
“Saya diceraikan kali pertama ketika hamil anak sulung.”
Itulah pengakuan jujur isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, ketika menceritakan semula detik lafaz cerai pertama yang berlaku pada tahun 2017.
Menurut Dr. Afifah, perkara itu kini dibangkitkan semula di Mahkamah Rendah Syariah Sepang selepas beliau, yang diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader, memohon agar mahkamah mengesahkan terlebih dahulu lafaz talak pertama serta rujuk, sebelum meneruskan prosiding pengesahan talak kedua yang difailkan pada 26 Ogos lalu.

Lafaz Cerai Pertama Ketika Hamil Anak Sulung
Menjawab persoalan mengenai sebab talak dan rujuk pertama tidak pernah didaftarkan, Dr. Afifah menjelaskan bahawa urusan berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada suaminya, Nubhan.
“Itu (patutnya diuruskan) Nubhan,” katanya sewaktu ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Sepang sekitar jam 9.40 pagi tadi.
Afifah hadir bersama adik lelaki dan beberapa ibu saudaranya bagi mengikuti prosiding berkenaan. Menurutnya, tidak berlaku pertelingkahan besar antara mereka sebelum lafaz cerai dilakukan.
Kejutan Dalam Rumah Tangga Nubhan Dan Afifah
“Pada malam itu dia datang ambil di rumah. Makan malam dan berbual macam biasa, tetapi kemudian dalam perjalanan balik rumah suami lafazkan cerai.
Saya terkejut dan tak sangka akan berlaku lagi perceraian. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham,” katanya.
Menjawab pertanyaan mengenai hubungannya dengan ibu mentua, atau lebih dikenali sebagai Mak Jenny, Dr. Afifah berkata mereka sempat bertemu semalam.
“Mak mentua tahu (nak cerai), semalam saya ada jumpa tapi sebelum ini kami tak berhubung secara langsung,” ujarnya.
BERIKUT KENYATAAN MEDIA DARIPADA NUBHAN:
View this post on Instagram
Proses Mahkamah Dan Pengesahan Talak
Untuk rekod, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai terhadap isterinya pada 2 September lalu.
Tindakan penyanyi berusia 39 tahun itu, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad, nyata mengejutkan ramai kerana pasangan ini sebelum ini sering dilihat bahagia dan berkongsi momen manis di media sosial.
Kehidupan Terkini Dr. Afifah Dan Anak-Anak
Dr. Afifah, 36, yang juga seorang doktor gigi, mengesahkan kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya dan menetap bersama anak-anak di kediaman baharu.
Pasangan ini berkahwin pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata — Aafiya, 8 tahun; Ahmad Aaffan, 6 tahun; serta Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.
Kisah perceraian Nubhan dan Dr. Afifah membuka mata banyak pihak tentang ujian dalam perkahwinan, walaupun tampak bahagia di media sosial. Ia menjadi pengajaran bahawa komunikasi dan kepercayaan amat penting dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga.
Sumber: Kosmo online Berita Harian dan Instagram Nubhan Ahmad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!