Sedangkan hilang RM100 pun dah rasa ralatnya macam mana, inikan pula cerita hilang duit sejumlah RM100,000 dalam sekelip mata. Dan ketika itu, dirinya masih bergelar mahasiswa. Namun, inilah kisah benar yang dialami Nur Aliah Mohd Nor ketika mula-mula berkecimpung dalam perniagaan.
Dan, akhirnya berbekalkan 10 dinar emas terakhir yang ada di tangan, akhirnya menyelamatkannya dari terus jatuh terduduk. Bagaimana gadis muda ini mampu bangkit kembali. Ikuti kisahnya.
Kerana Percaya Kawan, Sekelip Mata Hilang RM100,00
Ni gambar Lia masa baru hilang RM100,000. Teruk juga Lia menangis masa tu.
Tak ramai tahu kisah Lia pernah hilang sampai RM100 ribu sedebuk cash sebelum ni. Ramai orang tahu kisah anak muda berjaya beli outlet berharga RM1.2 juta pada umur 24 tahun je tapi tak ramai tahu gadis ni la juga yang pernah menderita dan hampir bangkrap suatu ketika dahulu!
Dah ready nak tahu cerita Lia hilang RM100,000 sedebuk cash suatu ketika dahulu?
Semasa awal Lia mulakan bisnes, parents Lia antara orang yang paling support Lia. Antara nasihat mahal yang Lia tak akan lupakan mereka bagitahu waktu bisnes tengah naik cepat-cepat asingkan terus 50% dari duit bisnes jadikan sebagai simpanan.
Alhamdulillah bisnes Lia ketika itu naik dengan sangat cepat. Student mana yang tak ‘culture shock’ dulunya selalu tak cukup duit tapi sekarang waktu belajar boleh pegang duit dengan banyak dan siap boleh bagi duit bulanan RM500 dekat parents!
Ads
Namun, semuanya berubah ke 0 apabila Lia di tipu RM100 ribu ringgit dalam sekelip mata je oleh kawan Lia sendiri! Masa tu semua benda dah Lia gadai.
Duit dalam akaun bank bisnes dah kosong! Nak rolling duit restock Dexandra pon tak ada! Sehinggakan ranking Lia dalam Dexandra jatuh dari top 10 ke no 50 lebih.
Semuanya kerana Lia percaya pada kawan Lia kerana dia tengah susah dan perlukan duit untuk jalankan bisnes dia. Niat Lia ikhlas nak bantu dia. Tetapi akhirnya bisnes tak jalan dan orangnya pon hilang.
Kerana 10 Dinar Emas Yang Ada Di Tangan
Tapi Lia bersyukur, sewaktu Lia betul-betul susah, Lia langsung tak sentuh duit dalam akaun bank simpanan. Sebab bagi Lia duit dalam akaun simpanan tu once kita dah simpan, kita kena lupakan. Jangan usik langsung.
Jadi macam mana Lia bangkit semula dalam Dexandra sebabnya waktu itu Lia ada pegang fizikal emas 10 dinar yang nilainya ketika itu RM8,000 lebih. Lia pajak 10 dinar itu dan duit itu Lia jadikan modal untuk restock Dexandra semula.
Ads
Dengan betul-betul takawal kepada Allah SWT, Lia kembali bangkit dan bersemangat! Lia bersihkan hati Lia, Lia berbisik dan berdoa semoga Allah keluarkan Lia daripada ujian yang dasyat ini. Di sampung itu Lia juga memaafkan orang yang berhutang dengan Lia itu seikhlasnya, dan Lia redha atas segala yang terjadi.
Rupanya Allah dengar doa dan Allah nampak usaha Lia. Dalam sekelip mata saja ranking Lia dalam stokis Dexandra yang dah jatuh teruk jadi 50 lebih tiba-tiba naik mendadak menjadi Top Three (3) Stokis Dexandra!
Masa itu baru la Lia faham. Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari sebab Allah nak turunkan hujan. Syukur Alhamdulillah pada December 2016 Lia dapat tiket menunaikan umrah secara percuma bersama dengan mama dan papa Lia hasil achievement Lia dalam Dexandra!
Mohon Betul-betul Agar Diberikan Kekuatan BERSABAR
Kawan-kawan,
Ads
Ujian yang hebat untuk orang hebat. Tapi untuk jadi orang yang hebat kuncinya ialah banyakkan BERSABAR.
Jujurnya ada doa untuk mendapatkan kekuatan bersabar. Lia dulu selalu baca doa ini untuk teruskan perjuangan dalam bisnes. InshaAllah dengan doa ini kita akan dikurniakan kekuatan untuk bersabar.
رَبَّنَآ أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَتَوَفَّنَا مُسْلِمِينَ
“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)”.
(Quran Al-A’raf 7:126)
Nota : Next post dalam episode unleashed ni Lia nak kongsikan pula macam mana Lia bangkit dengan cepat dalam bisnes.
Semoga perkongsian Lia ini memberi inspirasi kepada anda semua. Silakan #share dengan bahagia.
Jom dapatkan ilmu mahal dan info kewangan yang terkini di sini. Ada 32 ribu orang dalam tu. Klik sini sekarang : https://t.me/nuraliahmohdnor
Sumber/Foto : Nur Aliah Mohd Nor*Artikel diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lafaz taklik cerai isteri talak 3 tak boleh ditarik balik, jangan libatkan maruah isteri nasihat Menteri Agama. Lafaz taklik seorang individu yang mahu menceraikan isterinya talak tiga sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan masih bertahan hingga Ogos yang pernah tular sebelum ini oleh seorang individu, Mansor Ali yang kemudian mendakwa akaun facebooknya di hack tidak boleh ditarik balik.
Lafaz Taklik Cerai Isteri Talak 3 Tak Boleh Ditarik Balik
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, dari sudut hukum, apa-apa pun taklik tidak boleh ditarik balik apabila telah dilafazkan.
Katanya, di bawah peruntukan undang-undang jelas menggariskan bahawa mana-mana permohonan untuk mengesahkan taklik perlu difailkan di mahkamah syariah kerana ia diperuntukkan dalam enakmen semua negeri.
“Jadi dinasihatkan kepada isteri atau suami terbabit untuk memfailkan permohonan di mahkamah bagi mengesahkan penceraian tersebut.
“Hanya hakim syarie di mana pasangan terbabit bermastautin sahaja yang boleh menentukan sama ada taklik tersebut jatuh ataupun tidak,” katanya menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook beliau pada Jumaat.
Memetik laporan Sinar Harian, Mohd Na’im berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perbuatan seorang lelaki pada Februari lalu yang memaklumkan dia bertaklik menceraikan isterinya talak tiga jika Perdana Menteri dan kerajaan tidak bertukar pada Ogos.
Isu itu tular di media sosial dan menjadi persoalan ramai sama ada sama ada talak jatuh atau sebaliknya selepas berakhirnya bulan Ogos.
Jangan Libatkan Maruah Isteri Nasihat Menteri Agama
Mengulas lanjut, beliau menjelaskan, apabila taklik dikaitkan dengan penceraian dengan talak tiga kepada seorang isteri, ia perkara yang amat tidak bertanggungjawab kerana isteri tidak boleh dijadikan objek atau pertukaran kepada sesuatu taklik.
“Isteri sepatutnya dinaikkan martabat. Islam sendiri telah menaikkan taraf seorang isteri dan wanita,” tambahnya.
Sehubungan itu, Mohd Na’im menasihatkan agar golongan suami perlu bertanggungjawab dengan tidak melibatkan maruah isteri dalam lafaz jika melafazkan taklik.
“Yang kedua, kalau nak mengesahkan sesuatu lafaz sama ada jatuh atau tidak jangan rujuk kepada pihak yang ketiga.
“Yang boleh menentukan sama ada lafaz itu jatuh atau tidak adalah hakim mahkamah syariah di mana pasangan itu bermastautin,” ujarnya.
Ramai yang beranggapan amalan mandi bunga hanyalah untuk bertemu jodoh atau membuang ‘malang’ di dalam diri. Sebenarnya, banyak lagi fungsi dan kebaikan mandi bunga yang perlu kita tahu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah apa yang dikatakan oleh selebriti Yatt Hamzah dimana tak terbayang lalui Ramadan tanpa terawih di Masjid.
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun facebook HARYATI HAMZAH – YATT beliau menerusi statusnya menyatakan;
Tak Apa Tanpa Bazaar
“Tak apalah jika Ramadhan tanpa bazaar. Tapi janganlah tanpa Terawih di masjid. Tak terbayang Ramadhan tahun ini tanpa kemeriahan Tarawih di masjid2. Ya Allah rezekikanlah kami berjumpa ramadan lagi dalam keadaan selamat dan sejahtera.”
Marilah Sama-sama kita berdoa agar COVID-19 berakhir dengan segera.
Sumber Foto: facebook HARYATI HAMZAH – YATT
Hidupkan Ramadan Dari Sekarang
Yatt Hamzah juga turut mencoretkan dalam suasana hari ini marilah bersama-sama kita membuat persiapan awal Ramadan dari rumah.
“Ramadhan kurang dr 23 hari lg. Jomlah kita buat persiapan. Kita hidupkan Ramadhan tahun ini dr sekarang.. Buat persiapan awal dr rumah je ok. Menghidupkan suasana Ramadhan di rumah.
“Mood Ramadhan perlu dicari dan dibina. Jika kita bersiap- siap untuk Hari Raya dengan penuh semangat dan teliti, Ramadhan seharusnya lebih lagi.
“Kongsikan hadis-hadis atau ayat al-Quran berkaitan Ramadhan sesama isi rumah. Menceritakan isi-isi buku berkaitan Ramadhan yang dibaca. Membeli atau membasuh sejadah, pakaian solat seperti telekung dan kain pelikat bagi menaikkan semangat.
Gunakan al-Qur’an yang paling digemari. Mainkan lagu-lagu berkaitan Ramadhan dan ayat-ayat al-Quran di rumah. Buat jadi ringtone ke. Hee… Letak al-Quran dan buku-buku bertemakan Ramadhan di setiap sudut rumah iaitu kawasan-kawasan yang paling selalu diduduki. Rancang ingin berbuka dan berterawih di masjid mana nanti ketika Ramadhan nanti jika ada rezeki kita ya.. Aameen..
Dua sudah lahir. “Kelahiran berselang bayi kembar empat, doktor tangguhkan elak komplikasi.” Perkara ini dikatakan jarang berlaku dalam sejarah kelahiran dunia.
Bayi kembar empat ini dilahirkan secara berasingan di mana dua daripadanya sudah selamat dilahirkan dan lagi dua bayi masih dalam kandungan ibunya.
Dua Sudah Lahir
Dua sudah lahir, dua lagi masih dalam kandungan.
Itu yang berlaku kepada seorang wanita China yang hamil kembar empat, namun sudah melahirkan dua bayi lelaki pramatang, masing-masing pada hari yang berbeza.
Bayi pertama dilahirkan 22 Mac di Hospital Qilu Universiti Shandong di Jinan, wilayah Shandong, timur China, selepas mengandung selama 25 minggu dan enam hari, lapor portal berita dzwww.com.
Empat hari kemudian, wanita itu melahirkan seorang lagi bayi.
Dua bayi itu diletakkan di dalam inkubator.
Doktor berusaha menangguhkan kelahiran dua lagi bayinya untuk mengelakkan komplikasi yang mungkin berlaku terhadap bayi pramatang, kata Ma Yuyan, seorang doktor dari hospital itu.
“Dua bayi pertama dilahirkan sangat awal. Jika keempat-empat bayi dilahirkan pada masa itu, mereka akan mengalami banyak komplikasi dan agak berisiko untuk mereka semua untuk terus hidup,” katanya.
Doktor Tangguhkan Elak Komplikasi
Bapa kepada bayi berkenaan, yang dikenali sebagai Chu berkata, dua bayinya berada di dalam inkubator dan dia belum berpeluang melihat mereka.
Katanya, dia mengurut kaki isterinya selama setengah jam setiap hari kerana kaki isterinya bengkak akibat mengandung.
“Isteri saya menanggung kesusahan yang paling teruk. Saya berterima kasih kepadanya,” kata Chu.
Chu berkata isterinya yang berusia 22 tahun pada mulanya diberitahu hamil kembar tiga kerana janin keempat tidak dilihat semasa pemeriksaan.
Pasangan terbabit berasal dari kawasan pedalaman Jining di Shandong.
Keluarga itu mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak 5,000 yuan (AS$786 atau kira-kira RM3,310.63) sebulan. Ia diperoleh Chu sebagai pekerja di sebuah syarikat logistik.
Kelahiran berselang jarang berlaku di China dan di seluruh dunia.
Pada 2017, seorang wanita di Yichang, Hubei, tengah China, melahirkan bayi lelaki enam hari lebih awal daripada dua kembarnya.
Mingguan Wanita : Semoga ibu dan bayi-bayi ini sihat dan selamat dilahirkan kesemuanya. Bukan mudah melalui proses kelahiran anak kembar.
Kucing dipukul & disumbat dalam longkang tanpa sebab, wanita kongsi "manis" jadi mangsa jiran benci kucing. Tular di media sosial, seekor kucing bernama "Manis"...