Mak-mak ini kalau dah sibuk sangat dengan kerja rumah, dan kepenatan di malam hari. Berkemungkinan besar, dia langsung tidur tanpa sempat membasuh muka betul-betul. Jangan macam itu mak-mak, sebab anugerah wajah ini tuhan tak beri banyak kali. Sekali seumur hidup inilah. Kalau tak cuci bersih sebelum tidur, nanti akan hilang seri wajah itu.

Nanti anak-anak malah suami pandang pun naik seram. Dan tanpa mak-mak sedar, kesilapan tak mencuci muka sebelum tidur inilah yang akan mengakibatkan berlakunya 3 hal yang menakutkan dan melemaskan orang perempuan. Apakah 3 akibat yang akan jadi kalau mak-mak kerap terlupa cuci muka sebelum tidur?

3 Akibat Tak Cuci Muka Sebelum Tidur

1. Bila Tak Benarkan Kulit Bernafas

Masa malam hari inilah kulit kita bernafas. Ia bekerja mengeluarkan lembapan dan ada ketikanya membuatkan kulit kita menjadi kering. Bila bangun pagi, kulit jadi berminyak.

2. Itulah Punca Jerawat

Bila kulit dah berminyak, ia akan memerangkap kesan kotoran dengan mudah. Bayangkan kalau kita tak cuci malam itu, dengan sisa kotoran, kesan minyak bagai. Ia akan menutup pori-pori langsung menyebabkan jerawat.

3. Lama-lama Kulit Pun Jadi Kusam

Kalau pun tak berjerawat, akibat gangguan kotoran, kulit yang tak dibersihkan ini akan menerbitkan kesan kusam pada wajah. Sebab itu, disarankan lepas cuci muka, sembur toner, sapu serum, kolagen atau vitamin E.

Jika mak-mak berkira-kira nak beli produk yang mahal-mahal, mak-mak boleh mencuba cara alami. Penggunaan bahannya pun tak banyak mana. Malah boleh disimpan untuk kegunaan akan datang. Asalkan mak-mak tahu cara dan tekniknya.

Ads

 

Kenapa Kena Cuci Muka Sebelum Tidur, 3 Sebab Ini Buat Mak-mak Seram

Jaga Muka Guna Bahan Alami

Cara Buat Masker Skrub Serbuk Kopi Terpakai

Ads

Masker DIY Dari Bahan Dapur; Oat, Kunyit, Susu, Lidah Buaya

Masker Skrub Soda Bikarbonat Dan Limau Kasturi

Amalan Seminggu Sekali

  • Lakukan masker yogurt. Beli saja yogurt perisa asli saiz kecil di pasar raya. Masukkan dalam peti sejuk. Bila malam ambil 2 sudu dan sapukan pada wajah. Nanti terasa nyaman kulit wajah. Lepas 20 minit bilas.
  • Buah tomato yang ada dekat dalam peti ais tu, hiris nipis dan letakkan atas kulit wajah. Biarkan 30 minit dan anda berbaringlah semasa memakai masker. Pastikan dalam keadaan relaks dan tenang ya.
  • Ambil 1 biji putih telur, campur yogurt dan sedikit madu, masker ini paling baik sekali untuk kekalkan lembapan pada wajah.
  • Sebab apa seminggu sekali, terlebih memakai masker juga akan menyebabkan kulit menjadi kering.

Nota:

Masker akan kembalikan lembapan kulit wajah yang hilang dan buat kulit muka jadi lebih berseri

Ads

 

Kenapa Kena Cuci Muka Sebelum Tidur, 3 Sebab Ini Buat Mak-mak Seram

Naikkan Seri Wajah Dengan Doa Nabi Yusuf

Ini salah satu ikhtiar yang boleh diamalkan, baca doa Nabi Yusuf ini dan usapkan pada wajah. Niatkan yang baik-baik, sama ada mahu mendapatkan jodoh yang baik ataupun mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Foto doa: amalamdoawirid.blogspot.co.id

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI