Kerepek Bawang Putih Rangup, Nak Senang Buat, Hiris Nipis Guna Slicer

Senang sahaja hendak buat kerepek bawang putih rangup ini. Nak mudah hiris bawang putih guna sahaja slicer atau penghiris.

Sebenarnya bawang putih banyak khasiatnya. Selain digunakan sebagai bahan dalam masakan, ia juga boleh juga dijadikan kudapan sihat.

Boleh cuba cara buat kerepek bawang putih rangup yang dikongsi oleh Sharinaz Redwan ini.

Kerepek Bawang Putih Rangup, Nak Senang Buat, Hiris Nipis Guna Slicer

Kerepek Bawang Putih Rangup

Petang ni buat kerepek bawang putih rangup.

Kerepek Bawang Putih Rangup, Nak Senang Buat, Hiris Nipis Guna Slicer

Bawang putih siap kupas beli terus dekat supermarket, lepas tu ‘slice’ nipis2 guna slicer Tupperware. Senang guna tu.

IKLAN

Kerepek Bawang Putih Rangup, Nak Senang Buat, Hiris Nipis Guna Slicer

Lepas tu gaul rata dengan tepung beras, goreng dalam minyak panas, toskan minyak dan sejukkan, baru simpan dalam balang.

Kerepek Bawang Putih Rangup, Nak Senang Buat, Hiris Nipis Guna Slicer

Tengah diet boleh ke makan ni? Dik, makan ni untuk sedikit perasa dalam makanan je, bukannya hentam sekali hadap 1 balang.

IKLAN

Berpada-padalah. Makan kena enjoy, baru diet long lasting. Ok?

Artikel berkaitan:
Gunakan Bawang Merah Untuk Detoks & Kurangkan Masalah Kesihatan!
Resipi JERUK HALIA Ala Restoran Sushi, PERAM 6 JAM, Baru Makan!

Khasiat Bawang Putih

IKLAN

Ada pelbagai khasiat bawang putih ni tau, antaranya:

1. Selain berfungsi sebagai anti bakteria, ia juga membantu dalam sistem pernafasan, memperbaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah.
2. Bawang putih di dapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung dan mengurangkan tekanan darah tinggi dan penyakit kanser.
3. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyempitan kolesterol pada saluran darah dalam kardiovaskular manusia.
4. Kajian lain nyatakan ianya dapat kurangkan kandungan gula dalam badan dan mengurangkan batuk.
5. Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik di dalam tubuh manusia.
6. Bawang putih ini telah dikenal pasti dapat memecahkan kolesterol yang menyekat perjalanan darah pada salur darah dan kolesterol ini dikenal pasti sebagai punca kepada penyakit darah tinggi.

Ok, dapat sesuatu?

Enazz,
Be Fit, Be Strong, Be Healthy.

Sumber: Sharinaz Redwan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI