bunion

Sama ada sedar atau tidak, ramai wanita sebenarnya mengalami Bunion atau Hallux iaitu bonjolan pada sendi ibu kaki. Ia merupakan suatu ‘kecacatan’ sekaligus mengakibatkan rasa tidak selesa pada bahagian kaki.

** Bunion atau Hallux, bonjolan yang terdapat pada sendi ibu kaki merupakan kecacatan pada sisi kaki yang kelihatan seperti tulang yang terbonjol keluar.Terjadi selalunya bila mengunakan kasut bertumit tinggi (heels), kasut yang sempit atau lebih kecik dari saiz kaki terutama yang ketat di jari telunjuk.

** Selalunya bunion ni terjadi dalam kalangan wanita. Bunion pun boleh terjadi disebabkan keturunan/faktor genetik yang diburukkan lagi oleh pengunaan kasut tak sesuai.

Punca Terjadi

** Pelbagai faktor mengakibatkan perkara ini terjadi.Bunion terjadi secara beransur-ansur akibat pemakaian kasut yang sempit dan juga pemakaian kasut tumit tinggi.Geselan bengkak pada kasut menyebabkan kulit menjadi radang dan menyakitkan.

** Tekanan dari memakai kasut sempit atau heels menyebabkan tulang tertekan dan memaksa tulang tu berganjak samada ke dalam atau keluar, kebawah & kekadang ke sisi. Pemakaian kasut yang sempit yang dikenakan sebelah kaki yang besar (hallux) memaksa ia ke dalam dan kadang-kadang di bawah atau di atas jari kaki yang lain (angulation). Apabila tekanan digunakan, tisu disekeliling sendi boleh membengkak.

Tanda-Tanda Gejala

Gejala yang biasa terjadi pada bunion ialah sakit atau rasa pedih, radang, kemerahan pada kulit & rasa panas seperti terbakar terutamanya ketika memakai kasut ketat dan rasa kebas pada ibu jari kaki.

Selalunya pesakit bunion ni memang susah nak cari saiz kasut sebab ada nya benjolan di tepi kaki.Untuk kasut-kasut yang sesuai dengan saiz kaki mereka, mereka kadangkala terpaksa beli saiz yang agak besar untuk memastikan kasut tu selesa & muat.

Perlu Tahu

** Bunion tak boleh diurut dan tak boleh hilang dengan sendirinya & selalunya akan bertambah teruk dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun, pelan rawatan pesakit bunion ni bergantung dengan individu sebab ada yang bunion nya berubah degan cepat & ada yang lambat dan ada jugak bunion yang tak perlukan rawatan.

Cara Pencegahan & Rawatan Awal

** Nak mencegah Bunion dari merebak dan langkah rawatan awal ialah :

1.Pakai kasut selesa dan sesuai dengan bentuk kaki dan hujung jari seperti depan kasut yang lebar dan lebih ruang untuk jari kaki.

2.Elak pakai kasut yang runcing didepan / bertumit tinggi kerana boleh memburukkan lagi keadaan.

3.Pemakaian penebat atau pelapik pada bunion boleh mengurangkan rasa sakit atau pemakaian penyokong atau peralatan orthotik boleh mengurangkan gejala bunion.

4.Elak melakukan aktiviti yang boleh menyakitkan bunion seperti berdiri atau berjalan terlalu lama.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Kae Rahman