Anak demam terus bagi ubat. Antara kebiasaan mak-mak bila tengok anak mula nak demam. Satunya risau takut makin panas dan boleh bahayakan anak pula.

Selalunya, anak-anak yang dah faham boleh rasa keadaan badannya yang demam dan tak sihat. Kadang-kadang badan panas tapi anak tetap aktif bermain dan makan minum pun berselera sampaikan mak-mak pun pelik anak demam atau tidak.

Jangan terus mengelabah atau terus bagi ubat kalau anak demam. Ada cara dan teknik boleh bantuk mak-mak untuk kurangkan suhu badan anak secara semulajadi. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Anak Demam, Batuk, Selesema, Mandikan 3 KALI SEHARI, Buang Haba Panas

Pesan Doktor, Jangan Pakai Tuala Basah Atas Kepala Anak Demam, Elak Risiko SAWAN

Jangan Terus Bagi Ubat, Kalau Anak Demam

Rupanya ramai mak ayah yang tak tahu nak buat apa bila anak demam. Ada yang percaya bulat-bulat dengan petua yang entah bersumber dari mana. Ada juga yang bila anak demam je terus sibuk paksa anak makan antibiotik.

Jangan!

IKLAN

Sebelum tu, saya nak jelaskan dulu apa tu demam. Demam adalah bila suhu tubuh melebihi 37.5 C°. Macam mana nak tahu? Sebab tu la pentingnya setiap ibu bapa ni untuk beli termometer untuk pantau suhu anak-anak. Yang belum ada termometer sila beli sekarang kat farmasi berdekatan ye.

Demam juga adalah tindakbalas tubuh melawan serangan bakteria dan virus. Panas badan anak kita yang meningkat tu sebenarnya bererti badan anak kita tengah melawan kuman yang cuba menyerang tubuh dia la tu.

Jadi jangan la panik sangat kalau suhu tubuh anak tengah naik. Selagi makan minum dia ok rilek je lah. Biarlah tentera pertahanan tubuhnya bertindak secara semulajadi.

Teknik Turunkan Suhu

1. Jangan terus melulu nak bagi ubat. Pakai je dulu teknik ni. Basahkan tuala dengan air suam, letakkan kat leher, ketiak, dahi,perut dan kat celah paha. Ni namanya Tapid Sponging. Air suam ni membantu pembuluh darah dan pori-pori kulit mengembang jadi haba panas mudah keluar daripada tubuh anak kita tu.

IKLAN

2. Jangan sekali kali mandikan dengan air sejuk. Memang la panas lawannya sejuk tapi teori tu tak berguna pun untuk turunkan suhu anak kita malah boleh lebih membuatkan suhunya makin tinggi. Tak kesian ke tengok anak tu mandi sambil menggigil-gigil kesejukan?

3. Mandikan anak dengan air yang suam dan hangat. Anak yang demam pun lebih selesa bila dimandikan dengan air suam kan. Lepas mandikan, terus keringkan badan dia.

4. Jangan mak ayah pergi balut [pula anak itu. Ada mak ayah yang suka pakaikan anak demam dengan pakaian yang tebal-tebal dan balut anaknya macam balut nangka. Jangan! Pakaikan lah anak yang demam tu dengan pakaian yang nipis dan longgar. Kalau boleh pastikan juga fabrik pakaian anak tu jenis yang menyerap peluh ye.

5. Jangan kita pergi halang pulak anak menyusu sebab takut anak muntah. Biarkan je mereka menyusu atau minum air. Anak yang demam mudah mengalami dehidrasi tau. Jadi biarkan si comel tu menyusu dan minum untuk menggantikan cairan yang hilang daripada tubuh mereka melalui peluh dan air kencing.

6. Sebaiknya bila anak demam, pastikan makanan mereka adalah makanan yang berkhasiat. Berikan dulu buah-buahan yang mengandungi Vitamin A, Vitamic C dan Vitamin E. Tambah juga dengan sayur sayuran hijau dalam diet mereka. Kalau yang masih menyusu, teruskan menyusu ye.

IKLAN

7. Biarkan anak-anak kita aktif. Selama mana mereka masih aktif bermain, makan dan minum, mak ayah jangan terlalu panik ye. Cuma pastikan si comel yang aktif bermain tu kena minum banyak sikit la ye.

Ingat, jangan terus nak bagi antibiotik. Amalkan je dulu ilmu ni ye.

Mingguan Wanita : Tak dinafikan, anak demam memang mak ayah panik. Nanti gunalah petua ini dulu ye. Harap-harap boleh membantu.

Sumber: Dr Taufiq Razif

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI