ditikam

Kerana mulut badan binasa, perumpamaan yang tepat apabila seorang lelaki bertindak menikam dengan pisau dan mencekik seorang kerani wanita sehingga mati di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad sebab bengang kerap disindir mempunyai hubungan sulit.

Suspek berusia 28 tahun ditemui hanya duduk dalam keadaan tenang di samping mayat mangsa, Zaimah Mahmod, 57, di stor pejabat sekolah berkenaan.

Dari cerita rakan pejabat, dia hanya menundukkan kepala apabila rakan sekerja bertanyakan di mana Pengarah (Pengarah kolej) sambil menunjukkan ke arah bilik.

“Dia macam memikirkan sesuatu dan mungkin baru menyedari apa yang sudah dilakukannya.”

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada suspek yang mengaku baru membunuh mangsa.

IKLAN

“Ketika menghubungi polis pada jam 2.40 petang, lelaki itu (suspek) turut memberitahu sudah menikam dan mencekik wanita berkenaan sehingga mati.”

Punca Tikam Dan Cekik Leher

Hanya suspek dan mangsa berada di tempat kejadian. Beberapa kesan tikaman turut ditemui di leher dan badan wanita itu selain pisau yang digunakan suspek untuk membunuh.

Kisahnya, pembantu makmal sekolah itu dipercayai berdendam kerana sering kali disindir mangsa.

IKLAN

Wanita berasal dari Terengganu yang juga ibu tunggal dikatakan kerap menyindir suspek mempunyai hubungan sulit dengan seorang kakitangan di sekolah berkenaan.

IKLAN

Suspek yang baru tiga bulan bekerja, turut menjalani rawatan kemurungan di hospital selain pernah melakukan cubaan membunuh diri.

Apa pun pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat manakala suspek ditahan bagi membantu siasatan.

Info: Berita Harian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI