Mana-mana orang perempuan sekalipun pasti mengidamkan kulit wajah atau tubuh yang berseri-seri. Senang cerita nampak glowing dan flawless macam artis Korea tu. Macam-macam caralah usaha nak bagi nampak berseri. Rupanya dengan bancuhan masker DIY dari bahan dapur pun dah boleh jadi.
Wanita berkulit cantik, putih kemerah-merahan Cek Ti ini berkongsi resepi masker dan skrub yang boleh serap minyak 2 dalam 1. Katanya sesuai sangat untuk cuaca panas-panas ini.
“Cuaca panas macam sekarang ini tak bestkan. Kulit cepat hitam, makeup luntur cepat sebab berpeluh (penatnya nak touch up) dan paling tak tahan sekali kulit muka jadi berminyak-minyak melekit dan bau OMG. Boleh pengsanlah!”
“Bila dan macam ini, banyaklah masalah kulit akan timbul di cuaca macam ini. Maka, terhasillah petua mask skrub serap minyak 2 in 1 ini.”
KIta pun sedia maklum, kunyit tu bagus sebagai agen pencerahan alami. Begitu juga dengan beras dan susu. Gabungan bahan-bahan alami super power inilah yang membuatkan kulit wajah kita kembali bersih dan berseri-seri bak retis K-Pop tu.
Yang penting, tak perlu beli krim bagai. Sebab boleh buat sendiri dengan bahan-bahan dari dapur rumah anda saja.
Buat Sendiri Masker DIY Dan Skrub
Bahan-bahan
Nota : Jika mahu jadikan skrub untuk tubuh, tambahkan dengan beras yang sudah dikisar atau tumbuk.
Cara Memakai
1. Bancuh kesemua bahan.
2. Sebatikan dan sapukan pada bahagian muka atau badan.
3. Biarkan selama 15 minit.
4. Ambil sedikit air dan gosok (ala ala
5. Bilas sehingga bersih.
6. Pakai waktu malam sahaja .
7. Buat setiap 3 kali sehari sepanjang cuaca panas.
Nota Penting : Masker skrub ni boleh dipakai di muka dan di badan tau.So sangat jimat.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto : Facebook Cek Ti
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI