Alahan ketika mengandung seringkali dikaitkan dengan rasa loya dan muntah-muntah. Tetapi setiap orang berbeza alahanya, ada yang tidak boleh rumah bersepah, ada wanita hamil yang lain pula tidak boleh hidu bau wangi.

Sesetengah lelaki menganggap alahan yang dilalui wanita sengaja dibuat-buat dan mengada-ngada, tetapi percayalah memang benar wujud alahan kerana pembawakan “budak”.

Bagi Puan Nor Sahira II, alahan atau “pembawakan” yang dialaminya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main kerana dia sendiri pada awalnya terkejut dengan perubahan wajah. Mukanya berubah seakan orang tua bila muka membengkak, sembab, berkedut dan hitam. Tetapi suaminya tetap katakan dia cantik untuk sedapkan hati isteri.

Ikuti perkongsian Nur Sahira II ini:

Maaf terlalu banyak yang private message tentang gambar yang saya up dekat story (facebook). Saya jawab dekat sini ya. Tak larat rasanya hendak balas satu-persatu.

IKLAN

Rasa Terkejut Dengan Perubahan

Muka saya berubah teruk ketika mengandung tiga bulan anak ketiga saya ini. Muka saya sedikit demi sedikit membengkak, sembab, berkedut dan hitam. Awak semua terkejut. Saya berlipat-kali ganda rasa terkejut .

Tidak pernah pembawakan budak seteruk ini. Masa mengandung, hari-hari stres, hendak berdepan dengan orang ramai. Saya cuma mampu senyum, tetapi dalam hati, hancur lebur.

Kerana PEMBAWAKAN Wajah Berubah Macam Orang TUA, Suami TETAP Puji Cantik 
Bulan ketiga kehamilan, wajah mula membengkak, berkedut & hitam.

Jelasnya, wajah mula berubah apabila usia kandungan memasuki bukan ketiga. Jika orang lain pelik melihat perubahan wajahnya. Dia apatah lagi, kerana sebelum ini tidak pernah melalui pembawakan sebegini teruk kerana ini bukanlah kelahiran pertama tetapi kelahiran ketiga.

IKLAN
Kerana PEMBAWAKAN Wajah Berubah Macam Orang TUA, Suami TETAP Puji Cantik 
Nor Sahira juga terkejut dengan perubahan yang berlaku.

Tapi selepas bersalin, sikit demi sidikit semuanya hilang. Bengkak mula surut, hidung yang besar mulai elok, kulit makin cerah . Jangan tanya saya pakai produk apa. Saya tak pakai apa-apa. Ya ramai yang kata, terlalu berbeza wajah saya. Macam orang tua, macam nenek, saya tak boleh menidakkan. Sebab memang itulah yang terjadi pada saya.

Kerana PEMBAWAKAN Wajah Berubah Macam Orang TUA, Suami TETAP Puji Cantik 
Alhamdulillah selepas bersalin, semuanya beransur baik tanpa mengenakan sebarang ubat.

Ternyata, Allah Maha Adil. Setelah melahirkan anak wajah Nor Sahira kembali kepada asal. Bengkak mulai surut dan wajah kembali normal. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah kuasa Allah, dia sendiri menjelaskan tidak menggunakan apa-apa produk khusus untuk memulihkan wajahnya.

Alhamdulilah. Syukur ke hadrat ilahi. Segalanya sudah back to normal. Terima kasih pada suami Pendekar Laut yang sentiasa memuji saya cantik, walaupun saya tahu sebaliknya. Dia tetap hendak sedapkan hati isteri dia.

IKLAN

Nor Sahira merupakan salah seorang isteri yang bertuah dikurniakan suami yang memahami dan sentiasa memberi sokongan padanya sepanjang kehamilan. Bukan semua lelaki dapat menerima perubahan mendadak yang berlaku pada isteri, apatah lagi perubahan besar sebegini.

Dalam masa yang sama, ramai netizen mengucapkan syukur apabila keadaan Nor Sahira kembali pulih dan anaknya juga selamat dilahirkan. Rata-rata netizen memberi sokongan padanya.

Sumber: Nor Sahira II

MW: Semoga perkongsian dapat membuatkan suami di luar sana sedar betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Bagaimana peritnya mengandung, alami alahan dan kemudian melalui fasa melahirkan. Bukan mudah, jadi hargailah isteri yang menjadi ibu kepada anak-anak kalian. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI