Kenangan seumur hidup. Itulah yang boleh digambarkan oleh setiap pengantin baru. Duduk bersanding di atas pelamin yang indah bersama pasangan tercinta.
Persandingan menjadi detik bersejarah dan ditunggu-tunggu oleh setiap mempelai yang mendirikan rumahtangga. Masa inilah sanak saudara jauh dekat dan kawan-kawan datang untuk meraikan. Maklumlah raja sehari dan kenangan seumur hidup.
Namun, kita hanya merancang, Dia Yang Lebih Mengetahui. Ada juga cerita tentang pasangan yang tak sempat untuk bersanding bersama. Lebih menyayat hati bila pasangan pergi semasa inai masih merah di jari.
Walau bagaimanapun, lain pula halnya dengan pengantin lelaki ini. Segalanya telah dirancang dan majlis akan nikah berlangsung dengan penuh kebahagiaan. Tapi, sedihnya bila tiba hari persandingan, pengantin lelaki terpaksa bersanding seorang diri tanpa isteri di sisi. Ini pun boleh juga dijadikan kenangan seumur hidup.
.
Ads
Menurut Syaf dalam video tiktoknya. Isteri tersayang diuji masalah kesihatan dan terpaksa ditahan di pusat perubatan pada hari persandingan mereka.
Cukup terkilan kerana dia teringin sangat untuk menyarungkan busana songket bersama isteri dan meraikan hari penuh bermakna itu. Dalam video tersebut juga, kelihatan pengantin sebak di pentas pelann dan makan beradab tanpa ditemani isteri.
.
Lagipun, pasangan ini telah lama menanti detik bersejarah ketika musim PKP lagi. Walau bagaimanapun, dia reda dan berharap pengalaman ini bakal diganti dengan sinar bahagia.
Ads
.
Dalam perkongsian juga, dia turut mengatakan sebelum ini mereka terpaksa tangguh pernikahan dan sehari sebelum nikah pula dia dapat panggilan PULAPOL dengan inai masih merah di jari.
.
Mingguan Wanita : Kalau dah tertulis. Kita dah rancang elok-elok, tapi DIA Lagi Maha Perancang. Nanti buat majlis bersanding bertiga la pula ye. Tahniah kerana bakal dapat cahaya mata nanti.
Pelakon yang semakin cantik, putih berseri Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin berkongsi rasa hati tentang citarasanya yang berbeza dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin.
Biar pun citarasa tak sama, mereka saling menyintai. Biarpun ada ketikanya bergurau senda dalam perhubungan, ia tidak menjadikan mereka membenci pasangan. Sebaliknya itulah yang menghadirkan rasa bahagia buat keduanya.
Kehadiran cahaya mata lelaki yang comel, Fahad Ibrahim yang mesra dengan panggilan Yem mengikat lagi kasih mereka berdua. Yem pun dah setahun lebih usianya.
Bak kata Nad tentang suaminya,
Dia takut lipas, I takut katak Dia takut tinggi, I takut gelap Dia takut berada di puncak yang (of course tinggila), I takut berada di lautan Dia suka RnB, I suka Pop Dia suka hitam, I suka putih Dia suka kopi, I suka teh Dia tak suka membazir, I tak suka terlepas peluang membeli Dia tak suka jalan sesak. I tak suka dia memekak bila jalan sesak Dia nak ke London, I forever nak ke Seoul Dia suka Scarlett Johansson, I suka Won Bin Alih-alih kami suka each other. And ada anak together We praise and kutuk each other
Doa Nad untuk perkahwinannya agar mereka dapat berasai kehidupan sebagai suami isteri selagi hayat di kandung badan.
“Naaah.. bukan post sempena anniversary.” Akui Nad catatannya itu dibuat semata-mata untuk mengadakan rasa mengantuk.
Nad & Faliq Bukan Couple Yang Romantik
Dalam posting sebelumnya juga Nad Zainal mengaku baik dia mahupun Faliq, kedua-duanya tak romantik.
“Kami jenis straight forward dan kasar. Kami boleh berperang besar-besaran dan lepas setengah jam boleh baik semula.”
Tip Cepat Pulihkan Hubungan Suami Isteri
Ini tip yang Nad Zainal kongsi untuk pulihkan kembali rasa tak puas hati dengan pasangannya. Cara Nad buat, “Tenung muka anak lama-lama”
Betullah kan.. anak itu pelembut hati mak ayah yang tengah berkonflik. Lagipun, jika dah saling sayang menyayangi kenapa nak bergaduh lama-lama.
“Kenapa kita nak create environment tak best di rumah. Setelah kita sama-sama bersusah payah harungi macam-macam dan dapat zuriat sempurna ini?”
“Bergaduh itu normal. Normal untuk kami. Nope.. kami bukan lovey dovey.”
Sememangnya ramai sebenarnya pasangan suami isteri yang macam Nad dan Faliq ini. Walaupun tak romantik, walaupun tak selalu bersayang-sayang tapi masing-masing faham kedua-duanya saling memerlukan.
Itulah yang mengikat cinta terus memekar dan subur di hati.
Kecoh di media sosial, rata-rata netizen panas dengan berita seorang bayi perempuan berusia 47 hari maut selepas dipercayai didera keluarganya di Kampung Tok Panjang, 10.45 pagi.
Apa yang cukup menyedihkan, bayi kecil itu mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk di bahagian kemaluan.
Laporan awal bedah siasat mendapati, bayi perempuan berkenaan mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, selain lengan kanan dan peha kiri.
Tubuh Badan Bayi Lebam Dan Melecet
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet di seluruh tubuh mangsa.
“Punca kecederaan luaran disebabkan objek tumpul dan keras seperti lantai, dinding dan pintu termasuk juga perbuatan cubit dan hentakan.
“Bedah siasat juga mendapati terdapat kecederaan dalaman akibat hentakan kuat sehingga pendarahan berlaku di organ dalaman seperti otak,” katanya dalam kenyataan.
Terdapat juga kesan gigitan pada kedua-dua belah tangan mangsa namun bayi berkenaan maut akibat pendarahan dalam kepala.
Ibu Bapa Bebas Pengaruh Dadah
Tambahnya Nik Ros Azhan, ujian saringan air kencing terhadap ibu bapa bayi berkenaan mendapati mereka bebas daripada pengaruh dadah.
Ibu bapa bayi malang berkenaan yang berusia 22 tahun itu direman tujuh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Mangsa meninggal dunia ketika dibawa bapanya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi, Khamis lalu.
Sementara itu, ibu bapa kepada bayi terbabit direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan berkaitan bayi perempuan mereka itu.
Sumber: astroawani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kehilangan suami tersayang memberi ‘tamparan’ besar buat penyanyi Nora dalam meniti kelangsungan hidup hari-hari mendatang.Terlalu sukar untuk melupakan insan yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup. Hampir setahun pemergian suami tercinta, penyanyi popular, Nora Ariffin, mengakui masih belum dapat menerima hakikat lelaki yang disayanginya itu sudah kembali menemui Maha Pencipta.
Separuh Jiwa Dibawa Bersama
Bukan menafikan takdir yang sudah ditentukan, cuma kata Nora, pemergian mengejut suaminya, Allahyarham Johan Nawawi, ketika masih dahagakan kasih sayang dan perhatian membuatkan dirinya dihambat kesedihan.
Perasan luluh dan ralat masih membekas dalam hatinya, malah akui Nora, ada ketika jiwanya terlalu rapuh, terutama apabila perasaan rindu terhadap arwah datang mengetuk pintu hati.
“Jujur saya akui, sampai hari ini saya masih tak percaya arwah sudah tiada. Kenapa semua ini berlaku kepada saya? Bukan menolak takdir, cuma pemergiannya yang mengejut membuatkan saya berasa seperti separuh daripada jiwa turut dibawa bersamanya.
“Selepas pemergiannya, hidup saya berendam air mata sehingga ia memberi kesan kepada daya penglihatan. Bulan depan, genap setahun Johan meninggalkan kami dan tiada satu saat pun saya melupakan arwah.
“Apabila teringat dan perasaan rindu menjelma, selain mendoakan yang terbaik untuknya di alam sana, saya jadikan jubah yang pernah dipakainya sebagai selimut untuk menemani tidur,” tutur Nora perlahan dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Bertemu Dalam Mimpi
Johan yang juga komposer terkenal meninggal dunia pada tanggal 24 Mac lalu, jam 6.30 pagi, akibat serangan jantung. Pemergiannya pada hening Subuh Jumaat itu mengejutkan semua pihak, terutama karyawan dan peminat seni.
Terpisah dalam dunia yang berbeza, namun kata Nora, mimpi menjadi perantara mereka bertemu, sekali gus meleraikan rindu yang tidak tertanggung.
“Saya selalu berdoa semoga kami dipertemukan dan Tuhan memperkenankan permintaan itu apabila arwah datang dalam mimpi. Arwah memeluk, memberi kucupan dan sering menghadiahkan senyuman. Apabila terjaga, saya anggap semua itu sebagai petanda arwah mahu saya tahu semangatnya tetap menemani, walaupun jasadnya tiada di sisi.
“Dari situ, timbul kekuatan untuk saya bangkit dan berjuang meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta,” cerita pemilik nama lengkap Wan Norafizah Wan Ariffin ini dalam nada sebak.
Tempoh Edah Fasa Paling Sukar
Walaupun cuba menahan diri daripada menitiskan air mata, Nora gagal melawan kesedihan apabila manik jernih itu gugur juga.
Membiarkan seketika Nora larut dalam emosi sebelum menyambung semula perbualan, bekas pemenang Bintang HMI 1991 ini berkata, tempoh edah adalah fasa paling sukar dalam hidupnya.
Kata Nora, jiwanya kusut kerana tidak tertanggung dengan bebanan ujian yang dihadapinya ketika itu.
“Sebelum ini, saya banyak bergantung kepada arwah suami dalam pelbagai perkara, terutama dari segi kerjaya. Kini, semuanya saya terpaksa lakukan sendiri, termasuk kerjaya, bisnes dan menguruskan rumah tangga.
“Ia membuatkan saya tertekan. Pernah suatu ketika, terlintas di fikiran untuk saya pergi jauh membawa diri dan tinggalkan anak-anak. Seorang teman bagaimanapun, menasihatkan supaya saya fikirkan anak-anak sebelum membuat sebarang keputusan yang menjanjikan kebahagiaan sementara,” cerita ibu kepada empat cahaya mata ini.
Promosi Single Terbaru
Kehadiran Nora ke Balai Berita, baru-baru ini, turut membawa hajat untuk mempromosikan single terbarunya, Ada Dalam Tiada, hasil ciptaan Sirkhan Danial dan lirik nukilan Habsah Hassan.
Cerita Nora, lagu itu terhasil atas saranan Habsah atau lebih mesra disapa Kak Chah dalam kalangan penggiat seni.
“Saya bertemu Kak Chah untuk membincangkan soal royalti kerana ketika itu, saya dalam proses menyiapkan album kompilasi, Tribute Johan Nawawi 30 Tahun. Apabila saya memberitahunya perkara itu, Kak Chah menyarankan supaya merakamkan lagu baharu sebagai pelengkap.
“Lagu ini menyaksikan kali pertama saya bekerja dengan komposer baharu dan muda. Memang seronok kerana kami saling menghormati antara satu sama lain.
“Walaupun saya penyanyi berpengalaman, dia berhak menegur jika ada kekurangan dalam nyanyian saya. Anggap saja saya seperti orang baharu,” katanya.
Bercerita lanjut, album itu akan memuatkan 29 karya ciptaan Johan, termasuk lagu daripada penyanyi terkenal lain seperti Datuk Sheila Majid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Mengikut perancangan awal, album ini sepatutnya diterbitkan tahun lalu sempena sambutan ulang tahun ke-30 Johan dalam bidang seni. Hasrat itu tidak kesampaian dan saya cuba lunaskan juga projek impiannya itu,” kata penyanyi lagu Hanyalah Satu ini.
Buat Nora, semoga terus kuat dan tabah menghadapi kehilangan ini. Bukan mudah untuk bangkit selepas kehilangan orang tersayang, banyakkan bersabar dan jadikan anak-anak sebagai pemangkin semangat untuk meneruskan perjuangan dalam bidang ini.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...