Sebaik buka mata jam 5 pagi tadi, Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9 tahun bertanyakan keadaan ibu ayah dan neneknya. Kerana, sebelumnya Haziq diberitahu makciknya yang ibu bapanya serta adik maut dalam kemalangan membabitkan pertembungan kenderaan MPV yang mereka naiki dengan lori treler.
“Pak Lang, sekarang ni Haziq seorang saja ke yang hidup?” Pertanyaan Haziq meruntun hati ayah saudaranya, Mohd Zakri Mat Isa, 37 yang dipanggil Pak Lang itu.
Namun, berat hati bapa saudara itu mahu mengiyakan pertanyaan anak kecil yang sekelip mata bergelar yatim piatu ini.
Haziq yang petah berkata-kata itu menceritakan ketika kejadian dia tertidur. Dan sebaik membuka mata, dia tersedar sudah berada di hospital.
“Memang saya tak sampai hati nak beritahu mak ayahnya sudah tiada.” Tapi anak saudaranya itu beritahu yang dia dah tahu selepas diberitahu sendiri oleh ibu saudaranya bernama ‘Cik Sara.’
Kemalangan yang berlaku di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai semalam, menyebabkan Haziq mengalami patah tangan kanan dan dirawat di Zon Kuning, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Bapa Haziq, Mohd Zairul Mat Isa, 34, ibunya, Nuartiqah Abd Hamid, 30 malah adik perempuannya, Nur Qaseh Damia, 4 serta neneknya, Fatimah Mat Isa, 68 antara mangsa yang maut dalam kemalangan.
Arwah Zairul dan isteri juga baru saja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada 3 Ogos lalu.
Turut terkorban, ibu saudaranya Hasliza Mahmud, 40 dan suaminya Zulkifli Shuib, 41 dan anak tiri Hasliza, Mohd Alif Firdaus, 3.
Dua lagi yang terselamat adalah anak Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11 dan abangnya yang dikenali sebagai Apit, 16 tahun dan cedera parah.
Maklum Zakri lagi, keluarga adiknya dan sepupunya itu jarang berjalan jauh untuk melancong. Selalunya, mereka berjalan-jalan di destinasi dekat dengan kampung mereka saja iaitu di sekitar Kedah atau Pulau Pinang.
Malah, kenderaan yang mereka naiki itu pun sebenarnya dipinjam dari kenalan.
Kesemua mangsa, sejak Ahad lalu berkunjung ke Pulau Pangkor dan bermalam di sana. Seterusnya memilih untuk bermalam semalam di Cameron Highlands. Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman mereka di Kedah itulah, tragedi berlaku.
Ibunya yang terbabit dalam kemalangan maut itu juga tak menunjukkan tanda-tanda akan pergi meninggalkan mereka untuk selama-lamanya.
Sempat arwah ibunya bermalam bersama cucu di rumahnya serta rumah abang ketika sambutan Aidiladha yang lalu.
“Sejak kebelakangan ini ibu sentiasa ceria. Ada juga dia meninggalkan pelbagai pesanan kepada kami.” ujarnya yang mengetahui kejadian kemalangan itu sekitar 7.30 malam. Itu pun selepas dimaklumkan kakak kepada Hasliza yang menyedari insiden berkenaanmellaui berita di media massa.
Ketujuh-tujuh jenazah akan dihantar pulang ke Kampung Badlishah, Serdang, Kedah dan akan dikebumikan di dalam satu liang lahad.
MW : Al Fatihah, semoga keluarga mangsa tabah menghadapi berita duka ini.
Kehangatan Musim Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) semakin terasa, dimana hari pengundian bakal berlangsung pada minggu depan. Calon wanita bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas,28 yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berjaya mencuri tumpuan masyarakat dengan rupa parasnya yang menawan.
Merupakan wanita berdarah Pan Asian, ramai yang tidak percaya bahawa wanita cantik ini berasal dari Kiulu, sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu, Sabah. Jo-Anna berdarah kacukan dimana ibunya berketurunan Kadazan dan bapanya warga British.
Namun bukan sekadar bersandarkan pada paras rupa untuk memancing undi, penglibatan wanita ini dalam bidang politik bermula apabila Parti Warisan Sabah mencari ikon belia untuk mewakili Gen Y dan Gen Z di Sabah. Sewaktu itu, Jo-Anna yang sedang berkhidmat sebagai wakil rakyat di pekannya, mengambil peluang itu untuk meneruskan khidmatnya untuk rakyat Sabah.
Anak kelahiran Sabah ini digelar sebagai ‘beauty with brains’ dan miliki pakej lengkap sebagai pemimpin muda, berikut adalah lima fakta mengenai Jo-Anna:
1. Jo-Anna merupakan seorang graduan ijazah Sarjana dalam Undang-undang Antarabangsa dan Tanggungjawab Sosial Korporat dari University of West England.
Semasa di London, beliau bekerja dengan sebuah syarikat pengiklanan yang menguruskan perkhidmatan penstriman muzik Samsung, Milk Music, untuk Malaysia dan Indonesia. Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dua tahun lalu.
Ads
2. Ikon Belia Parti Warisan Sabah itu aktif dalam bidang seni dan hiburan sebelum terlibat dalam politik. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pernah menyertai pertandingan Bintang RTM 2009, sekaligus merangkul tempat kedua.
3. Jo-Anna juga merupakan bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau pada tahun 2007. Unduk Ngadau merupakan pertandingan ratu cantik sempena Pesta Keaamatan di Sabah.
Ads
4. Keluarganya turut mempunyai latar belakang politik. Ibunya, Sullah Rampas adalah calon Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994 dan bapa saudaranya, Datuk Louis Rampas, pernah menjadi ADUN Kiulu selama tiga penggal.
Ads
5. Bukan itu sahaja, Jo-Anna juga merupakan seorang jurulatih kecergasan bertauliah. Beliau mengambil keputusan untuk memulakan kehidupan yang sihat apabila doktor mengesahkan tahap kolestrol badan agak tinggi untuk umurnya.
Cantik dan bijak.Semoga wanita ini, menjadi inspirasi buat wanita-wanita lain yang berminat menyertai bidang politik dan kemasyarakatan.Selamat Maju Jaya buat Jo-Anna!
Jangan taksub.Inilah yang boleh dikatakan bila seseorang berdiet. Sanggup tidak makan dan ada makanan tertentu saja diambil. Semuanya hanya untuk kurus dan dapatkan bentuk badan yang cantik.
Tanpa kita sedar, ia boleh makan diri sendiri. Satu lagi hilang nikmat dunia bila terlalu taksub untuk melakukan diet atau hanya makanan tertentu saja.
Sesetengah daripada kita bila nak diet, mulalah cari cara terbaik untuk turunkan berat badan. Sampaikan ada yang sanggup tidak makan, hanya minum air semata-mata dan sebagainya. Jangan taksub sangat sehingga semua tak boleh nak makan.
Dengar penjelasan Dr Malar ini buat anda yang terlalu taksub dengan jenis makanan atau jenis diet yang diambil. Betul sangat, ambil makanan ketika lapar dan makan sebelum kenyang. Berpada-padalah dan enjoy your life.
Jangan Taksub Dengan Makanan, Berpadalah Apa Yang Dimakan
Dalam perkongsian video tiktok, Dr Malar mengatakan ramai yang keliru untuk ambil makanan yang bagaimana. Maklum saja pendapat dietitian, jurulatih kecergasan dan pakar nutrisi berbeza-beza tentang pengambilan makanan terutamanya bila melibatkan diet.
Namun, ini jawapan daripada Dr Malar:
“Ada doktor kata makan oat sangat baik. Ada doktor pula kata oat ini sampah sangat tidak baik.
Ada doktor kata jus buah sangat bagus untuk kesihatan dan serat tinggi. Doktor pula kat jangan minum jus buah, tak cukup dengan debat ini, dietitian, fitness coach, nutritionist semua berkata dan ada yang sarankan intermittent fasting dan ada yang suruh buat ketagenic diet, macam-macam nasihat.
Sampai semua pening tak tahu nak buat apa.
Dulu telur bagus, sekarang dah tak bagus. Dulu santan tak elok sekarang bagus, makan lima kali sehari pun tak salah katanya.
Mana satu nak ikut. Ini nasihat Celoteh Dr Malar sepatah dua kata.
Makanlah apa yang nak makan selagi tak alergik tapi makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Berpada-pada ketika makan, pastikan ia cukup tenaga anda.
Kita makan untuk hidup tapi hidup pun untuk makan juga.
Enjoy your life macam mana makan pun, macam mana taksub pun esok lusa mati juga.
Hidup ini sementara tapi berpada-pada dengan apa saja yang kita makan supaya kita kekal sihat dan dapat enjoy kehidupan ini.
Nak makan oat sikit tak salah pun kalau nak makan jus buah sekali sekala pun tak salah, kalua makan nasi lemak seminggu sekali ke, dua minggu sekali ke tak salah pun. Saya pun makan juga.
Kalau nak makan rendang sekali sekala pun tak salah, boleh je tapi jangan makan makanan terlampau banyak, terlampau taksub dengan sesuatu, jenis makanan atau taksub dengan sesautu jenis diet sebab tak ada satu pun yang akan terlampau baik untuk diri kita.
Macam setiap ubat ada kesan samping dan setiap makanan pun ada kebaikan dan keburukan.
Makan Ketika lapar dan berhenti sebelum kentang, berpada-padalah dengan kita makan dan jangan taksub dengan mana-mana makan atau mana jenis diet.
Mingguan Wanita : Apa yang dikatakan Dr Malar ini benar sangat. Tak perlu nak taksub dengan diet, memang betul ada yang menjadi tapi sampai bila kan, tak buat nanti naik badan. Berpada-padalah, terbaik ikut sunnah Nabi, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Orang kata bila dah melepasi tempoh 10 tahun perkahwinan, dah masuklah fasa kematangan. Rumah tangga personaliti Aidid Marcello bersama Norzie Pak Wan Chik rupanya sudah memasuki usia 13 tahun. Setiap kali ulang tahun perkahwinan, Aidid tak pernah lupa untuk mengucapkan doa kepada isterinya itu.
Aidid dan Norzie telah mendirikan rumahtangga sekitar bulan Mei 2005 dan dikurniakan 4 orang cahaya mata, seorang perempuan dan 3 orang lelaki. Biarpun ketika ini telah mempunyai syarikat sendiri, tanggungjawab sebagai ayah dan suami dilaksanakan dengan sebaiknya.
Norzie Pak Wan Chik pernah menjadi pengacara rancangan Nona, sebelum mengambil keputusan berhenti untuk menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap keluarga.
Sweet tau kata-kata Aidid dalam instagramnya tu.
Dia faham kerja aku
Dia tahan karenah aku
Dia tahan lawak bodoh aku
Dia always support aku
Dia tak suka orang kencing aku
Dia sayang aku sangat-sangat
“Tq sayang sebab dah macam-macam kita harung selama 13 tahun, daripada tak reti apa pasai nak jaga 1st baby. Sampailah anak pun dah tua bangka dah. Kita pun makin tua dan makin menyembah bumi. Semua yang baca komen ni, doakanlah dalam hati supaya kami sentiasa dirahmati dan dikekalkan jodoh hingga ke akhir hayat.
“Yang penting sama-samalah kita tegur menegur, bantu membantu bukan hanya untuk menjadi pasangan di dunia, tetapi kita doa untuk terus jumpa di SANA bila sampai waktunya. I love you b! Sorry kena kerja jauh dari u, tapi hati kita sentiasa bercantum… HAPPY 13th ANNIVERSARY” Ketika berkongsi rasa hatinya, Aidid sedang bekerja di Sabah.
Semua 4 Anak Keluar Dari Badan You
Aidid bersyukur kerana dikurniakan 4 orang anak bersama isteri tercinta. Pengorbanan isteri lebih membuatnya rasa bahagia dan mahu lebih menghargai kehadiran isteri di sisinya.
“Alhamdulillah, dah 4 dah anak kita. Semua empat-empat anak ni keluar dari badan you secara fizikal. Betapa besarnya pengorbanan seorang isteri kan? Sedar tak sedar dah 13 tahun kita hidup sekali. Happy birthday yayangku. Moga you akan terus dikurniakan kesihatan yang baik, menjadi ibu yang hebat dan isteri yang solehah. I sayang you sampai ke penghujung nyawa… amin.” Ini doanya untuk hari kelahiran isteri tercinta.
Aidid sangat percaya bahawa kehadiran anak dan isteri adalah harta dan keindahan dunia yang Allah hadiahkan untuknya.
“Alhamdulillah dan terima kasih. Bagi yang ada keluarga, anak-anak kecil, bini-bini (eh plural plak) jagalah sebaik mungkin. Sebab tak payah tipu diri sendiri.”
“Kalau sunyi, diaorang peneman kita. Kalau kita down tengah hentuk-hentuk kepala, diaorang jugalah tempat luahan kita.. jadi, apa lagi. Jadilah bapa yang power dan ibu yang the bomb untuk selalu diingati dan dirindui oleh mereka semua.”
Jomlah ayah waima suami, doakanlah isteri dan anak-anak dengan doa yang baik-baik. Moga mereka menjadi wanita, atau anak-anak acuan syurga. Yang membahagiakan hati keluarga dan orang di persekitarannya.
Ibu sarat mengandung 8 bulan, anak 4 tahun dilaporkan hilang selepas keluar beli barang. Seorang kakak, Adlin Mohd Zakaria menzahirkan rasa risau berikutan adiknya,...