Tidak dinafikan dalam bahagian ruang rumah, meja makan memainkan peranan penting dalam membentuk sesebuah keluarga yang harmoni dan berjaya. Jangan pandang remeh, ia hanya sekadar tempat menikmati makanan & minuman, malahan fungsinya sebenarnya lebih daripada itu. Ada sebabnya meja makan ini layak dijadikan ‘pusat pentadbiran’ dalam setiap rumah.
Jemput baca perkongsian ilmu yang bermanfaat daripadaDr. Kamarul Ariffin Nor Sadan ini, semoga menjadi panduan buat mak ayah dalam membina keluarga.
Berikut antara perkongsiannya;
MEJA MAKAN
Ni meja makan di rumah saya. Anda lihat susun atur atas meja tu. Pinggan plastik dan cawan plastik itu anak saya yang berumur 2 tahun yang susun.
Dulu, Ibubapa saya latih kami adik-beradik beberapa perkara.
1. Tempat Wajib Berkumpul
Bila tiba masa makan, tak kiralah kami lapar atau tidak, dah makan atau belum, kami kena berkumpul di meja makan di dapur. Pada hari minggu, minum petang dan makan malam adalah waktu wajib berkumpul. Pada hujung minggu, semua waktu makan adalah waktu wajib berkumpul.
2. Laporan Harian
Masa makan, adalah masa beri laporan harian. Belajar apa di sekolah, makan apa di sekolah, tonton kartun apa petang tadi, keputusan peperiksaan, dan sebagainya. Masa itu jugalah nak sampaikan pesan apa-apa. Cikgu suruh bawa kertas warna, tarikh mesyuarat PIBG, dan lain-lain.
3. Makan Apa Yang Dihidangkan
Apa sahaja yang dihidangkan, kami kena makan. Tak ada istilah, kalau lauk tu saya tak suka, saya akan dapat lauk gantian (contoh:telur goreng). Jangan berangan. Kalau kami keluar makan pula, kami selalunya akan order makan hidang, jarang ala-carte. Jika order ala carte, kami order makanan lain-lain, tapi pasti kami kongsi supaya semua orang dapat rasa.
Ads
Nampak macam ibubapa saya rigid, tapi sebenarnya ada banyak kebaikan dalam amalan yang mereka budayakan ini.
Kebaikan Amalan Ini;
[0] Adik beradik saya, semuanya jadi doktor(seorang masih pelajar perubatan).
[1] Jimat masa dan tenaga. Semua orang makan serentak, jadi perlu makanan hidang sekali dan cuci pinggan mangkuk juga sekali harung.
Di samping itu, waktu makan juga jadi teratur. Ini baik untuk kesihatan tubuh badan.
[2] Ada masa bersosial yang tetap. Aktiviti dan peristiwa harian dilaporkan kepada ibubapa setiap hari. Kerana laporan-laporan ini, ibubapa saya kenal hampir semua kawan-kawan saya dan adik-adik saya. Kami juga sentiasa sepakat dalam membuat keputusan.
Ads
[3] Adik-beradik saya tiada yang cerewet bab makan. Kami makan semua aneka lauk-pauk, kuih-muih, buah-buahan, sayur-sayuran, asalkan halal. Ketika anak saya berumur 6 bulan, ibubapa saya dah ajar anak saya rasa(bukan makan) makanan harian yang kami makan. Hasilnya, kini anak saya tak cerewet sangat bab makan. Peria pun dia makan.
Selain itu,
[4] Anak saya membesar lihat atok nenek dia, pakcik makcik dia, ibubapa dia makan pakai tangan dan pakai sudu garfu, jadi pada umur dia 1 tahun, dia dah mula belajar gunakan peralatan. Kawalan motor halus mula dilatih pada usia itu.
Umur dia 2 tahun, dia dah pandai pegang pensel dengan cara yang betul(macam orang dewasa pegang). Saya tak ajar bagaimana nak pegang, saya cuma perlihat macam mana saya pegang pensel.
[5] Pada umur 2 tahun setengah, anak saya dah tahu meja makan adalah tempat untuk berkumpul. Dia tahu bagaimana nak susun atur pinggan dan cawan di atas meja. Setiap hari, jam 10 pm, bila saya balik dari pada kerja. Anak saya akan teman aku makan malam. Tak kiralah dia dah makan ke belum, dia akan makan bersama, atau teman saya makan.
Ads
[6] Saya ada pembantu rumah. Selepas makan, pembantu rumah akan kemas meja. Jadi, selepas makan, anak saya akan ambil tisu dan lap meja. Kalau makan di luar pun, selepas makan, dia nak lap meja. Dia lap tak bersih pun. Yang penting dia faham konsepnya.
Pada saya, dalam setiap rumah, meja makan adalah pusat pentadbirannya. Di situlah, rezeki dinikmati. Disitulah diskusi dan perbincangan di lakukan. Disitu jugalah, budaya, disiplin dan sahsiah dibentuk.
Oleh itu, pastikan meja makan di rumah anda sentiasa kemas, bersih dan teratur. Semoga kita semua sukses!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Aktivis Meja Makan
Nota: Jika tiada meja makan, gantikan dengan tikar. Sama sahaja mujarabnya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan mak ayah dapat jadikan ia satu amalan serta mempraktikkan perkara yang sama didalam rumah.
Bella dedah Aliff curang 11 kali. Allahu seksanya hati seorang wanita apabila suami yang disayangi mencurangi diri. Bukan sekali dua tetapi sebanyak 11 kali apatah lagi dengan adik kandung si isteri sendiri.
Itulah luahan perasaan daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tentang perangai suaminya, Aliff Aziz. Malah Bella bukan sekadar bercakap kosong semua yang diperkatakan punya bukti.
Bella Dedah Aliff Curang 11 Kali
Seksanya hati wanita yang bergelar ibu tu suaminya sudah 11 kali curang sepanjang perkahwinan mereka. Paling terluka dan perit untuk diterima apabila Aliff turut mencuranginya dengan adik kandungnya sendiri.
“Orang tahu Aliff curang empat dan lima kali. Terus-terang, buat pertama kali saya keluarkan pasal ini, Aliff sudah curang 11 kali. Berserta bukti, Aliff pun tahu.
“Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik. Dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya.
“Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah beritahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga,” katanya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
“Sakit Dada Nak Cerita”
Benarlah wanita ini bukan sekadar terus hidup dengan pelbagai kisah kecurangan dari suami. Malah sewaktu mengerjakan umrah, Aliff ada bertukar hantaran mesej meminta agar hubungan mereka dipermudahkan sewaktu dirinya dan Aliff mengerjakan ibadah umrah pada 2022.
“Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka.
“Allah, saya sakit dada nak cerita.
“Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung,” sambung Bella.
Sesal Putuskan Hubungan & Buang Adik Dari Keluarga
Ibu kepada dua anak ini juga menceritakan dirinya terlalu berat berkongsi mengenainya dan menyesal terpaksa memutuskan untuk adiknya dibuang keluarga.
Untuk rekod Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lagi beberapa hari kita bakal meninggalkan Ramadan. Memasuki 10 malam terakhir Ramadan ini, walau mak-mak ‘datang bulan’ pun masih boleh gandakan pahala dengan amal ibadah.
Tapi tak bermakna, tak boleh berpuasa, mak-mak biarkan jiwa tu kosong. Banyak amalan ibadah yang mak-mak boleh sempurnakan.
Ini yang dikongsikan Da’i Hamidah untuk panduan wanita haid di bulan Ramadan.
“Jom manfaatkan malam ganjil di 10 terakhir Ramadan kali ini. Semoga Ramadan kita tahun ini berkualiti. Bulan inilah peluang terbesar untuk kita perbanyakkan melakukan kebaikan.”
6 Cara Mak-mak ‘Datang Bulan’ Manfaat 10 Malam Terakhir Ramadan
Bagi wanita haid yang tidak boleh berpuasa, kita juga dapat mengumpul pahala di antaranya dengan :
1. Berzikir dan berdoa sungguh-sungguh.
2. Mendengar alunan ayat Quran dan zikir.
3. Tadabbur terjemahan dan tafsir Al-Quran.
4. Mendengar tazkirah dan menuntut ilmu.
5. Membantu memudahkan urusan berbuka puasa dan bersahur ahli keluarga dan sahabat.
6. Membanyakkan bersedekah dan memberi khidmat.
Bacalah Juga Doa Ini
Perbanyakkan membaca doa berikut:
. اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيمٌ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي “ .
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku “
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk melakukan amal kebaikan.
Cabaran kejut sahur, Ozlynn kongsi tip bangunkan anak-anak dengan mudah untuk bersahur. Isteri kepada pelawak, pengacara dan pelakon Johan iaitu Ozlynn Wati sering berkongsi pelbagai tip berguna buat mak-mak.
Sempena bulan Ramadan ini, selain sibuk di dapur menyediakan pelbagai juadah mak-mak juga punya misi yang berat iaitu untuk membangunkan anak-anak bangkit tidur untuk bersahut.
Cabaran Kejut Sahur, Ozlynn Kongsi Tip
Sememangnya satu cabaran buat ibu bapa yang ingin mendidik anak-anak kecil mereka untuk melaksanakan ibadah puasa.
Kadang-kadang tu sebagai mak-mak ada sifat kesian dan tak sampai hati nak kejutkan anak sahut.
Kena sampai hati nak bangunkan anak sahur ya dan kemudian ke sekolah. Jika mak-mak tak sampai hati memang anak sedap menarik selimut lagi, banyak cara nak melatih anak!
‘Berdehem’ Saja Berubah Muka Anak-Anak
Ikuti perkongsian dari selebriti yang juga ibu kepada enam cahaya mata bagi memudakan anak-anak bangkit sahur.
Tiga tip mudah ini boleh dipraktikkan.
“Cabaran utama kejut bdk sahur adalah 1. selain dari kejut bgn dgn cara lembut, sentuhan mak atau ayah.. kali kedua panggil nama dah, kali ketiga dah ada tepukan di peha yek, kali keempat, guys bangun!! Dah nak azan!!
“Ke – 2. Pastikan anak-anak cukup tidur supaya tam cranky masa sahur. Hat nih dia ehekk ehek kita berdehem jer, berubah muka depa.
“Ke -3. Makanan sahur dah siap tersedia. Bebudak ni kan dorang walaupun seminit pun sangat berharga waktu tidur diorang.
“Kadang kita kejut adik abang yang bangun amik kesempatan membuta balik. Alasan tunggu adik.
Perana Ibu & Ayah Penting
“So apapun yang penting peranan mak dan ayah tu sendiri. Kalau mak dok sediakan sahur ayah kena la bantu kejutkan anak-anak suruh depa basuh muka, gosok gigi. Dapat depa mandi awal pun bagus baru segar. Lepas sahur tak adalah lah terus tidur dan standby subuh.
Latih Anak Berpuasa 3 Minggu Sebelum Ramadan
“Tapi tips yg paling berguna 3 minggu sebelum datangnya Ramadan, latih lah anak-anak untuk berpuasa ok.
“Pertama, supaya perut depa tak terkejut.
“Kedua, diorang dapat serasikan diri untuk bangun sahur.
“Ketiga, Dah tak cranky so awal-awal maybe ada yang puasa sekerat hari. Hujung-hujung sampai Ramadan boleh berpuasa dengan senang.
“Keempat, nanti bagilah reward untuk yang kecil-kecil rajin bangun puasa dan subuh untuk yang mana masih belum layak puasa. Tak apa bagi saja semangat, nanti diorang jadi biasa. Tak larat jangan paksa yang penting ajar dan diorang pon ada usaha.
“Selamat mencuba!” luah Ozlynn menerusi akaun rasmi Instagramnya.
“Terima Kasih Atas Perkongsian” Warganet
Menerusi ruangan komen warganet berterima kasiha atas perkongsian yang diberikan oleh Ozlynn.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.