Pengambilan suplemen untuk tujuan kecantikan bukan sesuatu yang baru dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Siapa yang tak mahu ada kulit cantik dan badan yang langsing, bila jalan semua mata tumpu kat kita. Jadi tak hairanlah jika ramai wanita yang sanggup berhabis duit untuk dapatkan suplemen atau produk yang dapat memberikan kesan cantik pada diri tanpa memikirkan kesan jangka panjang pada badan.

Tetamu undangan MWTV, Najwa Zaidi yang merupakan pemakan suplemen tegar sehingga menyebabkan hempedunya rosak sempat berkongsi pengalaman sendiri yang mula diambil sejak umurnya 19 tahun lagi.

“Masa bujang dahulu saya buat modeling secara sambilan, jadi untuk jaga badan dan muka saya gunakan produk untuk putihkan muka dan sebagainya. Memang ia berkesan, tapi setelah mengambilnya dalam tempoh yang lama, saya perasan kulit yang dulu tak ada, akhirnya menjadi kulit sensitif. Kulit muka saya jadi bermasalah dan sangat sensitif dengan matahari. Yang produk kolagen pula saya ambil untuk kecantikan dalaman tapi setelah ada kesam macam tu saya berhenti ambil semua sehinggalah sekarang. Memang saya tidak berani lagi.

Sekarang memang banyak suplemen yang berada di pasaran. Malah ada yang momokkan dengan kandungan makanan sunnah yang dapat menarik minat orang ramai untuk mendapatkannya.

Turut ditanya oleh seorang pemanggil tentang suplemen yang mengandungi makanan sunnah. Menurut Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan & Nefrologi, makanan sunah sebaiknya diambil secara semulajadi atau makanan segar dalam kuantiti yang betul dan pengambilan tambahan seperti dalam bentuk jus, suplemen dan alternatif kepada makanan adalah masih tidak sihat. Sebaiknya amalan cara pemakanan dan cara hidup yang sihat adalah yang terbaik.

“Suplemen yang ada pada hari ini kebanyakkan daripada kita tidak tahu apa kandungan yang terdapat di dalamnya. Mungkin sahaja kandungan gula yang banyak, bahan pengawet, garam dan sebagainya yang tidak sihat. Secara umumnya saya sarankan ambil sahaja makanan yang segar untuk dapatkan khasiat dan zat daripada makanan tersebut.”

Suntikan untuk cantik

Ads

Macam-macam cara dibuat untuk cantik. Bukan sahaja berbentuk makanan malah ada juga suntikan yang dibuat untuk menjadi cantik. Kita memang biasa dengar dengan suntikan vitamin C dan sebagainya.

Nor Hafizah Mahamad Sobri, Pegawai Dietatik Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan hanya dua biji oren diperlukan badan bagi memenuhi keperluan Vitamin C manusia.

Kenapa Nak Membazir Beli Suplemen Sedangkan Boleh Dapat Zat-Zat Daripada Makanan Segar?

“Badan hanya memerlukan 75-95 miligram sahaja vitamin C atau bersamaan dengan dua biji buah oren sahaja. Kalau berlebihan ia akan keluar melalui air kencing. Kalau ambil lebih daripada keperluan badan ia tidak akan memberi apa-apa faedah. Jadi apa guna cucuk banyak-banyak sangat sedangkan anda boleh mendapatkan vitamin tersebut hanya dengan memakan 2 biji oren sahaja. lebih murah, lebih sedap dan lebih selamat.”

Pengambilan suplemen yang berlebihan akan memudaratkan organ-organ seperti buah pinggang manusia. Sebab itu ramai pengamal perubatan tidak sarankan pengambilan suplemen dalam diet seharian.

Ads

“Sebagai seorang pakar buah pinggang, hari-hari saya lihat kes-kes yang teruk. Ada yang masih muda dan buah pinggang mereka memang rosak teruk. Kena cuci buah pinggang seumur hidup. Jadi bila benda-benda tambahan yang kita makan dan badan tidak perlu akan menjadi beban kepada organ-organ seperti hati dan buah pinggang. Perkara sebegitu akan membuatkan organ dalam badan menjadi semakin rosak sekiranya diambil secara berterusan.

“Kalau nak sangat ambil suplemen itu terpulang kepada setiap individu, tapi apa yang boleh saya sarankan tolong jalani ujian pantauan organ dalaman kerana sakit buah pinggang tidak mempunyai simptom sehingga peringkat akhir,” ujarnya lagi.

Nak cantik nak sihat bukan hanya dengan makan suplemen, cuba jalani cara hidup sihat dan makan makanan yang segar, mesti boleh!

Tip untuk anda sebelum ambil suplemen:

Ads
  1. Sebelum nak ambil apa-apa suplemen, minta nasihat dengan doktor terlebih dahulu adakah badan kita perlu atau tidak suplemen tersebut
  2. Jika inginkah khasiat daripada makanan, sebaiknya amalkan makan makanan segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
  3. Jika ingin kurus, gunakan cara yang sihat dan mulakan dengan amalan hidup sihat seperti menjaga makan dan bersenam

Memang hangat isu yang dibincangkan hari ini. Banyak lagi topik menarik yang diutarakan. Bagi yang terlepas, jangan lupa ikuti  siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow jam 5 petang ini di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121.

 

#MingguanWanitaTV

#TemanSetiapWanita

#AstroPrima105

#PrimaHD121

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI