Ramadan tiba lagi, bulan penuh keberkatan yang mengajak kita bukan sahaja untuk menahan lapar dan dahaga, tetapi juga untuk lebih banyak memberi dan berkongsi.
Dengan semangat inilah Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Ramadan “Jiwa Memberi” 2025, bertujuan menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam menunaikan zakat dan wakaf sepanjang bulan yang mulia ini.
Majlis pelancaran kempen ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) PPZ-MAIWP, Encik Mohammed Hassan, yang menekankan kepentingan ibadah zakat dan wakaf dalam menyucikan jiwa serta membantu golongan yang memerlukan. Apa yang lebih menarik, pelbagai program dan ganjaran istimewa menanti para pembayar zakat tahun ini, khususnya buat para wanita!
Ads
Tema Jiwa Memberi Beri Makna Yang Luas
Tahun ini, tema “Jiwa Memberi” telah dipilih untuk menggalakkan semua menyemai budaya memberi dengan penuh ikhlas, tanpa mengharap balasan kecuali dari Allah SWT. Sekecil mana pun sumbangan, ia mampu memberi kebahagiaan kepada orang lain dan menjadi sebab rezeki lebih berkat.
Kempen Ramadan kali ini lebih istimewa dimana PPZ-MAIWP bekerjasama dengan TUDUNGRUFFLE, Bright Cow, dan Aplikasi Iman Pro dalam menarik minat lebih ramai pembayar zakat.
Tudung Percuma!
Istimewa untuk 1,000 wanita terawal yang membayar zakat harta serendah RM1,000 dalam satu transaksi di kaunter PPZ-MAIWP akan menerima cenderahati tudung eksklusif TUDUNGRUFFLE – rekaan khas yang tidak dijual di pasaran!
Ads
Selain itu, setiap pembayar zakat dan wakaf juga akan menerima sampul raya edisi khas PPZ x TUDUNGRUFFLE. Nikmati juga pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan seperti Ziarah Asnaf, sesi Podcast Istimewa, dan program Usrah bersama pempengaruh wanita.
Bright Cow juga turut bekerjasama dalam kempen ini dengan menawarkan 10,000 pembayar terawal yang menunaikan zakat atau wakaf di kaunter PPZ-MAIWP bakal menerima Kit Ramadan Istimewa yang mengandungi susu kotak dan kurma – sebagai tanda penghargaan atas sumbangan anda.
Ads
Tidak cukup dengan itu, aplikasi Iman Pro turut menawarkan pelbagai keistimewaan antaranya termasuklah muat turun percuma selama 7 hari (28 Februari – 4 Mac 2025),notifikasi automatik sebagai peringatan untuk menunaikan zakat dan info eksklusif berkaitan zakat dan wakaf untuk meningkatkan amal ibadah.
Majlis pada petang itu turut diserikan dengan bual bicara bertajuk Empower Women Talk bersama Nana Mahazan ditemani dua panel jemputan iaitu Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan Azza Elite yang membincangkan beberapa topik berkaitan wanita hari ini.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapat info terkini mengenai kempen ini dengan mengikuti Facebook, Instagram, dan TikTok rasmi PPZ-MAIWP.
Ramadan adalah bulan terbaik untuk membersihkan jiwa dan berkongsi rezeki. Jom mulakan perjalanan spiritual yang lebih bermakna dengan membayar zakat dan wakaf bersama PPZ-MAIWP!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dalam episod kali ini, program Kongsi Kasih bersama Perfume Paradise meneruskan misi menyantuni insan-insan yang diuji dengan kesempitan hidup.
Kali ini, perjalanan membawa mereka ke Melaka, menyelami kisah seorang bapa tunggal yang cekal serta sebuah keluarga yang berjuang menghadapi dugaan kesihatan yang berat.
Abdul Rahim Wahab, seorang duda yang kehilangan isteri tercinta, kini memikul tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak-anaknya. Hidupnya bagaikan roda yang sentiasa berputar, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tanpa pekerjaan tetap, Abdul Rahim bergantung hidup terhadap hasil laut dan melakukan kerja-kerja kampung untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Namun, cabaran hidupnya tidak terhenti di situ. Dua daripada anaknya merupakan pemegang kad OKU, menjadikan tanggungjawabnya lebih berat berbanding insan biasa.
Walaupun diuji dengan kesusahan, Abdul Rahim tidak pernah mengeluh. Baginya, anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang. Kesabarannya dalam membesarkan mereka yang istimewa menjadi bukti keteguhan seorang ayah dalam mendepani kehidupan yang tidak menentu.
“Arwah isteri meninggal dunia pada tahun 2022 ketika umat Islam bergembira menyambut Hari Raya. Walaupun sudah hampir tiga tahun berlalu, segalanya berlaku dalam keadaan yang mengejutkan.
Namun saya bersyukur, dapat melaksanakan tanggungjawab menjaga arwah ketika dia sakit sehingga ke akhir hayat,” ujar Abdul Rahim berkongsi sedikit momen Istimewa bersama isterinya bersama pengacara, Haze Huzir.
Kehidupan seharian Abdul Rahim banyak berkisar mengenai anak-anak terutamanya dua anaknya dikategorikan sebagai orang kelainan upaya, sekaligus menuntut waktu dan perbelanjaan yang besar dalam mengharungi pelbagai aspek kehidupan.
“Anak sulung mempunyai masalah pembelajaran dan kategori lembam, manakala anak kedua pula mempunyai masalah penglihatan. Sebagai bapa sudah semestinya saya ingin melihat anak-anak berjaya dalam kehidupan. Namun apakan daya, Allah datangkan ujian ini kepada saya,”ujar Abdul Rahim lagi.
Selain dua orang anak yang memiliki kad OKU, abdul Rahim turut dikurniakan seorang anak perempuan yang kini mencecah usia 17 tahun. Namun, perjalanan hidup yang penuh dugaan dan ujian memberi tamparan hebat untuk remaja ini meneruskan Pelajaran apatah lagi selepas ibunya meninggal dunia.
“Semasa ibunya sakit, anak perempuan saya menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat. Namun dia ‘hilang motivasi’ untuk belajar selepas kematian ibunya.
Harapan untuk melihat dia meneruskan cita-cita arwah ibunya tidak kesampaian apabila dia enggan meneruskan pelajaran. Kini, dia bekerja di taska dan tidak ambil SPM disebabkan tiada semangat selepas kematian ibunya,”ujar Abdul Rahim pasrah.
Kali ini, kunjungan penaja, Perfume Paradise ke kediaman Abdul Rahim turut membawa kejutan meraikan hari lahir bapa kepada tiga anak yang kebetulan jatuh pada hari penggambaran dilakukan.
Pihak penaja yang diwakili oleh Nur Afiqah Amran, pengasas Perfume Paradise bersama Ketua Pegawai Operasi Perfume Paradise, Mohd Safwan Shari turut menyampaikan beberapa sumbangan untuk meringankan beban keluarga ini serta memberi sedikit sokongan dan motivasi untuk meneruskan kehidupan yang penuh cabaran ini.
Riak wajah terharu tergambar di wajah insan ini yang banyak menanggung kesedihan dalam dirinya demi membesarkan anak-anak yang lebih memerlukan perhatian dari dirinya.
Selain menziarahi keluarga Abdul Rahim, kru Kongsi Kasih dan Perfume Paradise turut berkesempatan bertemu dengan Mhd Amin Md Ali, seorang pesakit buah pinggang tahap akhir yang perlu menjalani rawatan dialisis setiap dua hari sekali.
Hidupnya yang bergantung kepada rawatan ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun dia tetap tabah menghadapi ujian yang mendatang.
Penyakit buah pinggang kronik adalah keadaan yang menyebabkan fungsi buah pinggang merosot secara perlahan-lahan dari masa ke masa. Pada peringkat akhir, buah pinggang gagal berfungsi sepenuhnya, menyebabkan pesakit bergantung kepada rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.
Keadaan ini boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuk tekanan darah tinggi, diabetes, dan penyakit genetik. Selain kesan fizikal yang melemahkan, pesakit juga berdepan dengan beban emosi dan kewangan dalam menjalani rawatan berterusan.
Bersama isterinya, Shafaah, pasangan ini menetap di rumah waqaf sewa di bawah seliaan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Kesukaran hidup yang mereka hadapi benar-benar menyentuh hati, apatah lagi dengan keadaan kesihatan Mhd Amin yang semakin meruncing. Namun, dalam keterbatasan, mereka tetap berusaha menjalani kehidupan sebaik mungkin.
Melalui episod kali ini, Kongsi Kasih dan Perfume Paradise bukan sekadar menyantuni mereka yang memerlukan, tetapi turut menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini.
Lebih daripada itu, program ini membawa mesej bahawa dalam kesusahan, pasti ada sinar harapan jika kita saling membantu dan prihatin terhadap sesama insan.
Setiap episod Kongsi Kasih mengajak kita merenung erti sebenar keikhlasan dan pengorbanan. Semoga kisah-kisah ini menjadi inspirasi buat semua untuk terus menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang dalam kesusahan.
Jangan lupa saksikan Kongsi Kasih musim ke 4 setiap jumaat jam 7 malam.
Kongsi Kasih Musim ke-4 kini lebih wangi dengan Perfume Paradise.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.