Dirinya hanya berkongsi pengalaman, tidak sangka komen tersebut membuatkan dia dituntut membayar ganti rugi.

Kongsi komen negatif di instagram, wanita ini diminta bayar ganti rugi ratusan juta rupiah gara-gara perkongsiannya.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Dunia media sosial tanpa sempadan ini kadangkala membuat ramai yang terlepas pandang bila berkongsi pandangan atau pendapat.

Kongsi Komen Negatif Di Instagram

Seorang wanita yang didakwa mencemarkan reputasi sebuah klinik kecantikan terpaksa membayar ganti rugi ratusan juta rupiah setelah memberikan maklum balas buruk terhadap perkhidmatan yang diberikan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Stella Monica Hendrawan, 26, memberikan komentar buruk di akaun Instagramnya mengenai rawatan jerawat yang diterima daripada sebuah klinik penjagaan kulit di Jakarta, Indonesia.

Namun, setelah mendakwa kulitnya bertambah teruk selepas dirawat, syarikat itu menuduhnya mencemarkan reputasi mereka dan menuntutnya membayar ganti rugi sebanyak 800 juta rupiah (RM 235,380.87).

Baca Juga Di Sini:

Tulislah Komen Yang Baik Di Media Sosial, Elak Diri DiGELAR TOKSIK!

Jauhi Media Sosial Ketika Emosi Tak Stabil! Sekali Tulis Negatif, 0rang Terus Menilai

IKLAN

Berhati-Hati Paparkan Sesuatu Di Media Sosial, Sebaik-Baik Manusia, Pasti Ada Yang Membenci

Wanita Ini DiMinta Bayar Ganti Rugi

Disebabkan tidak mampu membayarnya, polis mengunjungi rumah Monica kerana melanggar undang-undang internet 2008 yang mengawal aktiviti dalam talian.

Dia memberitahu laman berita This Week In Asia: ‘’Saya hanya bercakap tentang pengalaman saya bersama rakan-rakan ketika mendapatkan rawatan. Saya tidak tahu bahawa klinik itu akan menuduh saya mencemarkan nama baiknya.’

‘’Saya diisytihar sebagai suspek pada 2020. polis mengunjungi rumah. Mereka merampas telefon bimbit dan mengambil alih kawalan akaun Instagram saya. Saya hanya berharap kewarasan dan kesopanan berlaku, kerana hidup saya menjadi terbalik kerananya,’’ jelas Monica.

Bayar Ratusan Juta Rupiah

Dia dibebaskan pada 14 Disember selepas berjuang membela diri. Monica berasa ‘diasingkan’ daripada komuniti dan beberapa rakannya.

Menurut peguam yang mewakili klinik kecantikan tersebut, Monica dikatakan tidak pernah membuat aduan berkenaan rawatan diterimanya dan bertukar ke klinik baharu tanpa meninggalkan notis.

IKLAN

Wanita itu dituduh membuat komen palsu dengan cara menghina, menyinggung perasaan, tindakan menghina dan ‘tidak boleh mengandungi fakta palsu’. – Agensi

Mingguan Wanita : Semoga wanita ini mendapat pengadilan sewajarnya, kadang-kadang kita hanya berkongsi pengalaman tanpa niat buruk. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat pengguna media sosial dan lebih berhati-hati.

Sumber : Kosmo Online

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

IKLAN

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini: https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI