Bayam Brazil banyak khasiatnya. Boleh dibuat ulam makan begitu saja, ditumis, masak lemak dan sebagainya. Kalau dekat rumah mak-mak ada tanam bayam brazil, rupanya boleh juga dibuat kerabu juga, campur mangga muda.Memang sedap sangat. Nak buat kerabu ni pun mudah je. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nabila Humairaini.
“Pergi rumah kakak, kakak buat Kerabu Bayam Brazil.Ya ampun sedap ya amattt. Disebabkan ramai tanya resepi, ni kakak saya buat.Resepi dia bagi ni ye”
Kerabu Bayam Brazil Mangga Muda
Bahan-Bahan:
Bayam Brazil
Mangga Muda
Cili Padi
Bawang Merah
Gula (ikut rasa)
Air Limau Nipis
Asam Boi dihiris atau disagat (jangan ambil bijinya, risau lekat kat kerongkong)
Kerisik (paling penting)
Lebihkan sikit ikan bilis digoreng garing (ditabur lepas gaul).
Bunga Kantan sebagai penyedap dan nak bau wangi.
Kuantiti bahan ikut sesedap rasa.
MW: Memang sedap dan mudah sangat nak buat Kerabu Bayam Brazil ni. Apatah lagi dicampur dengan hirisan mangga muda. Memang membuka selera. Kena cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sambal Kacang garing macam ni memang sedap dijadikan kudapan sambil menonton TV.Apatah lagi gabungan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan kacang tanah dengan sambal pedas manis, memang tak sedar boleh habis sebekas!
Jika dibeli boleh tahan juga harganya, malah tak puas makan. Elok kita buat sendiri je di rumah. Ada caranya untuk pastikan sambal kacang garing ni kekal rangup. Kena tunggu cili betul-betul sejuk dahulu barulah digaul rata.
Nak tahu lebih lanjut nak buat Sambal Kacang Garing Rangup ni boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Masfaliza Ab Jaafersebagai rujukan;
Janji pasti ditepati. Sambal kacang garing by CikAyu.Selamat mencuba semua. Boleh buat untuk makan keluarga atau juga untuk hasil jualan. CikAyu halalkan resepi ini dunia akhirat, semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dirahmati olehNya.
Cili kering (cili kerinting dicampur dgn cili besar untuk mengurangkan rasa pedas cili)
2 sudu gula halus
2 kiub ikan bilis
Minyak Masak secukupnya
Cara Membuat:
1.Goreng kacang dengan sedikit minyak. Goreng sehingga kacang bunyi meletup-letup. Itu tanda kacang dah hampir masak ya. Letak sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak kacang goreng ini.
2. Kemudian goreng bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga garing dan gaul rata semuanya.
3. Gunting buang biji cili kering, basuh dan toskan ia. Kemudian jemur sehingga cili betul-betul kering.
4. Kemudian goreng cili kering ini dengan sedikit minyak dengan menggunakan api yang kecil. Goreng sehingga cili menjadi rapuh dan garing.
5. Selepas itu, masukkan cili ke dalam food processor @ chopper @ blender kering. Masukkan gula halus. Blend cili.
6. Ini hasilnya selepas diblend.
7. Kemudian, panaskan sedikit minyak di dalam kuali yang sama.
8. Masukkan kiub ikan bilis. Masak hingga kiub cair dan berbuih-buih.
9. Masukkan cili yang dikisar tadi ke dalam kuali. Masak dengan menggunakan api yang perlahan. Masak hingga sedikit kering dan tutup api. Tunggu sehingga betul-betul sejuk.
10. Masukkan cili ke dalam dulang yang 3 bahan utama tadi dan digaul rata.
11. Tada… dah siap sambal kacang garing kita. Masukkan kacang ke dalam bekas kedap udara.
Selalunya bila beli buah limau kasturi dalam kuantiti banyak yang telah siap dibungkus.Padahal kita nak gunakan sedikit je.Akibatnya baki limau kasturi tu terbiar serta mudah jadi busuk dan rosak. Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh simpan buah limau kasturi ini agar tahan lama dan mudah digunakan nanti. Malah menjimatkan serta tak membazir!
Boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Fatimah Abas sebagai panduan;
“Selalunya sekali beli buah limau kasturi ni banyak sebab dah siap berbungkus dikedai..nak gunanya cuma sebiji dua, baki tuu kalau biarkan lama dalam peti ais jadi kering atau busuk..supaya ianya tahan lama dan mudah diguna bila bila masa untuk masak atau buat air anda boleh simpannya seperti cara ni..moga bermanafaat!” #jimatsangat
Bahan-Bahan Diperlukan:
Limau Kasturi
Penapis Air
Bekas Kiub Ais
Cawan
Sudu
Cara-Caranya:
1.Potong dua limau kasturi. Pastikan potong secara melintang, lawan urat bagi memudahkan nak perah nanti.
2.Perahkan jus limaunya, gunakan penapis kopi pun boleh.
3.Perahkan dalam cawan.
4.Sudukan ke dalam bekas kiub ais.
5.Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman.Supaya betul-betul beku.
6.Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas.Bila nak guna dah senang tinggal ambil seketul dua yang perlu untuk masak.
Info Ekstra!
Nak guna untuk buat teh O limau pun senang.Masuk je 2, 3 ketul dalam teko.
Nak buat sambal belacan pun mudah campurkan je seketul dua,dah siap dan jimat masa.
Menarik sungguh tips ni, memudahkan kerja malah menjimatkan belanja dapur mak-mak. Tak de lah membazir, buah limau kasturinya rosak dan terbiar busuk dalam peti sejuk. Malah paling penting bebas daripada bahan pengawet, hanya pati jus limau kasturi semulajadi semata-mata!.
Kalau nak cerita pasal resepi cekodok pisang tu, macam ramai yang dah tahu apa bahan dan macam mana nak buat.
Tetapi anda berjaya tak hasilkan bentuk cekodok pisang tu bulat-bulat comel macam ini?
Haaa… inilah rahsianya, Puan Norlela Abdul Lahak sudi kongsikan dengan pembaca lain untuk anda cuba buat sendiri di rumah.
Nah, jemput godek!
Bahan-bahan Buat Cekodok Pisang:
1 kg tepung gandum
1 kg pisang masak ranum*
3 cawan gula*(boleh kurangkan)
2 sb soda bikarbonat
1 sb garam*
Air secukupnya.
Minyak masak untuk menggoreng
Cara-cara:
Masukkan soda dalam tepung dan gaul rata, ketepikan.
Blend bahan yang bertanda bintang.
Kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam tepung, gaul sebati. Bancuhan macam buat cokodok biasa.
Jangan terlalu cair. Masak dalam minyak yang betul-betul panas. Guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali.
Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!