
Kes buli di SMK Za’ba menjadi kisah panas hari ini. Ramai yang rasa marah dan kecewa dengan apa yang berlaku, nak-nak melibatkan pelajar tingkatan dua yang dikira masih baharu masuk alam sekolah menengah.
Kes Buli Libatkan Kematian Pelajar SMK Za’ba

Setiap kali berlaku kes buli, kita marah. Tetapi selepas beberapa hari, semuanya kembali seperti biasa. Sepatutnya kita tidak boleh terus menunggu tragedi seterusnya.
Mengambil pandangan Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki, sudah tiba masanya kita ubah sistem bukan sekadar menghukum selepas kejadian.
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki Kongsi 7 Langkah Banteras Buli Di Sekolah

Kes buli tidak boleh lagi ditangani dengan cara biasa-biasa. Kalau mahu hasil yang berbeza, kita mesti berani buat perubahan yang luar biasa.
1. WARDEN PROFESIONAL SEPENUH MASA
Khususnya di sekolah berasrama, lantik warden profesional termasuk bekas anggota Tentera dan Polis. Guru tidak seharusnya dibebankan dengan tugas warden sebagai tanggungjawab sampingan semata-mata.
2. ZERO TOLERANCE TERHADAP BULI
Setiap kes mesti disiasat segera secara telus adil dan tegas. Kes berat yang mempunyai unsur jenayah mesti terus dirujuk kepada polis.

3. GUNAKAN SEPENUHNYA AKTA ANTIBULI 2026
Mangsa dan ibu bapa mesti tahu hak mereka serta mempunyai akses jelas kepada Tribunal Antibuli dan saluran undang-undang.
4. HUKUM PIHAK YANG MENUTUP KES
Sesiapa yang sengaja menyembunyikan, melengah-lengahkan atau menekan mangsa supaya berdiam diri mesti dikenakan tindakan. Keselamatan anak lebih penting daripada reputasi sekolah.
5. HAPUSKAN “BLIND SPOT” BULI
Pasang CCTV di kawasan berisiko yang dibenarkan dari sudut privasi dan perhebat rondaan mengejut, khususnya di asrama.
Anda mungkin berminat dengan
6. WUJUDKAN SISTEM AMARAN AWAL
Kesan lebih awal budaya senioriti melampau, pemerasan, tingkah laku agresif, perubahan emosi mangsa dan tanda-tanda pengasingan sosial.
7. PUTUSKAN BUDAYA SENIORITI
Ragging, hukuman tidak rasmi, penghinaan dan budaya “senior mengajar junior” mesti dihentikan. Ibu bapa pelaku juga wajib terlibat dalam proses intervensi dan pemulihan. Kita bukan sekadar mahu menghukum pembuli.
Menurut Setiausaha Agung UMNO itu lagi, kita mahu memutuskan budaya yang melahirkan pembuli. Anak-anak pergi ke sekolah untuk belajar dan membina masa depan, bukan untuk hidup dalam ketakutan.
Kes masih berjalan, harap pihak yang berkaitan mengambil tindakan tegas dalam kes ni. Semoga keluarga mangsa mendapat keadilan yang telus.

download sekarang!
