Buat wanita dan mak-mak yang mengalami masalah rambut gugur,kelemumur dan berbau hapak boleh cuba petua semulajadi menggunakan kiub santan limau purut ni.Guna bahan-bahan dapur je, lebih jimat.Petua ini cukup berkesan untuk menguatkan akar rambut, membuatkan rambut bersinar dan berbau harum.

Boleh cuba perkongsian petua daripada Suzy Honey;

“Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu petua yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan”.

“Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin antaranya faktor , masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.”

“Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut.Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.”

“Ini petua cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar”.

Bahan-Bahan:

4 ke 5 biji limau purut dipotong
1 gelas Santan kelapa yang asli di perah. (Lebih baik guna santan segar lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut menjadi sihat).

IKLAN

Kiub Santan Limau Purut, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur

1. Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur.

Kiub Santan Limau Purut, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur
2. Kemudian masukkan kedalam bekas ais cube. Masukkan dalam peti beku.

IKLAN

Kiub Santan Limau Purut, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur

Cara Rawatan:

Ambil 1 ke 2 ketulan ais cube limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala.Kemudian dibiarkan seketika dan bilas dengan air.Ianya dapat menguatkan akar rambut, membuatkan rambut berkilat dan menghilangkan pening kepala juga.

Kiub Santan Limau Purut, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur

IKLAN

Info Ekstra!

Saya tak rekemenkan guna santan kotak. Lebih baik guna santan asli untuk resepi ini bagi kegunaan rambut.

Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.

SuzyHoney
Cantik Sihat cara natural.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat! Jadi buat mak-mak dan wanita yang mengalami masalah rambut gugur boleh cuba petua alami yang dikongsikan ini. Jimat dan berkesan!

Sumber: Suzy Honey

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI