Menjadi tanggungjawab suami untuk memberi nafkah dan keperluan belanja dapur but keluarga. Namun ada sesetengah suami yang cukup berkira terutamanya bila isteri membeli dan mencukupkan keperluan barangan dapur ini. Malah sering juga terjadi, suami tanpa rasa segan silu ‘mengaibkan’ isteri, marah di depan orang ramai sebab mengeluh perkara ini. Mungkin suami tak sedar bahawa belanja yang dikeluarkan untuk keluarga, sebenarnya Allah akan datangkan rezeki yang tak disangka.

Baca kisah perkongsian oleh Muhammad Hassan ini sebagai panduan;

Bila tengok isteri kena marah kat suami depan orang ramai ni rasa sedih sangat. Tak sanggup tengok wajah seorang isteri kena marah. Entahlah. Selalu jumpa situasi begini. Isteri dijadikan seperti budak-budak yang tiada perasaan.

Tadi saya beratur nak bayar beli barang keperluan sedikit di mini pasar raya area Sri petaling. Bila Isteri kena marah depan kaunter ketika nak bayar, diri sendiri terasa malu. Malu kita sebagai suami tak patut buat begitu. Walaupun tidak kuat, namun cashier dan saya dengar isteri kena marah.

“Beli barang apa ni banyak-banyak? Tak membazir ke? Bukan itu hari dah beli ke? Aduh.. macam-macamlah”. Keluh suami sambil hulurkan debit card.

Kadang-kadang suami ini tak faham. Perlu di ingatkan, boleh dikatakan isteri beli keperluan dapur, rumah ini 100% untuk penghuni dalam rumah tersebut. Jika ada pun terselit dua tiga item keperluan peribadi dia.

Hal Keperluan Dapur Tak Usah Berkira

Jika ada beli kudapan, suami juga yang mentedarah sambil layan tv atau hp. Hal keperluan dapur ini tidak usahlah berkira, tak usahlah mengeluh. Lebih-lebih lagi kita suami jenis langsung tak ambil tahu hal ehwal dapur.

IKLAN

Beras dah nak habis ke, bawang tinggal beberapa ulas ke, tong gas dah ringan, sabun pencuci dah nak habis bukan kita ambil tahu pun. 100% terletak pada bahu isteri. Sehinggakan keperluan peribadi kita, isteri ambil tahu.

Keperluan Dapur Usahlah BERKIRA, Belanja Keluarga Allah Datangkan Rezeki Tak Disangka!

Jaga Aib Isteri

Jika nak sangat marah isteri, tahan marah tu. Biarlah masuk dalam kereta dahulu. Dalam kereta nanti gasaklah nak bebel sampai rumah. Jagalah aib isteri ditempat awam. Sedangkan anak kita malu apabila di marahi depan adik beradik, inikan pula isteri yang jaga segala pakai, makan minum kita.

IKLAN

Abang-abang juga nasihat ini untuk diri saya. Isteri kita ini banyak pengorbanan dia. Tak terhitung bang. Tak terbayar dengan wang ringgit. Dialah mak kepada anak-anak kita, dia besarkan anak-anak saat kita keluar mencari rezeki. 24 jam dia khidmat untuk kita. Dialah sayap kiri kita.

Bahagiakan Hati Isteri

Pernah seorang ustaz nasihatkan saya. Setiasa buatkan hati isteri kita senang,ceria. Asbab rezeki yang baik datang mencurah curah. Senangkan hati seorang isteri, buatkan seluruh hati hati dalam rumah kita jadi senang.
Selalu peluk cium dia. Selalu ucap terima kasih sayang awak baik sangat. Pejam mata jika tengok dia belanja banyak-banyak. Angkat tangan syukur kerana ada rezeki belanja isteri dan anak-anak.

IKLAN

Percayalah. Belanja yang kita keluarkan untuk keluarga pasti Allah datangkan rezeki yang tak disangka. Tak pernah rugi orang yang belanja untuk anak isteri.
Hargai isteri.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerindah

Baca Lagi Di Sini:
Pesan Ebit Lew,”Belanja Atas Isteri & Keluarga SEDEKAH Paling BESAR Nilainya”
Jangan Lokek! Selalu Lah Belanja Anak Makan, Itu Rahsia Besar Murah Rezeki

MW:Setuju sangat dengan apa yang dikongsikan ini. Jagalah aib isteri, tahanlah marah tu di tempat umum. Tak perlulah berkira bab belanja keperluan dapur.Percalah, bahagiakan hati isteri asbab rezeki baik datang mencurah-curah.

Sumber: Muhammad Hassan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI