Lazimnya, setiap kali tibanya hari ulangtahun kelahiran, ramai yang ingin memberikan hadiah harijadi sebagai tanda ingatan dan penghargaan.
Namun demikian, sempena ulangatahun kelahiran ke-70 Dr Wan Azizah baru-baru ini, isteri kepada Perdana Menteri Ke-10 ini ada memohon supaya tidak memberi sebarang cenderahati kepada beliau, sebaliknya mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.
“Saya ingin memohon kepada semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepada saya; kita harus mengetengahkan budaya titipan doa dan amal jariah.” ujar beliau.
Terima Kasih Segala Doa & Ucapan
Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, 70 dilahirkan pada 3 Disember 1952. Bekas Timbalan Perdana Menteri wanita pertama ini juga mengucapkan terima kasih di atas semua ucapan dan doa yang diberikan sempena harijadi beliau.
“Ingin saya rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atas ucapan dan doa tanda ingatan sempena ulangtahun hari kelahiran saya pada hari ini.”
“Saya hargai niat baik saudara saudari semua, dan semoga kita sentiasa dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat.” ujarnya lagi.
Ads
Ramai yang turut berkongsi ucapan dan doa sempena harijadi beliau.
Mingguan Wanita: Selamat Ulangtahun Kelahiran buat isteri kesayangan Perdana Menteri Malaysia ke-10 ini, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Semoga dipanjangkan umur dan berterusan diberi kesihatan yang baik.
Sos Prego Cabonara cendawan diarah tarik dari pasaran serta merta, dikesan rosak walau tarikh luput 17 Ogos 2023.
Sebentar tadi Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato Seri’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil maklum isu penarikan semula produk sos pasta berkrim cabonara cendawan berjenama Prego keluaran Malaysia kerana terdapat tandsa-tanda kerosakan seperti bau tidak menyenangkan, warna berubah, rupa berair dan lapisan cecair yang terpisah.
KKM melalui Bahgian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi dari syarikat Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.
Pihak syarikat telah mengenal pasti punca kerosakan produk tersebut disebabkan kesilapan semasa pemprosesan dan sedang dalam proses penarikan balik produk terlibat di pasaran secara sukarela.
Pihak yang terlibat dalam penarikan balik adalah Prego Sos Pasta Berkrim Cabonara Cendawan (665 gram) dengan nombor batch 2022081716 bertarikh luput 17 Ogos 2023 dan kod masa 22.18 hingga 23.20.
Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan.
Sehubungan itu, penjual hendaklah menghentikan penjualan produk terlibat denan serta merta. Manakala pengguna yang telah membeli hendaklah tidak memakan produk tersebut dan bagi yang telah mengambilnya dinasihatkan berjumpa pegawai perubatan sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala keracunan makanan.
Orang ramai disarankan mengamalkan Lihat, Hidu dan Rasa bagi mencegah kejadian keracunan makanan. KKM sentiasa peka dan prhatin ke atas perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.
MALU Mak Ayah Terkenal, Anak Bongsu Victoria & David Beckham Minta Naik Bas Pergi Sekolah! Lumrah menjadi anak pasangan selebriti terkenal dunia, pastinya akan mencuri tumpuan tak kira walaupun di mana berada. Cukup merendah diri, anak bongsu kepada pasangan Victoria & David Beckham ini apabila tidak mahu dihantar ke sekolah dengan menaiki kereta mewah sebaliknya meminta hanya menaiki bas seperti kawan-kawan lain.
Bekas anggota kumpulan Spice Girls iaitu Victoria Beckham mendedahkan anak perempuannya, Harper Seven Beckham,11 malu mempunyai ibu bapa yang terkenal.
Kata Victoria, anak bongsunya itu juga berasa malu apabila suaminya, David Beckham menghantarnya ke sekolah dan meminta untuk menaiki bas seperti mana rakan-rakannya yang lain.
Dedahnya lagi, Harper pernah meminta David memberhentikan kereta jauh daripada pintu pagar sekolah kerana tidak mahu orang lain melihat dia turun daripada kereta mewah.
“David menghantarnya menggunakan kereta Rolls Royce ketika itu dan tiba-tiba Harper minta diturunkan di tepi jalan. Tak hanya itu, dia pernah beritahu mahu menaiki bas sekolah sama seperti rakan-rakannya yang lain,” katanya.
Victoria mendedahkan perkara itu menerusi episod terbaharu podcast Armchair Expert baru-baru ini.
Kata Victoria dia mengetahui tentang perkara itu selepas dimaklumkan oleh David ketika berbual-bual mengenai anak kesayangannya itu.
Mingguan Wanita: Merendah diri sungguh anak bongsu David Beckham dan Victoria ni. Lebih rela naik bas dengan kawan-kawan, berbanding naik kereta mewah dengan mak ayah.
Bawa satu plastik duit siling bayar hutang RM3000, Kakak Akui Terharu Lihat Usaha Adik. Ramai suka meminjam dari adik beradik tika terdesak. Namun ada kalanya ada pula yang sengaja mendiamkan diri kerana beranggapan, adik beradik pun nak berkira. Minta beri itu lain, sebut pinjam itu lain.
Kalau sebut pinjam usahakanlah bayar kerana ia tetap kekal sebagai hutang. Sebab hutang selagi tak dibayar akan ditanya di akhirat kelak kecuali telah dihalalkan.
Satu perkongsian dari Ustazah Huda ini mengenai usaha adiknya mengumpul dan membayar hutang RM3000 kerana tidak mahu menangung beban di akhirat membuatnya rasa terharu. Terharu bukan kerana hutang itu terbayar tetapi usaha dilakukan adiknya mengumpul untuk menyelesaikan amanahnya.
Dah lama saya nak tulis tentang amanah (hutang), Allah izinkan saat ini. gambar di bawah ni adalah pinjaman yang dibayar adik saya. Terharu hanya Allah yang tahu saat melihat dia mengangkat satu plastik besar yang mengandungi sejumlah wang syiling RM1,000 dan keseluruhannya termasuk wang RM1 dan RM5 ini total RM3,000.
Saya hanya mampu membalasnya dengan doa moga Allah terus deraskan lagi rezqinya. Allah nilai usaha gigihnya dengan berniaga mengumpul wang ini untuk menyelesaikan segala amanahnya.
Teringat adik saya pernah cerita kisah seorang sahabatnya yang sangat baik dan telah meninggal dunia di usia yang sangat muda. Suatu hari arwah datang dalam mimpi sahabatnya dan dalam mimpi tersebut arwah minta tolong sahabatnya cari nota yang dia tinggal dan tolong selesaikan hutangnya.
Selepas terjaga dari mimpi sahabat arwah mencari nota yang di maksudkan arwah dan dia terjumpa sticky note yang tertulis hutang arwah dan dia segera menyelesaikan hutang tersebut.
Allahuakbar. Allah bantu arwah.
Selepas dengar kisah ni saya sangat terpanggil untuk menulis perihal hutang. Ya benar hutang memang di benarkan dalam Islam. Tapi satu perkara penting yang kita selalu lupa ialah mencatat hutang-hutang kita.
Realiti berlaku sekarang ramai yang menganggap hutang adalah perkara kecil. Sedangkan Allah cerita panjang tentang hutang dalam Ayat 282-283 Surah Al-Baqarah. Bukalah Quran tafsir dan hayatilah terjemahan ayat 282-283 ini.
Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga meninggalkan pesan pada kita dengan sabdanya :
“Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan keresahan di malam hari dan menyebabkan kehinaan (aib) di siang hari” (Hadith Riwayat Al-Baihaqi)
“Ruh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya hingga lah dia melunasinya.” (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Marilah sama² kita mula menulis hutang-hutang kita dan tanamkan azam serta niat untuk menyelesaikan kembali segala hutang-hutang tersebut. Pesan pada orang terdekat kita jika kita meninggal dunia bagaimana cara mereka boleh bantu melunasi hutang-hutang tersebut.
Bila kita berhutang jangan larikan diri atau bermusuhan. Jika masih belum mampu bayar hubungilah orang yang kita pernah berhutang dan maklumkan keadaan yang kita masih belum mampu melunasi hutang²nya. Ingatlah sahabat, orang yang mati syahid sekalipun ruhnya masih tergantung selagi hutangnya tidak diselesaikan.
Semoga Allah bantu kita kembali mengadapnya dalam keadaan bebas dari segala jenis hutang piutang. Allahumma #Aamiin Ya Allah Mujeeb.
Sama² kita ingat mengingatkan kerana Allah.
Salam Sayang,
Ustazah Huda.
Sumber :- FB Huda Yaacob