Kerap bermain tiktok, suami nekad ikat kaki isteri dengan rantai panjang sebagai pengajaran. Barangkali tindakan ini diambil setelah memberi terlalu banyak peluang kepada isterinya.
Aplikasi TikTok ini mempunyai kesan baik dan buruknya jika tidak dikawal dengan baik. Sesetengah orang menggunakan platform ini untuk berniaga serta menjana keuntungan.
Namun jika TikTok telah disalahguna hingga mengabaikan suami dan keluarga, insaflah wahai wanita. Paling penting amalkan sikap bersederhana dalam apa perkara sekalipun.
Suami Nekad Ikat Kaki Isteri
Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita di Jakarta dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***.
Dengan Rantai Panjang
Dalam video tersebut, si isteri kelihatan sedang duduk di ruang tamu rumahnya dengan keadaan kaki kirinya kelihatan diikat dengan satu rantai panjang.
Menurut keterangan pada video tersebut, wanita itu dipercayai dirantai kerana kerap bermain TikTok.
Malah, anaknya juga dikatakan gembira melihat dirinya dirantai memandangkan tidak perlu lagi melihat ibunya membuat kandungan TikTok.
Kerap Bermain TikTok
Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen.
“Ya, memang seharusnya dibuat begitu supaya tidak boleh kemana-mana,” demikian komen seorang netizen.
Ads
“Rasakan, disuruh memasak namun memilih untuk bermain TikTok,” komen netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita : Sesungguhnya teknologi itu tak salah, cuba kawal dan ambil sikap bersederhana barulah tidak mendatangkan masalah kepada diri sendiri, suami dan keluarga. Harapnya wanita ini insaf dan ambil masa untuk berfikir pabila ditegur oleh suaminya sebegini.
Bergelar ibu kepada seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Khalaf ternyata membuatkan aktres genit Elfira Loy sedikit paranoid dalam hal yang membabitkan keselamatan dan nyawa diri di musim pandemik COVID-19 ini.
Pada satu tahap isteri kepada Faris Khairol Anuar ini lebih selesa menghabiskan masa di rumah memberi sepenuh perhatian menjaga anaknya.
Elfira bersama anakanda tercinta.
Anak Elfira Loy Sudah Boleh Berjalan & Berdiri
Bercerita mengenai fasa indah bergelar ibu saat ini, Elfira memaklumkan anaknya kini sudah boleh berjalan dan berdiri.
“Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori ‘baby PKP’ Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar. Masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis ‘happy go lucky’ dan gemar tersenyum.
“Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.
“Dia macam seolah olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh sewenang-wenangnya bercampur dengan orang ramai,” ujar Elfira berkongsi tentang putera kesayangannya.
Keluarga bahagia.
Jujurnya Rasa Sedikit Takut & Curiga
Namun pastinya status diri menuntutnya untuk keluar melunaskan urusan kerja. Jadi sebagai wanita bertudung, soal pemakaian pelitup muka sudah menjadi kebiasaan ketika keluar di rumah dan berada di tempat awam.
Elfira yang baru dilantik sebagai duta pelitup muka jenama Himaya untuk wanita bertudung percaya soal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi pemakaian ‘aksesori’ penting itu tidak wajar diambil mudah.
“Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.
“Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.
“Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya.
“Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus,” katanya yang dilantik selama setahun mewakili jenama Himaya.
Belajarlah Untuk Kebaikan Bersama
Kata figura ini lagi, baginya pelitup muka kini bukan hanya keperluan, ia juga seperti satu tanggungjawab yang sangat besar maknanya
“Suka atau tidak, kita kena biasakan norma baharu ini. Saya sedar pemakaian pelitup muka ini jika tidak kena materialnya boleh melemaskan dan memberi kesan kepada kulit muka.
“Kita kena sedar kegagalan kita memakai pelitup muka bukan hanya memberi kesan kepada diri sendiri, tapi orang sekeliling juga.
“Belajarlah untuk terus membiasakannya demi kebaikan bersama. Kita jangan mementingkan diri sendiri. Sama sama beringat,” katanya lagi.
Pelakon, Ika Nabella begitu bimbang dengan keadaan anaknya Muhammad Noah Zayn yang telah didiagnosis penyakit karotenemia atau jaundis palsu iaitu salah satu jenis penyakit kuning.
Ika dan suami, Muhammad Zaid Aznam mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dan menerima cahaya mata lelaki pada 23 Otober 2019.
“Terlalu banyak pigmentasi kuning pada kulit dan peningkatan beta-karotin dalam darah,” begitulah yang dikongsikan Ika Nabella menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya tentang keadaan anak lelakinya.
Malah Ika juga menerangkan, punca penyakit tersebut disebabkan pengambilan makanan karotin yang berlebihan seperti lobak merah.
“Uncle dan unty sila doakan @muhammadnoahzayn sihat sempurna. Dia kini didiagnosis sebagai bayi karotenemia atau orang selalu memanggil ‘bayi oren’ kerana pengambilan makanannya.
“Pengambilan makanan karotin yang berlebihan. Dia suka lobak merah sangat. Phewww. Salah Ibu.
“Tapi jangan risau Noah baik-baik saja, keadaan ini tidak berbahaya cuma Mommy dan Ayah kena merawat perubahan warna kulitnya,” tulisnya yang turut menyatakan keadaan itu tidak merbahaya.
Ubah Corak Makanan Anak
Ika turut menyatakan akan mengubah corak makanan anaknya yang akan beralih kepada hijau dan merah.
“Sekarang! Tiada lagi lobak merah atau labu! Kita pergi hijau ok dan merah,” coretnya lagi.
Sampai ke hari ini, kita masih terkesan dengan kisah 6 penyelam bomba yang syahid dalam misi mencari remaja lemas di lombong Taman Putra Perdana. Membuka mata orang ramai betapa mencabarnya kerjaya wira tak didendang ini.
Membaca luahan hati penuh sayu seorang isteri pegawai bomba, Qushraini Qush ini terkesan sampai ke dasar hati. Betapa saban hari, isteri perlu tabah dan akur dengan pilihan kerjaya suami.
Walau dalam keadaan nasi mahu dijamah ke dalam mulut, apabila loceng kecemasan dibunyikan, mereka terus berkejar.. berlari ke trak bomba menuju ke lokasi kejadian.
Bertarung nyawa demi menyelamatkan nyawa orang lain. Bergelut dalam api marak, menahan bahang kepanasan asal tiada jiwa yang terkorban dalam kebakaran.
Namun, sayunya hati apabila ada manusia-manusia dangkal yang mempertikaikan, yang tidak memahami susah payah orang lain.
Bila Loceng Kecemasan Berbunyi, Suami Berlari Tinggal Makanan Yang Belum Sempat Masuk Ke Mulut
“Saya seorang isteri bomba. Setiap kali suami bertugas pada siang hari, saya akan sedia makanan untuk beliau.”
“Dan hantar ke balai.”
“Pernah beberapa kali melihat sedang mereka baru nak menyuap makanan ke dalam mulut. Tiba-tiba loceng kecemasan berbunyi.”
“Terus berlari meninggalkan makanan yang masih belum sempat masuk ke mulut. Demi untuk menyelamatkan orang lain.”
Bayangkan, anggota bomba ini sanggup meninggalkan makanan. Walau saat itu mereka dalam keadaan lapar.
Allah Nampakkan Susah Suami Depan Mata Isteri
“Pernah sekali, Allah mungkin ingin menunjukkan pada saya dan anak. Ketika itu, anak berumur 3 tahun. Kami lalui di satu kawasan kebakaran.”
“Saya dan anak melihat depan mata, suami bergelut untuk memadam kebakaran kedai yang banyak tong gas di dalamnya.”
Anaknya yang ketika itu melihat kejadian itu menjerit, “Ummi! Ayah ummi.. nanti ayah kena api macam mana?”
Air mata isteri ini tiba-tiba berguguran, di dalam kesesakan orang ramai yang melihat kebakaran itu. Namun, ada suara-suara sumbang yang tidak enak di pendengarannya.
“Apalah bomba lambat. Dah nak hangus baru sampai.”
Alangkah sedihnya isteri ini sewaktu mendengar kata-kata itu.
“Sedangkan yang sedang bertarung nyawa itu, suami saya. Kamu hanya melihat sahaja. Tak tahu betapa susah mereka cuba sebaik mungkin.”
“Untuk memadamkan kebakaran itu. Sebab itu, kita jangan tahu bersungut. Pelbagai rintangan perlu mereka harungi.”
“Demi menyelamatkan kita semua.”
Isteri bomba ini turut meluah rasa.
Respons Netizen Tentang Luahan Hatinya Itu
Balas Qushraini, “Aminn.. akak hanya meluahkan apa yang akak rasa dan akak alami. Sejak kes 6 sekawan tu lagi akak rasa sedih sangat. Moga kita semua dalam limdungan Allah SWT.”
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...