Kita tak akan pernah tahu bila waktu diuji kehilangan pasangan dan apa yang akan berlaku jika si dia pergi secara tiba-tiba.
Tetapi apa yang penting, suami atau isteri kena ambil tahu perkongsian tentang uruskan harta dan segala hutang oleh Puan Solah Hiyah Mohd Idris jika Allah ambil orang yang kita sayang dalam sekelip mata.
Jemput hadam.
Wanita Ini Kongsi Pengalaman Kehilangan Pasangan Dalam Hidupnya
Pengalaman kehilangan ‘my other half’ membuatkan saya ingin berkongsi beberapa perkara sebagai persediaan anda menghadapinya nanti. Sesuatu yang PASTI berlaku. Ianya sama ada kita ditinggalkan atau kita yang meninggalkan…
1. Mesti tahu dan faham bahawa tiada apa milik kita, semuanya pinjaman belaka.
2. Sentiasa berdoa supaya kita & pasangan dianugerahi pengakhiran yang terbaik.
3. Perlu saling mempercayai pasangan kita. Maklumkan kepada pasangan password hp, email, myeg & pin no kad-kad ATM dll. Pin No ATM perlu supaya boleh keluarkan duit-duit yang ada. (Walaupun begitu semua duit perlu diagihkan mengikut faraid.) Sebaik sahaja kita daftar untuk dapatkan sijil kematian, semua acc akan dibekukan.
Ads
4. Buat salinan ic pasangan, sijil kematian, surat permit pengkebumian, laporan doktor, sijil nikah, surat beranak & ic anak-anak. Dokumen-dokumen ini perlu disahkan. Simpan di dalam satu file beserta salinan original. Bawa file ini bila mbuat semua urusan bkaitan.
5. Maklumkan kepada pasangan semua tanggungan (bil-bila bulanan, kad kredit, pinjaman bank, hutang-hutang dan sebagainya) dan juga semua aset (rumah, tanah, simpanan) yang ada. Ini akan memudahkan banyak urusan untuk uruskan hutang-hutang & harta-harta yang ditinggalkan.
“Kita yang ditinggalkan akan rasa susah, tetapi yang meninggal akan lebih susah jika hutang-hutang dan harta-harta tidak diurus dengan segera.”
Jika kita betul-betul sayangkan pasangan kita, 2 perkara ini lah yang perlu kita uruskan sesegera mungkin.
6. Hubungi bank-bank yang berkaitan supaya outstanding bil tidak dikira faedahnya. Kita juga boleh claim khairat kematian daripada bank/insurance/socso/epf etc. (Ada time limit utk claim. EPF dalam tempoh 6bln tp Bnk Rakyat dalam masa 3 bulan sahaja. Kalau lewat, hangussss)
Ads
Pastikan juga semua acc diatas ada penama supaya boleh terus diuruskan tanpa memerlukan surat urus tadbir.
*SOCSO ada pencen bulanan untuk waris.
7. Kepada isteri-isteri, belajar mengenai IDDAH.
Tempoh iddah adalah 4BULAN 10HARI. Bukan 44 hari ye?
8. Ambil tahu mengenai pengagihan harta. Apa itu FARAID. Perlu tahu siapa yg berhak ke atas harta yang ditinggalkan & berapa banyak yang perlu diagih-agihkan. PENAMA bukanlah bemakna harta ditinggalkan seratus peratus kepada mereka. Penama WAJIB menguruskan pembahagian harta mengikut syariat yang telah ditetapkan. Jangan sampai termakan harta ANAK YATIM!
Ads
9. Jika berkemampuan, mencarumlah dengan mana-mana takaful untuk semua pinjaman bank, diri sendiri dan keluarga. Wang tuntutan takaful boleh mbantu mlangsaikan hutang-hutang, meneruskan kelangsungan hidup serta boleh disedeqahkan/diinfaqkan atas nama pasangan.
*Money is not everything, but everything needs money*
10. Selain dari di atas, jagalah silaturrahim antara ahli keluarga, ipar duai, sahabat handai, jiran tetangga & sesiapa sahaja. Insyaallah, mereka ini lah yang akan datang membantu bila kita rasa begitu kehilangan, keseorangan & tidak berdaya.
11. Bersedialah daripada sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi sebab malaikat maut boleh datang mjemput kita pada bila-bila masa sahaja. Panggil pasangan dan bincangkan perkara ini.
Dengan sedikit pkongsian ini, diharap bila sampai masanya nanti, kita (terutama isteri-isteri) tidak akan hilang punca.
Allahualam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tip gembirakan hati isteri, tak susah pun, belikan makanan sedap-sedap. Menggembirakan hati isteri tidak semestinya memerlukan usaha yang besar atau mahal. Kadang-kala, hanya dengan menyediakan makanan yang sedap-sedap sudah memadai untuk membuatkan isteri berasa bahagia dan dihargai.
Tip Gembirakan Hati Isteri, Tak Susah Pun
Berikut adalah beberapa cara bagaimana suami boleh menggunakan makanan untuk menggembirakan isteri.
1. Ketahui Kegemaran Isteri
Setiap orang mempunyai makanan kegemaran mereka sendiri. Sama ada makanan tempatan, makanan barat, atau pencuci mulut, mengetahui apa yang isteri anda suka adalah langkah pertama yang penting. Luangkan masa untuk bertanya atau perhatikan makanan apa yang sering dia sebut atau pesan.
2. Masak Sendiri Di Rumah
Tidak ada yang lebih romantik daripada menyediakan makanan sendiri untuk isteri. Anda tidak perlu menjadi seorang chef profesional untuk melakukan ini. Resipi yang mudah seperti nasi goreng, spageti, atau salad sudah memadai. Usaha anda yang ikhlas pasti akan dihargai, lebih-lebih lagi jika makanan itu dimasak dengan kasih sayang.
3. Bawa Makan Di Luar
Sekali-sekala, ajaklah isteri anda makan di restoran kegemarannya atau mencuba tempat makan baru. Pengalaman makan di luar bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan, tetapi juga memberikan isteri peluang untuk berehat daripada memasak.
Belikan Makanan Sedap-Sedap
4. Kejutan Dengan Makanan Kegemaran
Siapa yang tidak suka kejutan? Membawakan isteri makanan kegemarannya tanpa memberitahu terlebih dahulu adalah cara yang sangat baik untuk membuatkan dia berasa dihargai. Contohnya, belikan dia sepotong kek coklat dari kedai kegemarannya atau bawa pulang nasi lemak yang selalu dia idamkan.
5. Pencuci Mulut Istimewa
Pencuci mulut sering menjadi hidangan yang dinanti-nantikan. Belikan atau buat sendiri pencuci mulut seperti kek, puding, atau ais krim. Ia bukan sahaja menutup hidangan dengan manis, tetapi juga menambah rasa bahagia.
6. Aktiviti Memasak Bersama
Selain menyediakan makanan untuk isteri, anda juga boleh melibatkan dia dalam aktiviti memasak bersama. Ini boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan mengeratkan hubungan. Cuba resipi baru bersama-sama atau buat projek baking seperti membuat biskut atau kek.
7. Sediakan Sarapan Istimewa
Mulakan hari isteri anda dengan sarapan yang istimewa. Sama ada sarapan di atas katil atau menyediakan hidangan sarapan yang lengkap seperti roti bakar dengan telur, buah-buahan, dan kopi, usaha kecil ini pasti akan membuatkan isteri anda tersenyum.
Membahagiakan isteri melalui makanan adalah cara yang mudah dan berkesan. Ia menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentang keperluannya dan sanggup meluangkan masa dan usaha untuk membuatnya gembira.
Dengan memahami kegemarannya, menyediakan kejutan manis, atau meluangkan masa memasak bersama, anda boleh membuatkan isteri anda berasa dihargai dan disayangi setiap hari.
Isteri penat mental dan emosi, jadi cepat hilang sabar, sensitif. Apabila berbicara tentang penat, tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing mempunyai beban dan keletihan tersendiri.
Isteri Penat Mental & Emosi, Jadi Cepat Hilang Sabar, Sensitif
Bagaimanapun perbezaan antara penat lelaki dan perempuan terletak pada punca dan cara menanganinya.
Penat Lelaki: Fizikal
Kebanyakan lelaki mengalami penat fizikal disebabkan oleh penggunaan tenaga dan anggota badan untuk melakukan kerja. Penat fizikal ini boleh dirawat dengan mendapatkan rehat yang secukupnya, mengambil suplemen, mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga pemakanan, dan tidur yang mencukupi. Aktiviti seperti bersenam dan makan makanan berkhasiat juga dapat membantu mengurangkan penat fizikal.
Penat Perempuan: Mental dan Emosi
Sebaliknya, penat yang dialami oleh perempuan lebih banyak berkaitan dengan mental dan emosi. Keletihan ini sukar dirawat jika pasangan tidak memahami keadaan mereka. Penat mental dan emosi ini melibatkan perasaan serta emosi yang mungkin tidak diluahkan untuk menjaga hati orang lain, terutamanya pasangan.
Memendam Perasaan
Memendam perasaan adalah punca utama penat mental dan emosi dalam kalangan wanita. Tanda-tanda bahawa isteri mengalami keletihan ini termasuk cepat marah atau meninggi suara atas kesalahan kecil yang dilakukan oleh anak-anak, seperti tertumpah minuman, terjatuhkan barang, atau tidak memberi respons apabila dipanggil. Isteri yang cepat hilang sabar menunjukkan bahawa bukan kesalahan anak-anak itu yang besar, tetapi mental dan emosinya yang sudah penat.
Tanda-tanda Isteri Penat Mental dan Emosi
Apabila kita mendengar isteri mula meninggi suara kepada anak-anak, ketahuilah bahawa dirinya sudah penat mental dan emosi. Ini mungkin kerana suami membiarkan isteri bertungkus-lumus dan berperang seorang diri dengan anak-anak, sementara suami hanya duduk menonton televisyen atau bermain telefon bimbit.
Menghadapi Keletihan Emosi
Isteri yang penat mental dan emosi juga akan menunjukkan tanda-tanda seperti hilang mood untuk bergurau senda, tidak mempamerkan riak wajah gembira atau sedih, menjadi kurang ramah, menjauhkan diri dari suami, mengasingkan diri di dapur atau bilik, dan menangis tanpa sebab. Isteri menjadi cepat sensitif kerana dalam hatinya bergelora, fikirannya serabut, dan banyak perasaan bercampur aduk.
Cara Merawat Penat Mental dan Emosi
Penat mental dan emosi ini hanya dapat dirawat jika suami menolong meringankan beban yang ditanggung isteri, berkomunikasi dan menyelami isi hati isteri, menghargai apa yang telah dilakukan dalam rumah tangga, serta membawa isteri keluar atau bercuti seketika untuk menjauhkan diri dari persekitaran yang sama setiap hari. Jangan biarkan isteri menghadapi keletihan ini seorang diri jika kita masih perlukan kehadiran dirinya dalam hidup kita.
Dengan memahami dan menghargai perbezaan antara penat fizikal lelaki dan penat mental serta emosi wanita, kita dapat mencipta suasana yang lebih harmoni dan menyokong antara satu sama lain dalam rumah tangga.
Keadaan cuaca yang tidak menentu, sekejap panas, sekejap hujan membuatkan badan kita pun berubah. Demam, batuk dan selesema, masalah kesihatan ‘tiga serangkai’ nie mudah sahaja menyerang.
Kalau rasa sudah tidak tahan, ubat klinik sahajalah jalan terakhir untuk anda mengurangkan dan menghilangkan masalah kesihatan ini. Tapi, ada juga mak-mak yang tidak suka mengambil ubat klinik dan sedaya upaya untuk merawat secara alami. Lebih-lebih lagi kepada anak-anak yang masih kecil. Mak-mak boleh cuba guna bahan ini untuk hilangkan batuk dan kahak. Malah, bahan-bahan ini pun senang nak dapat. Cubalah.
Bahan-bahan :
Lobak merah
6 sudu besar madu
Air
Cara-caranya :
1.Kupas dan potong lobak merah. Kemudian, rebus lobak merah itu sehingga lembut.
2.Asingkan air rebusan lobak merah tadi.
3.Kemudian. Kisar lobak merah yang direbus tadi sehingga lumat.
4.Ambil madu dan masukkan ke dalam air rebusan lobak merah. Campurkan dengan isi lobak merah yang dikisar dan kisar sekali lagi.
5.Siap untuk diminuim dan boleh disimpan dalam peti ais.
6.Ambil 3-4 sudu besar setiap hari.
Mudahkan! Mak-mak boleh cuba berikan pada anak-anak tetapi kurangkan jumlahnya, mungkin 1-2 sudu sahaja.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...