali.
Kulit telur dan kulit bawang saya ambil anak batu tumbuk, tumbuk dari luar plastik, sampai hancur lumat, then letak kat pangkal batang pokok.
Sayur-sayur dalam plastik tu saya keluarkan dan blender hingga lumat, cairkan dengan campuran air, masuk dalam bekas plastik, simpan as baja.
Itu 3 cara saya buat baja. Saya guna ke tiga-tiga baja tu berselang seli hari.So far, saya rasa baja-baja itu berkesan dan berperanan membesarkn pokok-pokok dengan subur sekali.
Saya yakin effect & keberkesanannya datang dari baja, sebab sepanjang saya ber gardening untuk semua pokok-pokok saya, saya tak pernah sekali pun beli tanah tambahan. Tidakpun walaupun satu peket.
Semua pokok-pokok sayur dan bunga-bunga saya di tanam atas tanah yang ditambah oleh contractor saya masa renovation dulu. Only that tanah yang saya planted tanam- tanaman saya, tidak pun pernah ada tanah baru yang lain. So sebab itu saya agak pasti, bajanya lah kot yang buat pokok-pokok saya hidup, subur dan sihat, dengann izin Allah jua, pastinya.
So tu saja la nak cerita. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Semoga bermanfaat.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika tanaman atau pokok-pokok bunga yang ditanam itu kurang subur, boleh cuba hasilkan sendiri baja home made guna bahan buangan makanan yang ada di dapur je.Seperti kulit telur, kulit bawang, air basuhan beras, pangkal batang sayur dan sebagainya ini. Pastinya lebih bersifat organik dan bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan.