Kena tindih hantu ketika tidur, doktor jelas itu sebenarnya sleep paralysis. Sedar tapi tak mampu gerak. Sejak dulu lagi, ramai percaya akan kewujudan makhluk halus. Asal sakit dan sudah ke doktor perubatan tapi masih belum sembuh, ramai mengaitkannya dengan ilmu mistik.
Ya, alam jin itu wujud dan tertulis dalam Al-Quran surah Al-Jinn. Namun bukan semua hal khianat terjadi berkait dengan makhluk halus. Mungkin sekadar imaginasi kita sahaja atau mendengar cerita-cerita orang lalu kita meletakkan situasi diri kita di tempat yang sama.
Satu perkongsian info dari Dr Samhan Ahmad mengenai kepercayaan ditindih hantu yang sangat popular di kalangan orang ramai tetapi dalam istilah perubatan ia sebenarnya adalah sleep paralysis iaitu kita dalam keadaan sedar namun tak mampu bergerak.
Ads
Kena Tindih Hantu Ketika Tidur
Ini perkongsiannya:-
KENE TINDIH HANTU atau SLEEP PARALYSIS ? “Ya pakcik, datang hari ini sebab apa?” “Pakcik kena tindih hantu” “Maksud pakcik?”
Ads
Dah seminggu pakcik tidur kena tindih hantu. Pakcik sedar tapi tak boleh gerak. Memang kena tindih dengan hantu. Pakcik azan dan baca ayat quran baru hantu lari. Baru lega. Dah jumpa bomoh, tapi tetap kena tindih. Bomoh suruh ikhtiar jumpa doktor pula”
“Ini mesti hantu besar tindih pakcik. Seram ini pakcik. Takpe, saya jelaskan apa yang terjadi pada pakcik dari sudut perubatan.
Doktor Jelas Itu Sebenarnya Sleep Paralysis
Ini dipanggil Sleep Paralysis” “Sleep Paralysis” adalah satu fenomena di mana dalam seseorang itu sedar, tetapi tak mampu bergerak.
Kebiasaanya terjadi apabila seseorang individu itu berada di antara fasa ingin sedar(bangun tidur) dan tidur. Fenomena ini terjadi dalam satu daripada dua fasa iaitu “hypnagonic” dan “hypnopompomic”.
“Hypnagonic” terjadi sebelum tidur manakala “Hypnopomponic” pula terjadi terjadi ketika terjaga daripada tidur. Semasa tidur, tubuh badan kita berada dalam keadaan relaks dan pemikiran kita dalam keadaan kurang sedar.
Semasa “hypogonic” terjadi, pemikiran kekal sedar tapi anggota badan berada dalam keadaan “involuntary” yang terlalu relaks. Apabila begini, seseorang individu itu akan cuba memaksa untuk menggerakkan anggota badan mereka.
Lalu akan menghasilkan pemikiran panik dan seterusnya menghasilkan satu imej igauan yang menyeramkan. Fenomena ini normal dan kekerapan terjadi berbeza bergantung pada individu. Kebiasaannya terjadi disebabkan tekanan perasaan dan pemikiran (stress).
Kena tindih hantu ini terjadi disebabkan tekanan perasaan dan pemikiran (stress).
Faktor yang menggalakkan ia kerap terjadi jika kekurangan tidur yang kualiti, masa tidur yang tak teratur, posisi tidur yang salah dan penyalahgunaan ubat dan dadah. Memandangkan ia adalah normal, tiada rawatan khusus disediakan.
Namun, jika berlarutan dan semakin teruk, boleh berjumpa dengan doktor dan akan dirujuk kepada Pakar Perubatan dan akan disarankan menjalani “Sleep study” iaitu kajian mengenai paten tidur seseorang.
Bagi mengurangkan kejadian fenomena ini, seseorang itu boleh memperbaiki waktu tidur yang lebih baik, luahkan perasaan,kurangkan stress dan amalkan cara hidup yang sihat. Jika berlarutan akan dirujuk pada Pakar Psikiatri dan diberi rawatan sepatutnya.
“Setakat ini pakcik faham?” “Faham. Tapi kadang-kadang pakcik perasan lengan dan peha makcik memang ada atas badan pakcik masa tidur” Oh, itu memang seram!. Sumber :- Twitter Dr Samhan.
Bila dah berkahwin dan mempunyai anak, pasti akan berlaku perubahan fizikal isteri. Berat badan berlebihan dan tak solid semasa zaman anak dara. Beruntungnya kalau ada isteri yang maintain persis anak dara.
Ditakdirkan pasangan berkahwin kerana memandang kecantikan, bimbang ia tak akan kekal lama. Tapi berkahwin kerana keperibadiannya pasti kekal bahagia.
Tapi bagi suami yang menghargai isteri, dia tidak kisah dengan perubahan fizikal isterinya. Beruntungnya sang isteri, terima seadanya.
Inilah pasangan yang cukup dikagumi dan menjadi contoh buat pasangan lain. Artis Hollywood yang terkenal dengan gelaran James Bond.
Pierce Brosnan, 70 tahun dan isteri Keely Shaye Smith, 59 tahun, sentiasa pamerkan sikap romantis satu sama lain. Perkahwinan yang dibina telah mencapai usia 27 tahun dengan kehadiran 5 cahaya mata.
“Saya mencintai setiap lekuk tubuh badannya. Dia adalah wanita paling cantik di mata saya,” kata Pierce Brosnan.
Setelah kehilangan isteri pertama akibat kanser ovari pada tahun 1991, aktor kacak ini menemui cintanya semula bersama Keely Smith. Mereka bertemu pada tahun 1994 ketika itu Keely Smith masih lagi bekerja sebagai wartawan TV.
Kekacakan Pierce Brosnan buat Keely tidak senang duduk dan mereka mula saling mengenali dan jatuh cinta. Ketika itu tubuh Keely sememangnya seperti supermodel dan dia juga adalah part-time model.
Pada mulanya ramai berpendapat mereka berdua hanya jatuh cinta kerana keduanya memiliki bentuk fizikal dan wajah yang tiada tandingan.
Sikap romantis, menghargai dan menghormati wanita adalah menyebabkan Pierce dikatakan seorang lelaki yang ‘seksi’.
Menurut dari Keely, dia dan suami dating kali pertama dengan menghabiskan masa berbual sehingga jam 3 pagi (lelaki yang tidak mengambil kesempatan).
Pierce juga seorang lelaki yang bersungguh apabila sanggup membelikan tiket penerbangan buat Keely semata-mata untuk melepaskan rasa rindu. Dia juga tidak malu apabila mengatakan rasa rindu yang kuat pada isteri tidak kira di mana dia berada.
Bila ditanya tentang rahsia rumahtangga, Pierce percaya tentang kualiti masa bersama. Pierce Brosnan juga adalah ciri material husband yang patut dicontohi.
Lebih 27 Tahun Hidup Bersama
Sangat mengejutkan apabila perkahwinan yang telah menjangkau 27 tahun telah memperlihatkan perubahan fizikal isteri sehingga ada yang beranggapan, Keely bukan isteri terbaik untuk Pierce.
Isteri Pierce Brosnan memiliki berat badan berlebihan. Dia bukan lagi wanita cantik seperti sebelum ini. Badannya yang berisi turut menjadi kritikan sehingga Pierce sendiri merasa bosan dengan kritikan yang diberikan terhadap isterinya. Tapi, Pierce ada jawapanya.
“Pada masa dulu, saya benar-benar mencintai kerana peribadinya bukan kerana kecantikannya. Sekarang saya jauh lebih mencintai kerana dia adalah ibu pada anak-anak saya.
“Saya sangat bangga padanya dan saya selalu berusaha untuk menjadi orang yang layak untuk mendapatkan cintanya,” katanya.
Bagi Pierce, Keely adalah orang yang paling penting dalam hidupnya.
Dalam waktu dia masih menangis kematian isterinya Cassandra Harris. Kehadiran Keely telah menghilangkan bayangan yang menghantuinya.
“Dia telah mengembalikan hidup saya,” kata Pierce.
Pernah beberapa pakar bedah menawarkan untuk melakukan pembedahan kosmetik kepada isterinya. Tetapi, dia menolak tawaran tersebut.
“Dia adalah wanita yang paling cantik di mata saya.”
Mingguan Wanita : Bila suami menghargai isteri dan terima isteri seadanya. Beruntungnya.
Tak rela bermadu, tolak dakwaan anti poligami. Kemelut rumah tangga Syamsul Yusof dan isteri pertamanya Puteri Sarah Liyana masih belum surut.
Esok pelakon wanita sensasi, Puteri Sarah akan memfailkan perceraian. Sebenarnya keputusan yang dibuat bukanlah sehari dua dan tidak semudah seperti yang disangka.
Hati isteri mana yang tidak terluka apabila mengetahui suaminya curang dan kemudian bernikah di Thailand.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Ibu kepada dua anak itu mengakui keputusan yang dibuat sebagai petunjuk dari Allah atas jawapan kepada doa dipanjatkan ketika menunaikan umrah di Makkah, tahun lalu.
Meluahkan seperti mana laporan Berita Harian, Puteri Sarah turut menolak dakwaan dirinya anti poligami susulan kenyataan tidak rela bermadu.
“Ramai kata Sarah tak nak poligami. Malah, ada juga yang anggap Sarah anti poligami.
“Mereka kata Sarah tak nak Ikut suruhan Allah. Itu semua tak betul.
“Cuma Sarah, Syamsul dan pastinya, isteri baharunya, keluarga dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) sahaja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya.
“Jadi, Sarah rasa cukup-cukuplah,” luah Puteri Sarah.
Akui dirinya reda dengan apa sahaja yang ditakdirkan untuknya. Malah dia juga telah nekad untuk memfailkan perceraian.
“Sarah pergi umrah bulan puasa tahun lepas dan minta Allah tunjukkan jalan keluar.
“Inilah petunjuk Allah pada Sarah dengan apa yang berlaku. Keputusan bercerai adalah Allah yang gerakkan hati Sarah.
“Sarah memang reda dengan apa yang terjadi. Walaupun ada yang mempertikaikan betulkah Sarah reda.
“Sarah tahu apa yang berlaku di sebaliknya,” tegasnya.
Polisi Baru Syarikat Di India, Ganggu Rakan Sekerja Bercuti Dikenakan Denda RM5,251. Waktu cuti sememangnya saat yang dinantikan untuk merehatkan diri dari sebarangan tekanan kerja disamping meluangkan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.
Namun demikian, terdapat juga rakan sekerja mahupun ketua di pejabat yang masih tetap ‘mengganggu’ meskipun ketika cuti. Ini pastinya menggangu emosi dan saat cuti tersebut.
Berita menarik, sebuah syarikat teknologi dari India mengamalkan polisi mengenakan denda sebanyak AS$1,200 (RM5,251) ke atas pekerja yang didapati mengganggu rakan sekerja yang sedang bercuti, lapor laman berita Wion News semalam.
Syarikat Dream11, memperkenalkan dasar ‘Dream11 Unplug’ bagi membolehkan semua pekerjanya berehat ketika bercuti.
Di bawah dasar baharu itu, para pekerja tidak akan terlibat dengan urusan kerja seperti sembang secara berkumpulan menerusi aplikasi pesanan ringkas atau e-mel.
Dua pengasas bersama syarikat itu, Harsh Jain dan Bhavit Seth semasa bercakap dengan stesen penyiaran CNBC berkata: “Sekali dalam setahun, selama seminggu, anda dikeluarkan dari sistem (syarikat). Anda tidak mempunyai Slack (sistem penerimaan mesej), e-mel dan panggilan (telefon). ”
Bercakap mengenai denda tersebut, Jain berkata: “Sesiapa yang menghubungi pekerja lain semasa (polisi) ‘Dream11 Unplug’ perlu membayar denda kira-kira AS$1,200.”
Beliau menambah bahawa polisi itu telah berjaya berfungsi setakat ini.
“Kami faham bahawa menghabiskan masa berkualiti bersama orang tersayang atau hanya berehat semasa bercuti, boleh meningkatkan mood keseluruhan, kualiti hidup, produktiviti secara umum dan banyak lagi,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.