naikkan seri wajah

Macam-macam petua lama yang boleh diamalkan untuk menaikkan seri wajah agar nampak lebih cerah dan berseri-seri. Salah satunya dengan mengamalkan minum campuran susu kunyit badam madu ini.Banyak khasiat yang diperolehi baik dari segi kecantikan mahupun kesihatan daripada bahan semulajadi susu, kunyit,madu dan badam ini.Paling penting ia selamat dan menjimatkan.

Berikut merupakan perkongsian petua daripada Afieyleescha ;

“Hai kesayangan semua..okey afiey dah janjikan ni laa minuman kegemaran Afiey kat umah tau.bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantikkan nak cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.PETUA NENEK2 DULU NAIKKAN SERI WAJAH ..nahh korang cuba laa ni dan rajin-rajin tau konfemm bangun pagi nampak muka,wowwww!! Afiey sertakan sekali khasiat yang ada dalam ni ya..( Afiey suka minum sebelum tidur , lagi-lagi masa datang bulan )”.

” Susu Kunyit Badam Madu by Afieyleescha “

Bahan – Bahan :

• 1 gelas Susu Rendah Lemak
• 1 inchi kunyit ditumbuk kasar ( Afiey suka kasar-kasar boleh kunyah-kunyah)
• 2 sudu madu / kurma
• 3 biji badam ditumbuk kasar

IKLAN

Gadis Ini Kongsi Resipi Susu Kunyit Badam Madu, Petua Lama Naikkan Seri Wajah

Cara Membuat:

1.Masukkan Susu Rendah Lemak didalam periuk.
2. Kemudian masukkan kunyit yang ditumbuk kasar, kacau sebati dengan api perlahan.
3.Masukkan pula badam dan kacau sebati.
4.Masukkan susu ke dalam gelas dan biarkan ia suam, selepas itu masukkan pula dua sudu madu.

Gadis Ini Kongsi Resipi Susu Kunyit Badam Madu, Petua Lama Naikkan Seri Wajah

IKLAN

Selamat Mencuba!

Khasiat Susu

1.Mengurangkan senggugut ketika datang haid( PMS )
2.Mengurangkan risiko kenser payudara
3.Mempengaruhi kesuburan untuk mendapatkan anak
4.Mengurangi stress

Khasiat Kunyit

1. Mencegah Kanser
2. Merawat Arthritis
3. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)
4. Mengurangkan Tahap Kolestrol Dalam Badan
5. Meningkatkan Kadar Imunisasi Badan
6. Menyembukan Luka
7. Mengawal Berat Badan dan mengempiskan perut
8. Mencegah Penyakit Alzheimer
9. Memperbaiki Sistem Penghadaman
10.Mencegah Penyakit Hati dan Sakit Jantung

IKLAN

Khasiat Madu

1.Memperlambatkan Penuaan
2.Mengatasi masalah kedutan
3.Menjaga kelembaban kulit
4.Mengatasi insomnia
5.Mencegah bakteria

Khasiat Badam

1.Dapat membantu melegakan sakit dan lenguh otot
2.Mampu memperbaiki kecerahan kulit.
3.Membuatkan wajah muda berseri dan mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
4.Merendahkan Risiko Darah Tinggi Dan Serangan Jantung
5.Menurunkan Berat Badan
6.Menguatkan Memori
7.Membantu Menghalang Osteoporosis
8.Menghalang Batu Karang
9.Melancarkan Peredaran Darah

https://www.facebook.com/SusukcerahAfieyleescha/videos/827461970768024/

Sumber: Susuk Cerah By Afieyleescha

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI