Isu biasa bila berumah tangga dan ada anak-anak, apa bukti suami sayang isterinya? Kalau anda rasa kena bagi emas seketul atau sebut kata sayang hari-hari itu dah cukup tetapi lain pula bagi pelakon wanita, Ozlynn.
Luahan emosi isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan ini boleh dikira mewakili hati kaum perempuan bergelar mak-mak yang setiap hari menguruskan hal rumah tangga.
Kalau Suami Tidurkan Anak Pun Dah Cukup!
Nih jugak peluang kaum ibu untuk mengemas baju, bilik, tukar cadar, MENGADAP.
Kesempatan nih la yang selalu aku maksudkan, kaum suami jangan berkira dengan kaum isteri. Sayang isteri tak perlu dengan ucapan sebab kadang ucapan tak sama dengan hati dan perbuatan.
Ads
Kadang ada isteri tanya.. “abang sayang saya?”
Suami jawap “ apa lah awak nih.. sayang lah.” Sambil tu jari dia tengah dok gentel butang game, paling best mata masa jawab tu tak pandang ko pun.
Ads
Haaaa.. 2 saat kemudian, perang dunia ke 3 bermula.
Bukan ke bagus sayang tu disertakan dengan senyuman, bantuan.. (jaga anak, masak, suap anak makan, basuh baju, kemas umah, sapu mop lantai, lap tingkap, lap kipas siling, tukar cadar, lipat baju, mandikan anak)
Ads
Haaaa… apa lagi yang kaum ibu tak buat kat rumah nih??? Tak payah semua di atas la, cukup dia tolong tidurkan anak pun kita dah sejuk.
Terus terasa macam pakai feminine wash, beranginnnnn jek. Walaupun dalam tidurkan anak tu dia selit jugak kesempatan dia untuk membuta sekali. Eh tak apa… asalkan dapat mak-mak ni merasa “me time”. Ye dakkkkkk… ok gambar last khas untuk yang bertanya hari tu.
Semoga dapat membantu kalian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Memang satu saranan dan cadangan yang baik daripada Kementerian Pengangkutan apabila bakal mewajibkan pemasangan (baby car seat) atau kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta. Ini kerana bab keselamatan bayi dan anak-anak seharusnya dititik beratkan dan tidak ambil sambil lewa.
Banyak kes yang berlaku, anak-anak mahupun bayi tercampak dari kereta, terhentak serta mengalami kecederaan yang teruk akibat tidak menggunakan kerusi keselamatan yang seharusnya dipakai ketika dalam perjalanan.
Terbaru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menerusi laporan Bernama berkata kerajaan akan mewajibkan peraturan pemasangan kerusi keselamatan bayi dalam setiap kereta persendirian pada tahun 2020.
Beliau berkata sebelum ia dilaksanakan secara mandatori, pihaknya akan menjalankan beberapa program kesedaran tentang kepentingan kerusi keselamatan bayi kepada orang ramai sepanjang tahun 2019.
“Sepatutnya, perancangan untuk mewajibkan pemasangan kerusi keselamatan bayi adalah pada tahun ini tetapi selepas perbincangan dengan Miros (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia), kami dapati industri ini belum bersedia (dari segi ) tidak cukup bekalan, tidak cukup stok dan kami juga mahu memastikan kos (kerusi bayi) lebih mampu (untuk pembeli),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) ke-59, di sini, baru-baru ini.
Katanya pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kewangan (MOF) agar tidak mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap pembelian kerusi keselamatan bayi supaya harganya lebih murah.
“Diharapkan MOF menerima cadangan kami dan sekiranya terdapat sebarang pengumuman positif, kami berharap ia akan diumumkan Jumaat ini,” kata Loke.
Sementara itu, MAT MKJR ke-59 merupakan platform bagi anggota jawatankuasa untuk mengetahui dan menilai pengurusan keselamatan jalan raya pada setiap tahun serta membentangkan cadangan meningkatkan keselamatan jalan raya melalui forum dan sidang pleno.
Antara anggota MKJR yang terlibat ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Mingguan Wanita bersetuju sangat dengan cadangan yang diwajibkan ini. Bukan apa banyak kes kematian bayi dan kanak-kanak berlaku akibat kemalangan sebab sikap sambil lewa mak ayah yang tidak mementingkan penggunaan kerusi keselamatan ini. Sedangkan risiko kecederaan parah dan kematian ini boleh dielakkan mahupun dikurangkan.Jadi buat mak ayah dah bolehlah siap sedia beli, pasang dan gunakan kerusi keselamatan bayi untuk anak-anak ini dari sekarang.
Bila dah bekerja dan berumah tangga, jangan lah sesekali lupa nak bagi mak ayah duit. Tak banyak, sikit pun syukur.
Kalau boleh, jangan risau pasal tak cukup dan mulakan niat untuk keberkatan hidup. Nanti percayalah Allah akan bagi kebahagiaan itu dengan perasaan yang tenang dan kita akan merasa cukup.
Nak lebih dekat, jemput berlapang dada bila membaca perkongsian Puan Intan Dzulkefliini. Mudah-mudahan segala urusan hidup kita dipermudahkan dan lebih bahagia.
Ada seseorang pesan pada saya, waktu kita paling susah itulah kita kena bagi mak ayah duit dan minta doa mereka.
Ada suatu masa, macam-macam dugaan datang… kereta rosak, anak tak sihat, motor eksiden. Balik kampung minta doa mak ayah dan tetap bagi mak ayah duit walaupun dalam poket memang tinggal duit yang itu.
Alhamdulillah, kesannya walau banyak ujian datang, hati tenang dan yakin insyaAllah pasti ada jalan. Taklah rasa serabut seperti sebelum itu.
Pada mak ayah itu ada keajaiban doa, doa yang makbul. Jangan segan minta doa mak.
Mak kita boleh jadi biasa-biasa pada pandangan duniawi ni, tapi padanya ada nikmat tak ternilai, itulah dia kemustajaban doa ibu.
Ada ramai je anak-anak yang dari bujang sampai ke beranak pinak, dari study makan biasiswa sampai kerja makan gaji, buat biz online.. tapi cuma sekadar bangga sales berapi.. hakikatnya tak pernah sekali hulur mak ayah duit walau RM10. Tapi menariknya.. hidup mereka terus juga berjaya.
Jawapannya mudah saja.
Kasih mak ayah ni ikhlas.. mereka tak pernah berkira.. mereka makan sedap sikit mereka teringatkan anak, ‘apalah yang anak aku makan..’ mereka beli kain batik, telekung, baju, mereka ingat untuk belikan anak-anak.
Tapi anak-anak kebanyakannya sekalipun tak pernah ingat ibu bapa. Makan sedap-sedap, jalan-jalan makan angin, dapat bonus.. untuk diri sendiri saja.
Tak perlu pandang orang lain. Tak perlu condemn kakak, abang, adik kenapa tak bagi mak duit bulan-bulan, balik sekali sekala tak pernah topup barang dapur, tak tolong mak buat kerja rumah, buat mak macam orang gaji, tak bawa mak jalan.
Tak perlu cari salah orang. Sebab dosa pahala kita tidak dinilai dengan perbuatan orang lain.
Fokus diri sendiri.
Tanya pada diri sendiri..
Apa je yang kita dah buat untuk mak ayah..?
Muhasabah saya yang menulis.
Moga syurga tertinggi buat ibuku yang dikasihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Alahai! Sweet betul baca perkongsian suami ini. Dalam pada duduk depan kedai kopi dekat negara Vietnam pun masih sempat lagi nak alirkan perasaan sayang pada isteri.
Ceritanya, Muhammad Yusof ini semasa temankan isteri ke kedai tudung di Vietnam, Allah nampakkan padanya gelagat isteri yang merajuk dengan suami yang macam tak nak faham pilihan telekung isteri.
Malam hari tu masa aku kat Vietnam, dekat-dekat pukul 10 malam aku turun temankan bini aku ke pasar malam kat bawah hotel tempat aku menginap.
Masa bini aku masuk sebuah kedai nak pilih tudung, aku pi beli kopi vietnam kat depan kedai tudung tu.
Dah 12 cawan rasanya aku minum kopi Vietnam ni sejak aku menjejakkan kaki kat negara syurga tudung ni. Sedap betul aku rasa. Lepas tu aku lepak kat depan kedai sementara tunggu bini aku pilih tudung dia.
Then aku perasan ada seorang mak cik tengah pilih telekung sembahyang kat depan kedai tu. Tokey kedai ni ada bentang tikar depan kedai jual telekung dan tudung.
Sebelah dia ada suami dia. Mak cik tu dok try pakai telekung, lepas tu dia tanya suami dia. Suami dia geleng kepala, tak berkenan.
Then mak cik tu tukar warna lain. Suami dia geleng lagi. Mak cik tu tukar pulak warna lain. Suami dia geleng lagi. Last-last bini dia sarung telekung tu kat kepala suami dia.
Nampak suami dia senyum tengok keletah bini dia yang seolah-olah merajuk sebab semua telekung asyik tak kena pada mata suami dia.
Lepas tu mak cik yang merajuk tadi pergi ke kedai sebelah.
Aku tengok pak cik tadi terus amek telekung yang bini dia berkenan tadi dan bayar duit pada tokey tu. Terus dia kejar dan bagi bini yang dah ada kat kedai sebelah tu. Senyum bini dia aku tengok.
Alangkah indahnya kebahagiaan hidup pak cik dan mak cik ni, aku kata dalam hati. Terkesan dengan apa yang baru aku tengok depan mata ni, aku terus masuk pi cari bini aku dalam kedai tu.
Alhamdulillah, bini aku masih tenang memilih tudung pilihan hatinya. Betullah pepatah pujangga ada mengatakan, perempuan dan shoping tidak boleh dipisahkan.
Penat shoping bini kata dia haus, so aku pun ajak dia pi kedai makan yang ada kat depan deret-deret kedai tudung tadi.
Masuk-masuk aku terperasan pak cik tadi ada dalam kedai tu. Kali ini ini dia tengah urut kaki bini dia sambil gurau-gurau dengan bini dia. Entah apa yang diguraukan agaknya, sampai mengekek-ngekek bini dia ketawa.
Aku belajar sesuatu malam ni.
Suami adalah pelengkap bagi isteri dan isteri adalah pelengkap bagi suami.
Kadang kadang kita rasa isteri kita banyak sangat karenah, ataupun suami kita pulak cerewet sangat tapi yakinlah itu semua adalah kitaran untuk melengkapkan fasa kebahagiaan sebagai suami dan isteri.
Suami nak bergurau, berguraulah. Isteri kalau suami bergurau tu ketawalah walaupun lawaknya hambar. Kadang-kadang ada suami sanggup tahan kentut semata-mata nak kentut kat bini dia. Ini kategori lawak kuangajo.
Isteri nak merajuk, merajuklah, sebab nanti confirm suami akan pujuk. Kadang-kadang dorang bukan pujuk kosong.
Untung-untung dorang beli rantai emas atau beg LV sebab nak pujuk bini.
Sebab Tuhan memang anugerahkan seni memujuk ni pada suami.
Betul tak?
Nota kaki: dengar cerita ada sis-sis yang buat-buat merajuk lepas tu share status ni, terus suami beli hadiah bagi kat depa, betul ka?