Setiap perkahwinan yang dibina, sebolehnya ingin kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Tak dinafikan, dalam tempoh layari hidup bersama pasti ada gelombangnya. Kalau boleh, baik isteri mahu suami akan pertahankan rumahtangga sedaya yang mampu.

Semua ini kerana sayang. Sayang demi memikirkan anak dan keluarga sehinggakan sanggup pertahankan rumahtangga dan berharap agak suatu hari nanti akan kembalikan kebahagiaan itu.

Biasanya, kalau pertahankan rumahtangga, isterilah yang banyak berkorban. Sanggup lakukan yang terbaik untuk pasangan, walaupun mungkin pasangan hanya melihat sebelah mata.

Inilah antara pandangan daripada Firdaus Shakirin tentang sebab isteri sanggup pertahankan rumahtangga dan perkahwinan yang dibina itu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Jangan BANGGA Isteri Bertahan, Dia KEKAL Kerana Kau AYAH Kepada Anaknya

Isteri Berleter Itu Normal, Tapi Kalau Dia Diam, Lagi BAHAYA, Suami Kena Tahu

Info Lebih Menarik DI SINI

Pertahankan Rumahtangga – 5 Sebab

Ada 5 sebab kenapa isteri selalu berjuang untuk mempertahankan perkahwinan :

1. Org perempuan ni, kalau boleh sekali kahwin sudah cukup dan biarlah perkahwinan itu kekal sehingga maut yang memisahkan.

Sebelum dia pilih lelaki itu jadi pasangan hidupnya, dia sudah fikir masak-masak, berulangkali dan baik buruk selepas dia buat keputusan untuk jadikan lelaki itu teman hidupnya. Dia kena hadapi, terima, tabah dan kena redha, itulah pilihan dia dan dia harap pilihannya itu tidak menyakiti dia, mengecewakan dia dan membuatkan dia terluka.

Andai terjadi sebaliknya, maka masa itu, dia akan menilai semula. Kebiasaannya, dia akan bagi peluang dan tempoh masa yang panajng sebelum dia buat pilihan yang baru.

IKLAN

2. Kalau sudah sayang, bukan senang nak benci dan pergi

Standard orang perempuan, kalau sayang, dia sayang sungguh-sungguh dan kalau bendi, maka nothing can make her happy, Bila dia sayang pasangannya, maka dia akan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk pasangannya.

Ada jugak yang sampai dah tak fikir diri sendiri, hanya fikir pasangan sahaja. Hidup dia macam untuk orang yang dia sayang sahaja.

Pe’el orang perempuan, fitrah orang perempuan, susah nak hilangkan perasaan sayang bila sudah sayang. Nak berpaling ketika hati masih sayang itu bukan senan. Dia boleh sengaja tenangkan perasaan dia, letak harapan dan fikir yang baik-baik hanya kerana masih sayang.

Selagi dia masih ada perasaan terhadap pasangannya, maka Insya Allah dia tak akan pergi.

3. Nak tukar pasangan hidup untuk orang perempuan ini tak mudah.

Ketika nak tukar pasangan hidup atau terima pasangan baru, mungkin dia dah ada 2,3 orang anak. Ramai lelaki yang mungkin boleh terima dia jadi pasangan dia tapi dalam ramai-ramai, berapa pula yang boleh terima anak-anak dia, jadi ayah yang baik untuk anak-anak dia.

Atas alasan itu, adakalanya mereka memilih untuk meletakkan diri mereka dalam penderitaan asalkan anak-anak masih dengan ayah kandung mereka walaupun ayah kandung mereka itu tidak memperlakukan dan melayan ibu mereka sebaik yang ibu mereka inginkan.

IKLAN

4. Sentiasa berharap.

Makhluk yang banyak berharap ialah orang perempuan. Berharap untuk perkara yang baik-baik, untuk kehidupan yang tenang dan tenteram, berharap untuk sebuah kebahagiaan dan perubahan yang lebih baik. Tak pernah lekang untuk berharap dan tak pernah putus asa untuk berharap.

Berharap dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah s.w.t. Dalam menunggu Allah memakbulkan apa yang diminta, dia akan bersabar untuk seberapa banyak yang dia boleh terima.

5. Dia dah buat yang terbaik, maka dia ada hak untuk bertahan.

Dia dah all out sepanjang perkahwinan, bebanan yang ditanggung adakalanya melebihi bebanan pasangannya. Sebut apa yang dia tak buat dalam tempoh perkahwinan itu, semua dia dah buat dan korbankan.

Apa yang pasangan nak, semua dia dah tunaikan, jalankan kewajipan dia dengan cukup baik, walaupun tak sesempurna orang lain. Sekurangnya dia dah buat sedaya upaya yang dia ada.

Untuk sebab inilah, tak akan dengan semudahnya dia berputus asa untuk perkahwinan dia? Tak akan dengan sesenangnya dia nak membiarkan hubungan itu hancur? Mempertahankan itu perlu, berjuang untuk hubungan itu juga perlu.

IKLAN

Cukup sekadar “jika diperlukan”. Andai dah tak lagi diperlukan, maka tiada apa yang perlu dia perjuang dan pertahankan. Dirinya dah tak lagi diinginkan pasangan, maka dia kena terima hakikat bahawa dia perlu pergi walaupun dia tak ingin pun untuk pergi.

Renung renungkan…

MW: Betul apa yang dikatakan itu Wahai suami, jangan sia-siakan isteri yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan.

Sumber: Firdaus Shakirin

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita