Hari ini viral sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial yang memaparkan seorang budak perempuan dilanggar dan digilis oleh sebuah van putih ketika sedang melintas.
Dalam insiden menyayat hati tersebut, menurut sumber, Nur Alisha Safia, berusia tujuh tahun maut apabila dilanggar van sekolah yang dinaikinya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi di sini pada Jumaat.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang baru pulang dari sebuah sekolah kebangsaan dihantar ke tadika tersebut sebelum pergi ke Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
Terlanggar Mangsa Melintas
Menurutnya, selepas selesai menurunkan kesemua pelajar, van sekolah dipandu wanita tempatan berusia 31 tahun itu bergerak ke hadapan dan terlanggar mangsa yang pada masa sama sedang melintas.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke unit kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang semasa menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu van berkenaan sedang dirakam percakapan dan siasatan sedang dijalankan,” ujarnya.
Mingguan Wanita: Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Adik Nur Alisha Safia atas insiden ini. Pengajaran juga buat pemandu bas/van sekolah agar lebih berhati-hati sebelum bergerak. Perlu juga disediakan seorang pembantu untuk turunkan anak-anak semasa mereka turun dari kenderaan.
Adakalanya kita perlu melakukan pengorbanan, berhijrah ke tempat baru untuk memiliki kehidupan dan rezeki yang lebih baik.Agak lama tidak mendengar berita dan perkembangan terkini bekas ahli kumpulan nasyid popular In-Team, Suhaimi Saad,38. Rupa-rupanya sudah setahun, penyanyi nasyid ini berhijrah bersama keluarga tersayang dan menetap di Kota Bharu, Kelantan.
Suhaimi berkata, dia dan isteri, Ina Naim atau sebenarnya Nordiana Md Naim, 34, mengambil keputusan untuk berpindah dan tinggal di negeri Cik Siti Wan Kembang itu sejak setahun lalu.
Tuntutan Kerjaya & Demi Anak
Katanya, keputusan dibuat selepas perbincangan dengan Ina yang bersetuju berpindah kerana tuntutan kerjaya dan juga berada lebih dekat dengan dua putera mereka, Ehmad Hadie El Fardie, 10 dan Sallman El Khoyri,8, yang kini sedang menuntut di sebuah pusat tahfiz di Bachok, Kelantan.
“Segala-galanya bermula apabila saya kerap mendapat undangan daripada Kelantan dan Terengganu. Kami sering berulang alik dari Kuala Lumpur ke dua negeri itu untuk membuat persembahan, dari situ timbul ideal pindah ke Kelantan.
“Kebetulan juga, dua anak memang sedang belajar di Bachok, jadi masa saya suarakan hasrat untuk pindah tinggal di Kelantan, Ina terus setuju atas sebab dua daripada empat anak kami itu berada di sini,” katanya.
Rezeki Semakin Melimpah
Kata Suhaimi atau nama sebenarnya Mohd Suhaimi Saad yang sudah 10 tahun bergerak secara solo daripada kumpulan In-Team itu, rezeki selepas hijrah semakin melimpah apabila berterusan mendapat undangan dan jemputan mengadakan persembahan di serata negeri Kelantan dan Terengganu.
Dalam tempoh itu, penyanyi berusia 35 tahun ini sudah menghasilkan empat album solo iaitu Kias Cinta (2006), Kalamak (2008), Zikir Selawat dan Doa (2013) serta Maksud Hidup (2015). Terbaru Suhaimi bakal mengadakan Konsert Reuniteam 2018 anjuran Karya Mosus pertama kali pada 14 September nanti.
Pasangan bahagia ini telah 11 tahun mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dengan 4 orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie,10 Sallman Elkhoyri,8, Phyrosh Elfadwah,6 dan Nur Layla Elghufrony,4.
Mingguan Wanita mendoakan selamat maju jaya buat Suhaimi Saad ditempat baru. semoga bertambah dimurahkan rezeki dalam kehidupan bersama keluarga tersayang.
Tersentuh dengan perkongsian pelakon Diana Rafar ini. Rumahnya didatangi seorang wanita yang mahu memeluk Islam. Malah, sewaktu melafazkan syahadah, Diana Rafar sendiri yang mengajarkan wanita berkenaan.
Menerusi IG story Diana, beliau memanggil wanita yang sudah memeluk agama Islam itu sebagai Aisyah.
Sebagaimana yang dikongsikan di muftiwp.gov.my mengislamkan seseorang merupakan satu pekerjaan yang mulia. Malah, pekerjaan sebegini juga merupakan pekerjaan para nabi dan rasul.
Iaitu membawa manusia ke jalan hidayah. Ianya juga menunjukkan cara melaksanakan salah satu daripada sifat wajib bagi nabi atau rasul iaitu menyampaikan.
Allah Hadirkan Seorang Bidadari Ingin Memeluk Islam
Tentunya apa yang dilalui Diana dan wanita itu hari ini, memberi kesan mendalam buat kedua-duanya. Lagi pula, hari ini merupakan hari Maal Hijrah iaitu satu detik pengakhiran dan permulaan tahun baru Islam.
Menurut Diana, “#bismillahirrahmanirrahim Mashaallah Jumaat Yang Berkat Allah hadir kan seorang Bidadari ke rumah yang ingin memeluk Islam..
subhanallah Allahhuakbar doakan sahabat Islam baru kita istiqomah terus ke syurga Allah…. Amin ya Allah Amin
Menerusi perkongsian video instagramnya kelihatan Diana sedang mengajarkan wanita bernama Aisyah ini mengucap dua kalimah syahadah.
Shuhada tidak bersalah. Pelbagai dugaan yang melanda diri isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Terbaru dia mengesahkan tidak bersalah atas dakwaan suaminya bahawa dia sengaja menggugurkan kandungan anak ketiga mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Shuhada berasa sangat bersyukur apabila siasatan polis terhadap kes itu selesai.
“Hasbunallah wanikmal wakeel 🤍🥹🤲🏻 Shu tahu, nikmat di depan ni manis sangat sangat Allahuakbar, sama sama nanti senyum dengan Shu ye 😘🤍” itulah antara bait ayat yang dikongsikan oleh Shuhada untuk tatapan pengikutnya di laman sosial.
Shuhada Tidak Bersalah
Malah dia juga menyatakan rasa kesyukuran dek keran siasatan polis terhadap perkara itu sudah selesai dan tidak ada sebarang pertuduhan terhadapnya.
Perkara itu juga membuktikan segala tuduhan Hafidz terhadapnya adalah tidak benar.
“Alhamdulilah. Siasatan dah selesai. Tak ada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap saya untuk isu keguguran ni. Biasanya orang buat laporan tujuannya hendak polis ambil tindakan dan tangkap.
“Bila tak ada kes, maknanya tuduhan Hafidz kata saya tak jaga baik-baik (kandungan) dan konon-konon sengaja adalah tak betul dan tak tepat.
“Bukan takat satu laporan, lebih. Entah apa niatnya? Saya ni dah sampai tahap reda saja.
“Tak apa. Ada laporan doktor yang saya keguguran akibat tekanan. Saya ada bukti laporan perubatan keadaan saya dan macam situasi yang dia letakkan sebabkan saya alami tekanan. Biar bukti yang sokong saya dan bukan skrip yang dia reka,” tulis Shuhada.
Hafiz Buat Laporan
Sebelum ini Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima dua laporan daripada Hafidz berhubung dakwaan keguguran kandunganShuhada pada April lalu.
Hafidz membuat laporan pada 17 April dan 6 Mei lalu dan mendakwa menerima mesej WhatsApp daripada Shuhada yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.
Shuhada Punya Bukti Kukuh
Shuhada pula mendakwa dia mempunyai bukti kukuh iaitu laporan doktor yang mengesahkan keguguran yang dialaminya itu disebabkan oleh tekanan.
Seperti yang diketahui ramai sebelum ini, Hafidz Shuhada hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam untuk sebutan pengesahan lafaz cerai tetapi ia ditangguhkan ke 20 Jun depan.
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...