Kuah kari tidaklah kiralah kari ayam, daging, ikan, sotong dan sebagainya memang sedap dinikmati bila kuanhnya likat, pekat dan merah warnanya. Selain dimakan bersama nasi, kari juga enak dinikmati bersama pulut kuning dan roti jala.
Kuah Kari Sedap, Likat, Pekat & Merah
Hendak masak kari memang mudah. Sesiapa pun boleh menyediakannya. Bagaimanapun untuk mendapatkan kuah kari yang sedap, likat, pekat dan merah ada caranya. Kuah kari yang cantik tentulah yang warnanya merah.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membuat kari yang sedap dan dalam masa yang sama ‘cantik’ warnanya.
1.Pilih rempah
Terdapat dua jenis rempah kari, sama ada rempah kari ayam & daging atau rempah kari ikan & makanan laut. Pemilihan rempah kari juga sangat penting, pastikan yang benar-benar asli dan tentukan pilihan rempah mengikut menu yang ingin disediakan.
2.Tumis hingga garing
Pastikan semasa menumis rempah kari menggunakan minyak yang banyak. Masukkan sahaja rempah tersebut selepas menumis bawang dan bahan-bahan lain. Pastikan selalu dikacau dan keadaan rempah benar-benar garing sebelum dimasukkan santan.
Ads
3.Santan
Bagi kari daging dan ayam, memang lebih sedap ditambahkan dengan santan agar menambah rasa lemak. Namun bagi kari jenis makanan laut seperti udang, ketam, sotong mahupun ikan, tidak perlu menambah santan untuk menjadikkan ia lebih sedap.
Kredit foto: Freepik
3.Lebihkan hirisan bawang putih dan halia
Hirisan bawang putih dan halia juga dapat membantu meningkatkan keenakan rasa dan aroma hidangan kari yang disediakan.
4.Asam jawa
Jangan pernah tinggal untuk menambah asam jawa ke dalam masakan. Ini akan dapat membantu memberi rasa masakan lebih enak dan bercita rasa.
Ads
5.Kentang
Perlu tahu kentang lebih enak ditambah didalam kari ayam atau daging, berbanding kacang bendi yang lebih sesuai dimasukkan dalam kari udang mahupun ikan. Hirisan kentang juga berperanan untuk memekatkan lagi kuah kari dan sekali gus menjadikan hidangan lebih sedap dan menyelerakan.
6.Hilangkan bau
Jika anda ingin menyediakan kari ikan, sebaiknya campurkan asam jawa dan ramaskan bersama santan untuk ‘memotong’ bau hanyir ikan tersebut.
7.Tambahkan rempah
Selain rempah kulit kayu manis dan bunga lawang, boleh juga dicampurkan dengan rempah lain seperti biji sawi, halba dan jintan putih. Elakkan jintan manis kerana ia akan merosakkan rasa kari.
Ads
8.Garam
Ketika menumis, anda boleh masukkan sedikit garam untuk menggaringkan rempah dengan baik dan setelah masukkan santan perasakan sekali lagi dengan garam.
9.Tomato
Memberi rasa masam yang original, masukkan bersama hirisan tomato untuk rasa yang lebih sempurna.
10.Daun kari
Tumis daun kari bersama tangkainya sekali dengan bahan tumisan lain untuk memastikan aromanya mewangi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selain menggunakan serbuk perisa tambahan yang kita selalu beli di kedai untuk menyedapkan masakan, sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je guna kulit tomato. Lebih jimat, rasa semulajadi dan asli, malah mudah je nak buatnya.
Sedapnya dapat makan Sambal Tumis Tempoyak Petai dengan nasi panas. Makan lauk tu pun sahaja dah cukup, tak perlu cari lauk lain lagi dah. Musim durian ni, kalau ada durian lebih bolehlah buat tempoyak dan buat resipi ni. Memang sedap! Dijamin makan nasi bertambah-tambah.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maryam Abas ini sebagai rujukan;
“Fav siape ni..baik ngakuuuuu.Lauk untuk anak dara hari ni.Mamanya hanya mampu teriakkk bucu katil je. Nak makan tak berani pedas sangat.”
Sambal tumis tempoyak cara saya
Bahan-Bahan:
Tempoyak
Cili api kampung
Daun kunyit
Bawang merah hiris
Petai
Ikan bilis
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak masak, goreng dulu ikan bilis kejap, angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk cili padi + secubit garam dan gaul bersama tempoyak.
3. Dalam minyak yang sama tadi..tumis cili padi dan tempoyak sehingga naik bau.Hmmmmmmmm satu rumah bau.
4. Masukkan segelas air, kacau kejap sehingga agak-agak sedikit pekat boleh masukkan ikan bilis, hirisan bawang merah dan daun kunyit diracik.Tak perlu masuk garam lagi dah sebab tadi dah tumbuk dengan cili.
5. Masukkan aji atau gula jika suka.Masukkan petai, kacau kejap je dan tutup api gas. Biar petai tu fresh.Siap dihidang!
Selamat Mencuba!
MW: Sedapnya sambal tempoyak ni, makan dengan nasi panas dah tak cari lauk lain dah! Mak-mak kena cuba buat sendiri dekat rumah nanti.
Bila buat biskut atau cookies sendiri, payah nak cari resipi yang betul-betul dijamin sedap dan mudah nak buat. Cookies sedap dibuat kudapan untuk minum petang dan dicelup dalam susu segar. Anak-anak pun mesti suka dan lebih berbaloi bila buat sendiri. Puas hati makan sekeluarga.
Boleh cuba resipi cookies mudah yang dikongsikan oleh Puan Hardina Sofia ini.
Dah banyak kali buat cookies ni, sedap dan mudah untuk dibuat. Dijamin sedap. Resepi ni ambil kat tiktok, Nah saya bagi resepinya siapa yang nak try.
Bahan-Bahan:
1/2 cup Gula
1/2 cup Gula Perang
1/2 cup Butter yang dicairkan tapi saya guna marjerin je sebab takde butter
1 biji telur
esen vanila
190gram Tepung Gandum
Baking Soda
Dark Chocolate atau Chocolate Chip
Cara Membuat:
1. Mula-mula masukkan gula pasir, gula perang dan butter yang dicairkan ke dalam bekas.
2.Kemudian masukkan telur dan esen vanila.
3.Kacau sampai sebati.
4.Selepas itu masukkan pula tepung gandum dan sedikit baking soda. Pastikan baking soda tidak letak terlalu banyak dan kacau sampai sebati. Jangan kacau beria sangat okey.
5.Akhir sekali masukkan dark coklat or coklat chip.Masukkan banyak-banyak lagi sedap dan letak dipeti sejuk selama 30 minit or satu jam.
6.Selepas itu boleh bakar pada suhu 170 dibakar selama 10 minit atau 15 minit, mengikut oven masing-masing. Pandai-pandai lah adjust.
7.Dan sedia untuk dimakan. Makan dengan susu segar pulak pehh layan.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Baca Lagi Di Sini:
Mingguan Wanita: Bolehlah mak-mak cuba buat sendiri cookies mudah yang dikongsikan ini. Dijamin sedap, malah bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.
Doa seorang ibu anak jadi mangsa nafsu serakah bertopeng Ustaz termakbul, Fathi Naim dipenjara 15 tahun. Allah sentiasa bersama orang yang benar.Doa seorang ibu...